♥♥Mummy Adriana♥♥: All about Mummy

FAMOUS DARLINGS

Showing posts with label All about Mummy. Show all posts
Showing posts with label All about Mummy. Show all posts

Tuesday, 18 February 2014

I'm back!

Assalamualaikum...^_^

Wah lamanya tak menulis ek...last entry pon June 2013. So dah abaikan blog lebih kurang 9 bulan lamanya. Phewwww....orang lain semua gigih mengupdate. Memang rasa jealous sangat la tengok blog orang lain yang sentiasa dengan entri-entri baru.

Rindu??? Of course la rindu......perasaan rindu membuak-buak dekat dada ni macam rindu pada sang kekasih. Bila view blog ni haaa mula la nak menitik air mata duyung. Kenapa tak nak update??? Tanya sendiri so sila jawab sendiri yek mummy! Kenapa...kenapa...kenapa...kekangan masa,internet yang sangat lembab dekat area rumah. Oh ya mummy dah pindah ke rumah yang lain. Kawasan yang lebih private,lebih tenang..takde bunyi bising bebudak lagi. Dekat-dekat je dengan area rumah sewa yang dulu. Al maklumlah bila belom ada rumah sendiri ni memang akan pindah randah! Betul kan? Tapi insyaAllah by this year dah boleh dapat rumah sendiri...doakan ye darlings.

Lappy yang dah berusia pon salah satu puncanya. Sayang sayang dengan Acer tu...tapi rasanya kena update lappy baru,so internet pon lajusssss la kan. Selama ni dok update status dekat FB je. Nak jenguk blog pink pon tak sampai hati...sobsssss :(

Kalau ada kengkawan yang ikuti perkembangan mummy di FB mesti dah tau yang mummy dah selamat lahirkan adik lelaki yang kiut miut untuk Adriana. Hihi...kan dah lebih 9 bulan tak update blog..sampai dah keluar baby! Alhamdulillah walaupon banyak ujian,cabaran dan dugaan untuk baby kedua ni tapi Allah dah permudahkan semuanya :) nanti mummy stori mori la perjalanan mummy yang berliku tu untuk bergelar ibu kali kedua. ^_^

 Meet my little boy ^_^
Muhammad Arzu Al-Haq
(Yang Terpuji,Harapanku,Yang Maha Benar)
Kakak Adriana pon sayang adik Arjuuuu (pelat)


Now dah 13days. Alhamdulillah, jadi anak yang soleh ye sayang.

Muhammad Arzu Al-Haq\
6hb Februari 2014
10.39 PM


Alhamdulillah...akhirnya blog ni terupdate jugak. Nanti mummy kunjung mengunjung blog korang ye. Lama sangat tak blogwalking..lemau rasa. Kehkeh =P

Salam Sayang.

Monday, 17 June 2013

~ Lepas Rindu~

Assalamualaikum darlings! :)

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas hari ini. Rindu yang tak tertahan lagi. Lama sangat tak bukak blog pink kesayangan tau!! Since takde masa nak update ni memang mummy tak view langsung blog ni.

Kekangan masa, anak yang membesar, kerja & tangunggjawab sebagai isteri dan ibu memang menuntut komitmen lebih. Sekarang rasa lega, sebab dah banyak masa dekat rumah. Nak terus je update blog ni dengan apa yang terjadi setiap hari dalam hidup. Bila baca blog orang lain, of course sangat jeles! Kenapa ek dorang ada masa yang banyak nak coret kat blog dorang!! Hahaha

Macam-macam yang terjadi pada mummy semenjak hilang dari dunia blog ni. Realiti memang tak seindah yang disangkakan. Terkadang mimpi lena yang indah buat kita di awangan tanpa sedar dunia kehidupan sebenar itu sangat mencabar dan kejam!! Kejam? Ye sangat kejam...hanya yang berani dan kuat boleh meneruskan perjalanan hidup :)

Walau apa pon dugaan untuk diri mummy, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Teringat kata-kata Prof Muhaya...

