♥♥Mummy Adriana♥♥: Luahan Hati

FAMOUS DARLINGS

Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts

Wednesday, 26 February 2014

Jadi Mummy Kali Kedua (Part I)

Assalamualaikum...:)

Finally dapat curi masa nak berceloteh kat sini. Sejak ada baby ni kan masa memang terhad! Mana anak nak menyusu,menangis,salin diaper...dengan si kakak Adriana lagi. Perghhhh boleh tahan jugaklah dugaan berpantang kali ni. Kalau dulu lahirkan Adriana,mengadap dia sorang jek. Kali ni memang berbeza la dah ada dua orang anak. Mummy terfikir macam mana dengan orang lain yang ada anak ramai tu kan? Emaknya konpemmm la stressed! Hahahaha....

Ni nak stori mori pengalaman nak lahirkan si baby Arzu. Memang macam-macam hal yang jadi, halangan, dugaan yang maha dasyat. Kalau di fikirkan semula memang serik nak mengandung lagi :-( Bab mengandung memang sangat okay rasanya sebab sihat walafiat aje. Takde sakit apa pun, takde alahan...boleh melantak apa sahaja! Cuma mengandung Arzu ni sakit pinggang dan punggung. Maybe banyak buat kerja rumah plus menjaga Adriana yang boleh tahan lasaknya. Memang betul bak kata orang, mengandung anak sulung kau rilek-rilek je jah...haaaaa nanti masuk anak kedua,ketiga dan seterusnya mula la sakit sana sini. Mana taknya...ada anak yang kita kena uruskan selain bawa anak dalam perut. Suami-suami mithali kenalah amik serius ye bab ni. Masa ni la nak tolong isteri.....jangan tolong tengok je!

Due date mummy sebenarnya jatuh pada 6hb Februari 2014, itu ikut apa yang nurse tu kirala. Tapi kalau mummy kira sendiri 4hb Februari tu dah cukup pon 40 minggu ( based on period date & scan). Planning awal nak balik JB pertengahan bulan Januari. So taklah lama sangat berkampung kat JB, adalah masa nak rehat sementara tunggu hari nak bersalin. Disebabkan adik mummy yang no 3 si Fiza tu bertunang awal bulan Disember...plan berubah terus. So berangkut la balik JB bulan 12 tu. Bukan apa Kedah-JB boleh tahan jauhnya kalau asyik nak ulang alik je kan. Mau terberanak jugak dalam kereta! Hihi.

Lepas kenduri bertunang Fiza selesai je, daddy pon tinggalkan mummy dengan Adriana kat rumah mama. Dah selamat si daddy balik Kedah. Al maklumlah bila makan gaji dengan orang, jangan harap nak cuti lama-lama yek...unless kau cuti tanpa gaji! Haaa yang tu company memang suka la..hehe.

Bulan Disember tu kandungan mummy dah mencecah 32minggu ataupon 8bulan. So ada lebih kurang 2bulan la nak bersalin. Perut memang nampak memboyot sangat dah...tak larat benau rasa. Tapi baby kecik je, sebab lemak-lemak kat perut banyak sangat (perut tebal) tu yang nampak macam besar. Kasi gimik je..hihi.

22 Januari 2014.

Sebulan lebih dah duduk kat JB...tapi takde tanda-tanda nak melahirkan. Setiap hari la pujuk-pujuk si baby Arzu...keluarlah cepat nak, keluar dengan senang ye,jangan susahkan mummy. Almost everyday la mummy akan cakap dengan baby...dengar ke tidak agaknya! =P

Masa hari ni, rasa lain macam sangat..dalam hati terdetik,ehhhhh dah nak bersalin ke aku ni. Masa ni dah 38minggu. Baby mengeras dan menolak kuat ke bawah. Oleh sebab tak pernah ada pengalaman normal delivery, jadi mummy sangat confuse la dengan semua ni. Kan si Adriana dulu keluar air ketuban je (takde rasa sakit) and disebabkan poor progress kena caesar. So mummy rasa pengalaman nak lahirkan si Arzu ni macam anak sulung.

Sms adik mummy yang no 2 tu...tanyalah dia macam mana rasa tanda-tanda nak bersalin tu kan. Dia suggest suruh mummy pergi hospital. In case kalau apa-apa jadi dekat rumah susah pulak. Malam dalam jam 11 lebih mummy pon pergi Hospital Sultan Ismail, JB or lebih famous amous dikenali dengan HSI =P. Mama dengan ayah pon temankan mummy. Yela kau, dengan suami jauh nunnnn duduk Kedah sana, takkan mummy nak meredah hospital sorang malam-malam buta. Sayu je hati nak tinggalkan Adriana sebab tak pernah tido tanpa Adriana. Dalam hati memang berdebar-debar. Harapnya kalau pergi hospital boleh la terus bersalin tanpa apa-apa masalah.

