♥♥Mummy Adriana♥♥: MasterChef

FAMOUS DARLINGS

Showing posts with label MasterChef. Show all posts
Showing posts with label MasterChef. Show all posts

Monday, 10 September 2012

~Ayam Masak Merah Mummy Masterchef~

Assalamualaikum Pretty Darlings :)

Di hari Isnin yang berbahagia ni...mummy nak kongsikan satu resepi ala-ala masterchef. Haha bukan apa, sebab mummy berangan nak jadi Masterchef...cuma hajat tak kesampaian. Resepi ni diwarisi daripada my mum dan diolah oleh mummy sendiri mengikut citarasa mummy! Ini lauk favorite daddy and me! :)

Bahan-Bahan.(Anggaran makan untuk 3-4 orang)

1) Setengah ekor ayam.
2) 2 biji bawang merah.
3) 3 ulas bawang putih
4) Cili boh.(ikut tahap kepedasan anda)
5) 3 ulas serai
5) 3 biji tomato segar.(dipotong dadu)
6) Daun sup
7) Garam/Gula secukup rasa.
8) Penambah perisa.

Cara-Cara Memasak.

1) Gorengkan ayam separuh masak ( tidak terlalu garing).
2) Kisarkan sebiji bawang merah,bawang putih dan serai.
3) Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar tadi bersama cili boh. Jika anda penggemar pedas, boleh lebihkan cili boh, atau jika tidak masukkan sedikit sahaja.
4) Tumis sehingga kering dan naik minyak. Pastikan dalam api yang sederhana untuk mengelakkan rempah dari hangus dan tidak masak dengan sempurna.
5) Masukkan tomato yang dipotong dadu. Bagi sesiapa yang tidak gemar tomato segar, boleh gantikan dengan sos cili. Namun masukkan berperingkat (rasa dulu tahap kemasamannya). Dikhuatiri terlalu masam.
6) Mayang sebiji lagi bawang merah yang tinggal juga daun sup. Masukkan ke dalam bahan yang ditumis tadi. 
7) Masukkan ayam...dan gaul rata hingga rempah sebati dengan ayam. Tambahkan garam/gula dan penambah perisa. Ketika menggoreng ayam, jika kita gaul garam terlalu banyak..rasa dulu masakan anda sebelum menambah garam. Ini kerana, garam yang ada pada ayam yang telah digoreng akan meresap ke dalam kuah. :)
8) Masakan anda siap dihidangkan! :)

Menu mummy for today! :) Fresh from wok :P 

Selamat Mencuba...
Tata darlings (*___^)


Wednesday, 21 September 2011

~ Mummy Masterchef ~


Hye everyone..x sabar rasenya nk tunggu MasterChef Malaysia launching. Me adalah seorang daripada berjuta peminat MasterChef. Bermula dengan Masterchef US diikuti dengan Junior Masterchef Australia juga Masterchef Australia. Minat sangat dengan bidang masakan nie..Pernah suakan hasrat pada hubby,,,tpi jawapan from him was " lebih baik mummy jadi masterchef kt umah aje...hihihihi"  Biar apepun komen dari my dear hubby, itu xkn wt me utk putus asa dan meneruskan minat dalam bidang nie..;-) Mesti ramai kan chef2 amatur kt Malaysia nie. Maklumlah Malaysia kaya dengan masakan yang sememangnya lazat hingga menjilat jari, hihihi~ Me dah tengok senarai judges utk MasterChef Malaysia, tapi agak terkilan because there is no Chef Wan. Nape xde ea? Bukan ke Chef Wan antara yang top kt Malaysia nie? Digantikan pulak dengan ank beliau iaitu Chef Riz..Bukanlah meragui kebolehan anaknya,,tapi if ader Chef Wan lebih riuh rendah suasana and his skills was so good! Apepun me ucapkan GOOD LUCK utk sume yang join MasterChef nie. You all memang berani dan percayalah..tidak sia-sia utk kite ketengahkan bakat masakan kite..;-) Cooking with Love..(*_^)


Jom singgah kat page dibawah nie :-


Masterchef Malaysia
Masterchef Australia
Masterchef US















Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Hye Darlings...

Jom link exchange kt sini,mummy will follow you back..ARIGATO (^_*)

Copyright © 2011 Reserved to Mummy Adriana's
Design by Azhafizah.Com