" Jangan pandang negatif jika sesuatu yang buruk berlaku, namun pandanglah kepada SIAPA yang memberi kejadian itu...agar kita muhasabah diri dan kembali lagi kepadaNYA"

By the way thank you sangat pada kengkawan yang sudi jenguk blog mummy yang tak seberapa ni. Terkejut jugak tengok pageview sebab page dah lama sangat tak update :) Tunggu mummy jejak korang pulak ye :)

Salam Sayang,
Mummy Adriana (^_^)

Anak dara kita pon dah besar tau! :) 

Thursday, 1 November 2012

~Welcome November~

Assalamualaikum Darlings...:)

Ya Allah tak terasa dah masuk ke bulan November! How fast time flies kan? Lagi 2 bulan je nak habiskan sisa tahun ni dan masuk pulak ke tahun baru. Eh....dah sedia ke nak masuk tahun baru? =D Ape pon tarikh tetap bertukar kan. Nak masuk tahun baru nanti kenalah pasang azam baru pulak yek. Haha...mummy dah taknak pasang azam baru la apela. Sebab kita dah tau pon apa yang nak kita capai dalam hidup. Semua tu dah teratur elok. Cuma kena usaha lebih la untuk dapatkan apa yang kita nak tu. Korang macam mana?

Bulan November pon agak special la buat mummy sebab...............Ramadhani Hijabs almost a year!! 28hb November nanti genapla setahun!Yeayyy thats meant nak celebrate setahun lahirnya Ramadhani Hijabs. Meh mummy nak refresh korang punya memory about Ramadhani Hijabs. Nama Ramadhani tu diambil sempena dari nama anak dara mummy. Dan business ni pon mummy dedicated untuk Adriana Ramadhani. Bukan apa...nanti bila Adriana dah besar, at least Adriana boleh meneruskan legasi yang mummy dah buat untuk dia. Bukanlah business besar-besaran tapi mummy sangat bersyukur sebab Ramadhani Hijabs banyak bawa rezeki kepada mummy sekeluarga.

Mummy kena mantapkan lagi marketing untuk mempromosikan jenama mummy. Business tak la selalunya diatas kan. Ada kalanya kita juga di bawah. Tapi semua tu mematangkan mummy. Hanya yang cekal sahaja kekal dalam dunia business. Tak kisah la kecik atau besar perniagaan kamu tu. Seharusnya kamu berbangga kerana tak ramai yang mahu mengambil risiko untuk masuk dalam dunia business ni. SABAR,SABAR, dan SABAR itulah kunci untuk berjaya. Setahun yang pertama ni dah macam-macam ragam customer mummy jumpa! Tapi mummy masih boleh tersenyum. Tak pernah cakap atau maki dorang even kita sendiri dicaci. Mummy diamkan aje. Kalau bab-bab compare harga dengan pesaing kita memang dah selalu sangat la. Kekadang customer ni pon mengada jugak! Alaaaa kita sendiri pon customer kan...:) Mesti korang pon pernah buat perangai sebegitu dengan peniaga.

Sebenarnya dah rancang nak buat sesuatu sempena birthday Ramadhani Hijabs yang pertama nanti. Kita war-warkan nanti tau! :) Kenalah tunggu. Mummy pon dah tak sabar banget! Hahaha suka aje nak pecahkan rahsia......:P Oh yek sebelum terlupa, mummy nak mintak maaf pada kawan-kawan yang sudi jemput mummy ke hari bahagia dorang. Pada yang jauh dekat JB tu memang tak boleh nak datang la...sorry sangat. Mummy doakan korang bahagia dengan pasangan memasing. Ingat hidup rumahtangga tu bukanlah manis macam madu zaman bercinta. Tapi sepahit peria yang harus kita telan....barulah dapat manisnya! :) Ecehhhh nak bermadah helah pulak.........geli! Haha.