Sempat lagik update status dekat FB...
masa ni dah admit ke ward lebih kurang jam 3pagi, 23 Januari 2014.

23 Januari 2014.

Jam 12am lebih sampai dekat Wad Saringan untuk bersalin. Sorang doctor cina lelaki, yang mummy rasa doktor pelatih lagi, sebab nampak muda sangat and memang obviously kurang pengalaman. Dia tanya kenapa puan datang...atas sebab apa? Ekkkkk....mummy cakap la, rasa contraction, baby mengeras. Then dia suruh mummy pergi ke katil hujung tu untuk buat VE ( Vagina Examination) ataupon lebih senang faham doktor nak seluk....nak tengok jalan dah bukak ke.

Masa doktor tu buat VE mummy pon pasrah jela. Nak buat camne kalau yang ada masa tu doktor lelaki je? Alahaiiii doktor tu pon tak teringin la nak tengok lebih-lebih. Dia cuma jalankan tugas dia je. Sakit benau...rasa nak nangis la sebab memang jalan tak bukak langsung. Bila dia pasangkan CTG untuk dengar jantung baby & trace contraction memang jelas sangat la contraction yang sangat ketara. Masalahnya cuma satu......jalan tak bukak!!

Bila doktor tu tanya rumah dekat or tak..mummy dah feeling-feeling macam dia suruh balik je. Perghhhh sentap jugak la. Luckily ada doktor pakar yang suruh admit ward. Takutlah apa-apa jadi pulak dalam perjalanan nanti. Rumah memanglah tak jauh mana...tapi boleh tahan jugak nak sampai hospital pon. So sementara tunggu mama yang tolong register nak masuk wad, mummy sempatlah berborak dengan akak Masrina. Dia pon sakit nak bersalin...dah bukak jalan 4cm pon. Tak sangka duduk satu wad yang sama, katil pon berdepan aje.

Mama sempat belikan roti dengan muffin kat Seven E, plus minyak cap kapak! Kata mama takut pening-pening ke boleh lah sapu. Lepas admitted, tukar baju pink yang besar gedabak tu, mama & ayah pon balik. Oleh sebab contraction masih terasa so malam tu memang tak boleh tido sampai ke pagi. Call daddy suruh datang secepat mungkin. Daddy pon memang dah ready, nak tunggu pagi baru nak gerak. Takut ikutkan hati sangat nak cepat bak superman kang takut ada hal yang tak best jadi pulak. So daddy gerak dalam jam 10 pagi (23 Januari) dari Kedah.

Pepagi biasanya doktor pakar dengan anak-anak buah dia (doktor pelatih),housemen & medical officer akan buat lawatan cik kiah beramai-ramai. Bila doktor tu tengok hasil dari CTG dia kata kalau puan nak induce awal sangat, so kalau lepas buat VE, in case jalan tak bukak, puan boleh balik ye. Hurmmmmmm sentap lagik sekali :( sedihnya rasa. Bila la baby nak keluar ni.....

Memang betul jalan tertutup rapat...so lepas lunch around jam 1230pm, bolehlah kemas-kemas barang dan discharge. Masa tu tak bagitau apa-apa pon dengan daddy. Biar daddy sampai JB dengan selamat dulu. Mesti terkejut nauuu kan, sakit-sakit tetiba kena discharge. Masa tu dah rasa serik nak pergi HSI lagi. Kalau betul rasa nak bersalin lepas ni, nak cuba pergi Hospital Sultanah Aminah (HSA) pulak.

Stressed memikir bila la baby nak keluar ni....:( setiap hari mesti pujuk baby. Macam-macam dah mummy buat supaya jalan cepat bukak. Alang-alang daddy ada dekat JB,setiap petang ajak daddy jalan-jalan di Tasik Layang-Layang. Round la tepi tasik yang luas tu sampai mengah-mengah rasa. Berjalan aje kerjanya. Minum air akar fatimah dah bergelen-gelen..pon tak bukak jalan. Naik turun tangga la...makan telur ayam kampung dengan minyak la. Apa aje yang mummy tak buat...siap google bagai tengok petua untuk mempercepat bukaan pintu rahim.....tapi semua pon hampeh. Siap pergi holiday dengan family masa chinese new year hari tu. Penat tak terkira la...still jalan tak bukak. Sedih..kecewa dan sangat tension dengan memikir yang si daddy pon dah unpaid leaves almost 2weeks menunggu anak dia yang susah sangat nak keluar ni....

to be continued...


Salam sayang.





