♥♥Mummy Adriana♥♥: ~Oh My English~

FAMOUS DARLINGS

Friday, 14 September 2012

~Oh My English~

Assalamualaikum Darlings :)


Bahasa Inggeris tak tahu
Fikiran boleh buntu
Lidah pun jadi kelu
Menjadi kelu
Tolonglah aku
Oh My English!
Yeah! Yeah! Yeahhhh!

~ihsan mr.google~


Opssss jangan salah sangka dulu. Hehehe takde kena mengena pon dengan Oh My English yang ditayangkan di tv tu....:) Saje mummy nak briefing pasal entri ini! Besides, lagu Oh My English ini buat Adriana menari-nari diiringi pelangi.

Sangkaan mummy yang baik hati ni...mesti korang semua sangat fasih berbahasa Inggeris bukan? Ada ke yang tak berapa fasih? Meh kongsi-kongsi dengan mummy kat sini. Okay mari kita mula stori mori ye darlings.

Sejujurnya mummy bukanlah seorang yang amat,amat,amat dan amat fasih berbahasa Inggeris. Mummy dibesarkan dengan Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantara dirumah,disekolah...dimana-mana jugak mummy pergi. Jadi penguasaan mummy terhadap bahasa Inggeris memang la kurang. Tapi itu semua tak pernah mematahkan semangat mummy yang memang cintakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

Sejak dari sekolah rendah..mummy lebih suka mendengar lagu-lagu bahasa Inggeris. Masa tu kan boyband tengah meletup-meletup bak bom atom :) Antara yang mummy paling minat mestilah Backstreet Boys! Woohhooooo kebanyakkan lagu-lagu dorang memang mummy hafal. Haa.....sebut pasal hafal, ini pon satu cara mummy untuk belajar bahasa Inggeris :) Mummy menghafal....

Selain daripada tu, mummy suka refer makna perkataan dalam kamus. Ingat tak masa sekolah rendah kita semua dipaksa bawa kamus yang berat-berat tu. Hahaha mummy memang takkan lupa. Mana kamus bahasa Melayu lagi...kamus bahasa Inggeris pulak..dengan buku teks melambak-lambak. Ya Allah memang berat la beg masa tu...:P

Nak kata penguasaan bahasa Inggeris sangat-sangat teruk tu takdela kan. Mummy masih lagi boleh membaca dan bertutur juga menulis dalam bahasa Inggeris. Bila tengok drama-drama berbahasa Inggeris, mummy akan refer pada subtitle untuk makna perkataan. Dari situ dah belajar jugak kan? :) Mummy pon memperbanyakkan lagi bacaan dalam bahasa Inggeris. Beli majalah-majalah bahasa Inggeris. Yes! Pada mulanya memang mummy sangat tak faham. Lama-lama bila dah terbiasa mummy gunakan perkataan-perkataan dalam majalah tu untuk perbualan sehari-hari.

Mummy pernah dikutuk dilaman sosial FB oleh seseorang yang cakap bahasa Inggeris mummy teruk! Dia dengan angkuhnya cakap " There is no such words like that...what a broken english". Hurmmm tak perlu la mention nama dia disini. Tapi mummy akan ingat sampai bila-bila apa yang dia cakap tu. Takpela kalau mummy teruk sekalipon....tapi..mummy tak pernah pon nak malu mencuba kan.  Mesti korang pon pernah alami apa yang mummy kena kan? Dari sehari ke sehari mummy cuba lagi perbaiki kesilapan mummy.

Pada mummy kan...tak payah nak dibanggakan sangat la ye kalau kamu-kamu yang fasih berbahasa Inggeris tu. Ada ke dalam kamus suruh kutuk orang? Ha? Mummy kagum lihat negara Jepun,Korea dan Amerika Latin, malah Itali,Perancis yang sangat mengagungkan bahasa ibunda mereka sendiri. Dan mereka berjaya tanpa perlu menggunakan bahasa Inggeris. Mummy bukan nak buat statement yang bahasa Inggeris tu tak penting...memang perlu untuk kita pelajari. 

Hari ni penguasaan bahasa Inggeris mummy makin baik..Ingat jangan malu untuk bercakap/berdialog dalam bahasa Inggeris. Tak kisah la kalau sebutannya tak betul,grammar tak betul. Yang penting kita mencuba! Kalau tak cuba mana nak tau dimana silapnya kan? :)
Selamat berbahasa Inggeris......(*______^)

Tata Darlings :)

6 Pretty Darlings:

Che Rosliza Che mat said...

hihihi kita pun tak tahu sangat

Arham Md Ali said...

Ala broken English pun tak apa,asal orang faham dan komunikasi tu berlaku ye tak? Macam am dulu pernah sekolah Inggeris dekat Ireland 2 tahun, lepas tu balik Malaysia masuk darjah 5 dan 6 dan sekolah menengah sampai SPM.

Slang hilang jugakla haha.

Mummy Adriana said...

@Che Rosliza Che mat

kikikiki :)

Mummy Adriana said...

@Arham Md Ali

a'aa takpe pon! :) tapi biasala orang ni suka ngutuk mengutuk kan....kiki :)

Ruzanna said...

hello mummy!

Seperti Mummy juga, saya pun kagum dgn bangsa yg mempertabatkan bahasa ibunda mereka. Sebenarnya kita pun boleh jadi seperti itu (in the future). Caranya, generasi sekarang bantu terjemahkan segala ilmu yang ada dalam bahasa Melayu. Dan penyelidikan2 baru di Malaysia ditulis dlm bahasa Melayu juga. (tapi kita kenalah faham bahasa inggeris dulu kan, sebelum nak menterjemah.. hehe)

that is how bahasa Inggeris boleh jadi bahasa global. semua ilmu dalam bahasa Arab, Cina, Jepun, Sepanyol dll, diterjemahkan dlm bahasa Inggeris.

Mummy Adriana said...

@Ruzanna

Hai sayang...long time no speak :) Yuppppp betul tu...InsyaAllah dimasa hadapan boleh la digunapakai idea kita tu kan..tapi yang mummy kesian budak2 muda malu nak berbahasa melayu....:(

Hye Darlings...

Jom link exchange kt sini,mummy will follow you back..ARIGATO (^_*)

Copyright © 2011 Reserved to Mummy Adriana's
Design by Azhafizah.Com