Masa balik JB last week, mummy memang tak sempat nak jumpa kawan-kawan dekat sana. Sampai kawan mummy cakap....kau kan sekarang mentang-mentang dah duduk kedah, bila balik JB dah taknak jumpa kawan. Ehhhhh sedih pulak dengar!!!! Bukan taknak jumpa la sayangggggggg tapi masa memang mencemburui kita! Lagipon kalau mummy balik sorang tu, memang susah nak gerak la kalau takde transport. Sorry weiiiiiii! Aku memang rindu nak makan dengan korang, gosipping....macam-macam lagikla! Rindu,rindu,rindu....:( Nanti aku spend masa untuk korang ye!! Maklumlah dah ada anak yang asyik nak berkepit ni, pergerakkan memang terbatas :P hahaha! Aku kan mummy mithali :)

Harap korang enjoy this November. Bulan ni pon budak sekolah dah mula cuti kan. Wohooooo konpem la kecoh dekat rumah yek + bersepah dek anak-anak! Sabar je wahai ibu-ibu mithali sekalian. :)

Tata Darlings :)





Sunday, 28 October 2012

~Setahun Usianya~

Assalamualaikum Darlings :)

Bila kira-kira...then tengok kalendar, wah dah setahun lebih usia blog pinky the molly mummy ni :) Sebenarnya ini ialah blog mummy yang kedua. Mummy start blogging since 2008! :P Kalau masih kekal dengan blog yang dulu tu, mesti sekarang dah famous amous macam Redmummy kan? Kehkeh.

Masa tahun 2008 tu, mummy online dekat office jek. So bila dah berpindah kerja kat tempat lain...blog pon entah kemana. Kenapa mummy nak menulis di blog? Sebabnya...mummy seorang yang kuat membebel! Haha. Kalau tanya daddy....dia tahula. :) Mummy memang minat la menulis. Masa sekolah kan, suka aje tulis karangan panjang berjela-jela. Cikgu pon mesti senoneng baca! Haha. Bila diluahkan dalam blog, dah jadi lain. Bukan macam karangan zaman sekolah yek. Tapi more matured la, dan lebih kepada isu-isu peribadi, koleksi peribadi dan apa aja yang mummy rasa nak sharing loving.

Tahun 2011 mummy kembali lagi blogging setelah 3 tahun merehatkan diri.. Cakap macam artis pulak! Kira comeback la konon yek? Waaaa muntah! :P Masa dalam pantang lepas bersalin tu, kan duduk rilek-rilek aje jaga Adriana. So bila online, mummy memang selalu singgah kat my idol blogger ni. Dari situ lah mummy rasa rinduuuuuuu yang amat sangat nak menulis blog.

My idol blogger memang famous amous. Dia jugak seorang mummy! :) So apa yang dia tulis tu lebih dekat dihati mummy la other than blogger yang lain. Tapi mummy tetap baca yang lain-lain jugak. Thanks banget pada korang yang tak jemu kunjung blog picisan mummy ni. Takde apa pon yang special, semua lahir dari hati je :)

Ada masanya mummy tak sompek nak update blog! Lagi-lagi bila laptop buat hal....internet yang lembab ala siput sedut! Wohoooo siapa yang tak rindu kat blog kan..:) Mummy anggap jela cabaran dalam dunia blogging ni. Kadang bila free pon masih tak sompek nak update. Al maklumlah anak dara mummy memang nak duduk dekat ketiak mummy dia je 24 jam. :P Tak nak berenggang langsung. Ibarat ibu kangaroo...Adriana duduk dalam poket!

Tanpa reader siapalah blogger tu kan..entri banyak pon takde siapa yang nak baca. Mummy memang hargai korang yang pernah singgah di blog pinky the molly ni ;) Walaupon tak la gah mana...tapi mummy tetap bangga dengannya!

