♥♥Mummy Adriana♥♥: Birthday

FAMOUS DARLINGS

Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Wednesday, 19 February 2014

Happy 29th Birthday My Love

Assalamualaikum...:)

Wahhhh pantasnya masa berlalu. Mummy pon dah 14 hari melahirkan si comel baby Arzu. Nanti tau-tau je dah nak habis pantang kan? Hihihi boleh la kita pergi membedal nasi lemak kukus lagik....tak boleh lupa sambal sotong yang sodap bonar tu.

Hari ni memang special :) 19 Februari 2014 genaplah si daddy 29 tahun. Nak masuk 3series dah daddy. Ni birthday ke-4 since kahwin. Sayangggggggg sayang this year tak dapat la nak celebrate sama-sama big day daddy ni. Yela mummy kan tengah berpantang kat JB. Sedih nau rasa...tapi daddy cool kot? Hahaha. Next month la kita sambut berempat dengan anak-anak ye cayang. Tunggu mummy habis pantang baru la sedap nak melantak macam-macam. Kang kalau mummy tengok je korang makan, macam kejam sangat! Hihi



 Anak kesayangan daddy...



 Few days sebelum bersalinkan baby Arzu...sempat lagik pergi holiday
dekat Tanjung Balau & Desaru!  (next entry) Sila abaikan mummy yang gemuk gedempol tu, hahaha :P



Oleh sebab masa tu takut terberanak kan...so depa dua jela yang main air sakan dekat Desaru.
Mummy tukang tengok, tukang amik gambau,tukang bawak beg! hihi



To the person that I love so much,

Muhammad Firdaus,

Happy Birthday cayang,
semoga dipanjangkan umurmu,
dimurahkan rezekimu,
diberi kesihatan yang baik,
menjadi suami yang terbaik,
daddy mithali buat anak-anak kita,
semoga Allah pelihara kamu dari segala malapetaka..
aku sangat mencintai kamu...
ye....
dari pertama kali kita bertemu,
dan aku masih lagi begitu,
dulu, kini dan selamanya :) 



Salam Sayang


Sunday, 28 October 2012

~Setahun Usianya~

Assalamualaikum Darlings :)

Bila kira-kira...then tengok kalendar, wah dah setahun lebih usia blog pinky the molly mummy ni :) Sebenarnya ini ialah blog mummy yang kedua. Mummy start blogging since 2008! :P Kalau masih kekal dengan blog yang dulu tu, mesti sekarang dah famous amous macam Redmummy kan? Kehkeh.

Masa tahun 2008 tu, mummy online dekat office jek. So bila dah berpindah kerja kat tempat lain...blog pon entah kemana. Kenapa mummy nak menulis di blog? Sebabnya...mummy seorang yang kuat membebel! Haha. Kalau tanya daddy....dia tahula. :) Mummy memang minat la menulis. Masa sekolah kan, suka aje tulis karangan panjang berjela-jela. Cikgu pon mesti senoneng baca! Haha. Bila diluahkan dalam blog, dah jadi lain. Bukan macam karangan zaman sekolah yek. Tapi more matured la, dan lebih kepada isu-isu peribadi, koleksi peribadi dan apa aja yang mummy rasa nak sharing loving.

Tahun 2011 mummy kembali lagi blogging setelah 3 tahun merehatkan diri.. Cakap macam artis pulak! Kira comeback la konon yek? Waaaa muntah! :P Masa dalam pantang lepas bersalin tu, kan duduk rilek-rilek aje jaga Adriana. So bila online, mummy memang selalu singgah kat my idol blogger ni. Dari situ lah mummy rasa rinduuuuuuu yang amat sangat nak menulis blog.

My idol blogger memang famous amous. Dia jugak seorang mummy! :) So apa yang dia tulis tu lebih dekat dihati mummy la other than blogger yang lain. Tapi mummy tetap baca yang lain-lain jugak. Thanks banget pada korang yang tak jemu kunjung blog picisan mummy ni. Takde apa pon yang special, semua lahir dari hati je :)

Ada masanya mummy tak sompek nak update blog! Lagi-lagi bila laptop buat hal....internet yang lembab ala siput sedut! Wohoooo siapa yang tak rindu kat blog kan..:) Mummy anggap jela cabaran dalam dunia blogging ni. Kadang bila free pon masih tak sompek nak update. Al maklumlah anak dara mummy memang nak duduk dekat ketiak mummy dia je 24 jam. :P Tak nak berenggang langsung. Ibarat ibu kangaroo...Adriana duduk dalam poket!

Tanpa reader siapalah blogger tu kan..entri banyak pon takde siapa yang nak baca. Mummy memang hargai korang yang pernah singgah di blog pinky the molly ni ;) Walaupon tak la gah mana...tapi mummy tetap bangga dengannya!