Terasa macam nak buat GIVEAWAY untuk menghargai pengunjung blog ni. :) Kalau hadiahnya dari Ramadhani Hijabs pon best jugakkan? :) Nanti mummy buat entri lain okay! Wahhhh terasa excited......!

Thanks korang sudi baca! Have a good day everyone.........<3



Wednesday, 10 October 2012

~Kisah Aku Dan Hijab~

Assalamualaikum Darlings :)

Selamat berhari Rabu! Hihihi...mesti ramai yang terkial-kial nak bangun pagi pergi kerja kan. Konpem liat, bercinta dengan katil. Rutin harian mummy macam biasa jugak la, bangun kejutkan suami dan anak...(eh,cam iklan radio Sinar tu pulak!)

Bila belek-belek majalah fashion esspecially Hijabista,Dara,Nur (for hijab woman)..mummy nak sharing loving la kisah mummy dengan hijab. Sebelum ni mummy pernah sharing dekat ENTRI INI. Hari ni nak tambah dengan detailnya kenapa mummy berhijab. :)

Mummy percaya setiap orang ada sebab tersendiri kenapa mereka memilih untuk berhijab. Semua orang pernah melalui fasa hidup sebagai seorang remaja. Siapa tu remaja? Haha remaja untuk korang yang berusia 13-25 tahun aje. Lepas tu jangan nak perasan kak jah nak cakap diri tu remaja lagik! Takde maknanya senah. :) Zaman remaja ni selalunya kita pentingkan kawan. Bagi kita, kawan adalah segalanya. Kalau boleh hidup dan mati pon untuk kawan jugaklah kan. Apa aje yang kawan buat....sekejap je berjangkit kat kita. And then kita pon copy cat la kengkawan ni. Mummy pon tak terkecuali.Sama aje memasing.

Sebelum berhijab, rambut memasing kemain kaler warna warni kan. Kadang tu macam warna pelangi pon ada. Hahaha ni point dekat diri sendiri jugak. Bab-bab rambut ni penting la sangat. Pantang dengar kawan kata rebonding, kaler kan rambut la, curl la apa la...semua nak ikut. Kalau kena gaya takpe. Ini dah lah kulit pon hitam si tampuk manggis..ada hati nak rambut blonde macam california girl. Hihi. Erkkk sekali lagik shoot kat diri sendiri tau! Takde kena mengena dengan orang lain.

Zaman kanak-kanak gonjeng mummy suka rambut pendek. Masa tu boyish sikit la. Lagi satu pakai tudung ke sekolah, panasnya....:( merungut la sebab tu nak rambut pendek! Serious sangat pendek, hahaha sometimes i put hair gel on my hair and biarkan terpacak! :P Terasa sangat macho dengan rambut yang begitu. Hihi. Ingat lagi first IC yang mummy buat pon muka sebijik macam budak lelaki! Ohhhh kalau tengok sekarang ni...memang memalukan! Dah la dulu gambar IC hitam putih kan. Ya rabbi sangat tak cun!

Meningkat ke zaman remaja, mula la nak mencantikkan diri. Secara jujurnya, mummy mula simpan rambut panjang masa di tingkatan 3 dan seterusnya. Sedar-sedar je rambut dah panjang macam Rapunzel! Hahaha siapa prince charming yang nak naik menara using my hair? =D Pergi sekolah aje bertudung, after that memang free hair. Habis aje sekolah, rambut pon berubah-ubah kalernya! Bukan apa untuk kepuasan hati. Tak niat pon nak banding-banding dengan rambut orang lain. Hahaha, dont blame me coz i am beautiful :P Perasan jap! Wooohaaa.

Masa bercintan cintun dengan daddy pon i'm still free hair with sexy outfit! Kehkeh. I love short skirt,leggings,baby t...semua yang ketat-ketat aje la. Mummy terfikir lepas kahwin memang berazam pon untuk mengenakan hijab, buang semua sexy outfit. Okay...right afer kahwin benda tu tak jadi jugak. Sampai la satu masa bila mummy bergaduh dengan daddy, suddenly dia sebut pasal cara mummy berpakaian, and guess what he told me to wear hijab!! A BIG NO from me. Mummy tak suka kena paksa-paksa la. And mummy rasa, biarlah kita berhijab ikhlas kerana Allah!