Terasa macam nak buat GIVEAWAY untuk menghargai pengunjung blog ni. :) Kalau hadiahnya dari Ramadhani Hijabs pon best jugakkan? :) Nanti mummy buat entri lain okay! Wahhhh terasa excited......!

Thanks korang sudi baca! Have a good day everyone.........<3



Sunday, 23 September 2012

~Happy Birthday Mummy~

Assalamualaikum Darlings :)

Sebenarnya entri ini patut ditulis semalam. Oleh kerna busy the body yang teramat maka di delay sampai hari ni. :) Mummy backdated entri ni okay..hihihi~

Alhamdulillah...berjumpa lagi dengan tarikh 23 September. Bertambah lagi setahun umur mummy! Cuba la teka berapa umur mummy? Haha yang penting muda remaja. Apalah ada pada angka kan. Sekadar nombor.
Sebenarnya tak berapa nak happy la sebab tak dapat celebrate with my mom,my dad..my sisters & brothers! Kalau dorang ada, memang best!

Takde apa pon yang special dihari lahir. Tapi nak ucapkan berjuta-juta TERIMA KASIH pada semua for the birthday wishes. Terharu.....:( keluar air mata duyung. Hihi.

Harapan dan doa di hari lahir ni, mintak Allah panjangkan umur sebab nak tengok Adriana membesar,pergi sekolah....:) Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, keluarga sakinah yang bahagia dunia akhirat, dimurahkan rezeki dan menjadi muslimah sejati (berusaha ke arah itu). 



Thanks google bagi kek yang sedap ni....! Haha i love strawberries :P

Thank you sekali lagi atas doa-doa kamu. Saya masih muda.......:P

Long live THE QUEEN~ (*_____^)



Thanks

Monday, 10 September 2012

~Happy Birthday Adriana Ramadhani~

Assalamualaikum pretty darlings :)

Adriana Ramadhani is one year old! Memang tak terasa pon masa berlalu dengan pantas....anak kesayangan mummy is a little girl, bukan lagi little baby :)

I had tears on my eyes. Ibu mana yang tak happy bila anak yang dilahirkan membesar dengan baik. Dikurniakan kesihatan yang baik...tahap kecergasan yang bagus! Mummy so proud of you my little Adriana. 11 Ogos 2012 genaplah usia Adriana Ramadhani setahun. Setahun yang sangat bermakna buat mummy dan daddy. Apa yang boleh mummy ucapkan...selain bersyukur kepada Allah Swt atas kurniaan yang sangat-sangat berharga ni.

A few days before Adriana turns one year, ada lagi satu hal yang  menggembirakan :) Guess what????? Adriana dah pandai jalan! Haha finally she's got legs..:P Ya ampun, bila dapat kaki ni berjalan aje tak sudah-sudah. Tak kisahla umur berapa pandai jalan pon...yang penting Allah dah bagi nikmat tu pada Adriana. :) Boleh beli kasut banyak-banyak ye little darling!

Pada ibu-ibu kat luar sana yang ada anak kecil seperti mummy....biarkan pertumbuhan dan pembesaran anak berlaku dengan semulajadi. Maksud mummy, tak payah la nak risau sangat kalau anak kita lambat berjalan...lambat cakap, lambat tumbuh gigi. See? Hal-hal ini yang selalu kita para ibu risaukan bukan? Setelah melalui setahun yang awesome dengan Adriana, mummy rasa semua itu perkara biasa. Ia akan jadi bila tiba masanya. No need to worry. :) Biarkanlah orang sekeliling bertanya...bercakap mengenai perihal anak kita..! Ignore saja...bukan dia yang melalui semua tu. Hanya kita sebagai ibu yang tahu ;)

Untuk ulang tahun kelahiran yang pertama ni, mummy sebenarnya takde majlis pon. Lagipon masa tu bulan Ramadhan kan. So mummy hanya belikan Adriana little cake untuk suka-suka. :)


 Selamat hari lahir sayangku Adriana Ramadhani :) nanti mummy buatkan birthday party after raya~


 Gambar si Aiman (hubby's nephew) pon ada! Haha...sebenarnya potong kek kat rumah si Aiman...berjiran dengan tok wan Adriana.


Tara........daddy kena tolong la ye potongkan kek. Kalau Adriana buat sendiri memang huru hara la jawabnya. :P 


Okay dah penat, mulalah cari mummy nak tido...LOVE YOU sweetie :)

Buat Anakku Adriana Ramadhani,

Selamat Hari Lahir anakku. Terima kasih untuk setahun yang happy buat mummy & daddy! Doa mummy sentiasa mengiringi Adriana....mummy terlalu sayangkan Adriana! Semoga anak mummy ni jadi anak yang cerdik pandai, anak solehah dan insan yang berguna! Ikhlas....Mummy



Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Hye Darlings...

Jom link exchange kt sini,mummy will follow you back..ARIGATO (^_*)

Copyright © 2011 Reserved to Mummy Adriana's
Design by Azhafizah.Com