Oleh sebab, daddy yang sangat memaksa, keesokan hari dia terus ajak mummy pergi beli tudung, shawl. Are you serious? Hahaha sangat janggal la nak pakai tudung bagai ni ! Itu kata hati mummy la. Mula menghijabkan diri pada June 2011. So dah lebih setahun mummy berhijab. Dalam keterpaksaan memakai hijab...akhirnya mummy sendiri jatuh cinta! Kuasa Allah kan....DIA bagi mummy hidayah sempena penghijrahan mummy. Terasa cantik berganda-ganda lagi dari sebelum berhijab. Rasa tenang.....

Baju-baju yang dulu pon banyak mummy tak pakai lagi. Kalau ada pon mummy cover dengan cardigan. Lagipon sekarang fashion muslimah memang macam cendawan tumbuh kan. Sangat banyak pilihan....siapa kata berhijab tak boleh berfashion? Asal kena gayanya..dan menutup aurat, InsyaAllah cantik :)

 Lepas berpantang muka dan badan nampak selim melim sikit :) hihi. Ni cotton shawl yang pertama dalam koleksi mummy! Tak pandai nak belit or pintal bagai. Main pakai aje tu..:)


 Hari cukur jambul Adriana. This is my first pashmina! Sayang sangat...dah la cantik berbutterfly :) Masih simpan dan pakai walaupon dah berlubang terkena iron :(


 Ni pashmina pink pertama! Haha semua pon yang pertama kan..maklumla orang baru berhijrah :) I love this plain pashmina! High quality dan sangat sejuk....:)


 Lepas berhijab rasa macam makin cunnnn! Hahahahha


 Cotton shawl polkadot ni mummy beli RM10 je! Memangla nipis.....kalau pakai pin banyak2 habis lubang merata! Mana hilangnya pon tak tau....:)



 Syria mummy yang pertama jugak! Sebelum ni memang tak tau apa tudung syria dan tak tau pakai!! See? Hahaha sangatla outdated pasal tudung-tudung ni. Sampai sekarang mummy masih penggemar tegar syria! Senang pakai....jimat masa! Hey i'm a busy mommy! :)


 Modelling for Ramadhani Hijabs :) 


 Bawal Leopard kegemaranku! Masa ni tengah berniaga kat booth Ramadhani Hijabs! :)


My cat's eyes.....Meoowwwwww! :)

Berhijab bukanlah sekadar menutup aurat..its more on becoming a great muslimah! Semoga korang semua pasang niat yang sama, berhijab dan menutup aurat kerana Allah! Mummy teringat kata-kata pengasas Sendayu Tinggi. She said " Saya berpurdah dan berhijab bukan nak menunjukkan saya alim atau apa...sebab saya sedar yang segala yang INDAH itu sangat eksklusif, dan tidak seharusnya didedahkan!" :)

Tata Darlings! 

Sunday, 23 September 2012

~Happy Birthday Mummy~

Assalamualaikum Darlings :)

Sebenarnya entri ini patut ditulis semalam. Oleh kerna busy the body yang teramat maka di delay sampai hari ni. :) Mummy backdated entri ni okay..hihihi~

Alhamdulillah...berjumpa lagi dengan tarikh 23 September. Bertambah lagi setahun umur mummy! Cuba la teka berapa umur mummy? Haha yang penting muda remaja. Apalah ada pada angka kan. Sekadar nombor.
Sebenarnya tak berapa nak happy la sebab tak dapat celebrate with my mom,my dad..my sisters & brothers! Kalau dorang ada, memang best!

Takde apa pon yang special dihari lahir. Tapi nak ucapkan berjuta-juta TERIMA KASIH pada semua for the birthday wishes. Terharu.....:( keluar air mata duyung. Hihi.

Harapan dan doa di hari lahir ni, mintak Allah panjangkan umur sebab nak tengok Adriana membesar,pergi sekolah....:) Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, keluarga sakinah yang bahagia dunia akhirat, dimurahkan rezeki dan menjadi muslimah sejati (berusaha ke arah itu). 



Thanks google bagi kek yang sedap ni....! Haha i love strawberries :P

Thank you sekali lagi atas doa-doa kamu. Saya masih muda.......:P

Long live THE QUEEN~ (*_____^)



Thanks

Friday, 14 September 2012

~Oh My English~

Assalamualaikum Darlings :)


Bahasa Inggeris tak tahu
Fikiran boleh buntu
Lidah pun jadi kelu
Menjadi kelu
Tolonglah aku
Oh My English!
Yeah! Yeah! Yeahhhh!

~ihsan mr.google~


Opssss jangan salah sangka dulu. Hehehe takde kena mengena pon dengan Oh My English yang ditayangkan di tv tu....:) Saje mummy nak briefing pasal entri ini! Besides, lagu Oh My English ini buat Adriana menari-nari diiringi pelangi.

Sangkaan mummy yang baik hati ni...mesti korang semua sangat fasih berbahasa Inggeris bukan? Ada ke yang tak berapa fasih? Meh kongsi-kongsi dengan mummy kat sini. Okay mari kita mula stori mori ye darlings.

Sejujurnya mummy bukanlah seorang yang amat,amat,amat dan amat fasih berbahasa Inggeris. Mummy dibesarkan dengan Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantara dirumah,disekolah...dimana-mana jugak mummy pergi. Jadi penguasaan mummy terhadap bahasa Inggeris memang la kurang. Tapi itu semua tak pernah mematahkan semangat mummy yang memang cintakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

Sejak dari sekolah rendah..mummy lebih suka mendengar lagu-lagu bahasa Inggeris. Masa tu kan boyband tengah meletup-meletup bak bom atom :) Antara yang mummy paling minat mestilah Backstreet Boys! Woohhooooo kebanyakkan lagu-lagu dorang memang mummy hafal. Haa.....sebut pasal hafal, ini pon satu cara mummy untuk belajar bahasa Inggeris :) Mummy menghafal....

Selain daripada tu, mummy suka refer makna perkataan dalam kamus. Ingat tak masa sekolah rendah kita semua dipaksa bawa kamus yang berat-berat tu. Hahaha mummy memang takkan lupa. Mana kamus bahasa Melayu lagi...kamus bahasa Inggeris pulak..dengan buku teks melambak-lambak. Ya Allah memang berat la beg masa tu...:P

Nak kata penguasaan bahasa Inggeris sangat-sangat teruk tu takdela kan. Mummy masih lagi boleh membaca dan bertutur juga menulis dalam bahasa Inggeris. Bila tengok drama-drama berbahasa Inggeris, mummy akan refer pada subtitle untuk makna perkataan. Dari situ dah belajar jugak kan? :) Mummy pon memperbanyakkan lagi bacaan dalam bahasa Inggeris. Beli majalah-majalah bahasa Inggeris. Yes! Pada mulanya memang mummy sangat tak faham. Lama-lama bila dah terbiasa mummy gunakan perkataan-perkataan dalam majalah tu untuk perbualan sehari-hari.

Mummy pernah dikutuk dilaman sosial FB oleh seseorang yang cakap bahasa Inggeris mummy teruk! Dia dengan angkuhnya cakap " There is no such words like that...what a broken english". Hurmmm tak perlu la mention nama dia disini. Tapi mummy akan ingat sampai bila-bila apa yang dia cakap tu. Takpela kalau mummy teruk sekalipon....tapi..mummy tak pernah pon nak malu mencuba kan.  Mesti korang pon pernah alami apa yang mummy kena kan? Dari sehari ke sehari mummy cuba lagi perbaiki kesilapan mummy.

Pada mummy kan...tak payah nak dibanggakan sangat la ye kalau kamu-kamu yang fasih berbahasa Inggeris tu. Ada ke dalam kamus suruh kutuk orang? Ha? Mummy kagum lihat negara Jepun,Korea dan Amerika Latin, malah Itali,Perancis yang sangat mengagungkan bahasa ibunda mereka sendiri. Dan mereka berjaya tanpa perlu menggunakan bahasa Inggeris. Mummy bukan nak buat statement yang bahasa Inggeris tu tak penting...memang perlu untuk kita pelajari. 

Hari ni penguasaan bahasa Inggeris mummy makin baik..Ingat jangan malu untuk bercakap/berdialog dalam bahasa Inggeris. Tak kisah la kalau sebutannya tak betul,grammar tak betul. Yang penting kita mencuba! Kalau tak cuba mana nak tau dimana silapnya kan? :)
Selamat berbahasa Inggeris......(*______^)

Tata Darlings :)

Sunday, 29 January 2012

~Mummy Returns~

Assalamualaikum Darlings....Happy Saturday (^___*)

Weeeee! Satu jew perkataan yang mummy nak jerit kuat2! RINDUUUUUUUUU dengan blog mummy yang pinky the molly nie! Akhirnya penantian selama hampir 3bulan sangat berbaloi-baloi! Haha internet dah boleh dipakai dengan jayanya! Nie yang rase nak senyum lebor je! Hihi mekasih daddy yang susah payah bawak mummy pi Telekom haaaa....yela since kat sini xde kabel telefon, so kena la apply aerial! Kan mummy nie sangat special....haha internet pun pasang special gak!

Darlings mummy sume sihat ke? Camne ngan life korang sume skang nie? Mummy harap sume urusan berjalan lancar, dan korang sume diberi kesihatan yg baik! :) Mummy x sabau ler nak update blog pinky the molly nie! :) Banyak sangat benda yang mahu distori mori kan pada kamu sume darlings! :)

Owh yek,diam-diam mummy berisi gak! Hahaha bukan makin montel taw! Cume skang mummy da create my own hijabs collections yang di beri nama RAMADHANI HIJABS. :) Specially dedicated kat my little Adriana Ramadhani....kan lebih baik guna nama anak sendiri! Kan Kan? :) Alhamdulillah Ramadhani Hijabs da berusia 2bulan....weeee sgt cpt la masa berlalu! Nanti mummy akan publish gak kat blog nie about Ramadhani Hijabs.:) Ade x sape2 nak beli? Beli manyak2 ea! Kehkeh..

Ade jugak peristiwa manis dan pahit yang berlaku~! Mungkin Allah nak uji mummy kan? Hampir jew putus asa! Tapi apepun mummy mmg kena kuat semangat! At least untuk Adriana....;) Mummy tau apa yg jadi mesti ader hikmahnya, jadi mummy redha jew ngan aper yg Allah beri kerana yang baik mmg sumenya datang dari Allah. :)

Okla darlings....before mummy terlupa! Tolongla darlings sume vote adik mummy yang tersayang nie :)

Memula pegi kat sini => http://socialmediaweek.com.my/awards/signup.php MESTI SIGN UP DULU :)
Ok pastu vote kan si pinky => http://socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=38
                                               CARI WWW.AZHAFIZAH.COM
                                               KLIK VOTE

Senang jew kan? Lau nak calonkan blog korang pon bole ajew~! Cume blog mummy nie x layak lagi....hahahha :) Thanks darling!

Jom kite tengok si budak Adriana yg da besauuuu skang nie! :)


Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Hye Darlings...

Jom link exchange kt sini,mummy will follow you back..ARIGATO (^_*)

Copyright © 2011 Reserved to Mummy Adriana's
Design by Azhafizah.Com