Wednesday, 16 January 2013

~Tahun Baru Di Hospital~

Assalamualaikum Darlings :)

Lama tak jenguk blog...apatah lagi nak update kan, rinduuuuuuu sangat :( dalam hati ni membuak-buak je rasa rindu. Dah 16 hari pon di tahun baru 2013, mummy rasa tak la terlambat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru pada semua readers, viewers, kawan-kawan alam maya yang memang sporting sangat :) Mummy akan terjah blog korang..satu persatu ye. Thanks sebab masih support mummy...! Muah

Al kisahnya tahun baru di hospital. Seperti yang mummy war-war kan di FB and Twitter yang my little Adriana kena tahan wad! Sebenarnya bermula dengan selsema aje..then muntah-muntah, cirit, demam & tonsil bengkak. Kesiannnnn sangat. Yela Adriana masih kecil. Kalau sakit pon tak tahu macam mana nak luahkan. Pandai menangis jela...then merengek :(

Petang tahun baru tu 31/12/2012..mummy dah bawak Adriana pergi klinik. On the way balik tu Adriana muntah dalam kereta. Habis dengan mummy kena sekali..Sampai rumah je, muntah-muntah lagik. Mummy memang dah tak sedap hati la masa tu. Yela, kalau dekat rumah pon bukan kita tahu nak buat apa kan...lain la kalau kita ni doktor! So decided bawak Adriana pergi Hospital Kulim.

Malam tahun baru tu punyalah ramai orang yang sakit (Emergency). Mummy pon dah fikir-fikir mesti lambat giliran kitaorang...kot-kot sampai pukul 12 or 1 pagi ! Nasib baik lah dalam pukul 10.30 malam je nama Adriana dah dipanggil! Hahhhhh legaaaa sangat! Okay masuklah jumpa doktor. Lepas checkup dia cuma bagi Adriana ubat demam + air garam (sebab ada cirit). Hurmmm mummy memang la nak mintak masuk wad malam tu jugak sebab Adriana dah tak nak minum + makan langsung. Boleh pulak doktor cina tu cakap, "anak you tak kurang air...sebab tengok kulit dia cantik aje. so tak payah masuk wad dulu" hurmmmm.

Malam tu dekat rumah muntah-muntah lagi. Susu langsung la tak nak minum..mana dengan hidung tersumbat (selsema teruk). Nak bagi makan ubat pon asyik muntah aje. Mummy memang tak boleh tido la sampai pagi. Risau sangat Adriana asyik mengigau...susah nak tarik nafas :( Pagi tu mummy terus tak fikir panjang lagi. Mama pepagi dah sms tanya pasal Adriana. Mama pon advised bawak Adriana pergi hospital. Nasib baik la di tahun baru tu 01/01/13 tak ramai orang dekat Emergency. Mummy berdua aje dengan orang India tu. Anak dia demam jugak rasanya (tampal cool fever).

 Memula masuk hospital memang la excited kan...! Tak pernah masuk lagi..dulu masa bersalin je masuk hospital pon :P


Before ambik darah & kena cucuk...


Kesian mummy tengok Adriana kena cucuk :( kalaulah boleh mummy nak ganti tempat adik....


Hari kedua...Adriana still in a bad mood :(

Masa ni dah rasa sihat sikit...boleh la senyum...! Sayanggg anak mummy!

Wad 2, katil 14A :)


Hari ketiga...boring duduk, Adriana nak jenjalan. Tapi tak boleh jauh2..sebab doctor takut kena jangkitan kuman! Biasala baby, antibodi tak kuat lagi.

Kena cucuk tangan kanan pulak! Biasalah kalau dah tercabut, kenalah cucuk tempat lain...meraunggggggggg lagik anak mummy :( :( Kesiannn



Tak sampai sejam nurse tampal..Adriana pon koyakkan! Kan dia obses dengan kertas :P


4 hari jugak la mummy berkampung dekat Hospital Kulim. Semua demi Adriana Ramadhani. Allah aje tahu betapa sedihnya hati seorang ibu lihat anaknya kesakitan :( Mummy bangga dengan ibu-ibu kat situ yang memang kuat semangat! Semoga baby-baby dekat wad tu cepat sembuh!! Sesungguhnya Allah memakbulkan doa kudus seorang ibu!AMIN.

Alhamdulillah hari keempat Adriana beransur pulih. Padahal masa tu dia still cirit. Maybe effect dari antibiotik! Kita yang dewasa ni pon tak tahan dengan antibiotik..apatah lagik baby! Masa doctor round pepagi untuk check up, dia cakap lung Adriana was clear. Adriana pon tak demam lagik. Doctor cakap boleh discharge la hari tu jugak! Ahhhhh leganya mummy! Memang tak sanggup rasanya nak tinggal dekat hospital lama-lama. Lagi-lagi dengan anak sakit memang meruntun kalbu.

Syukur padaMU Ya Allah kerana memberi peluang pada anakku Adriana Ramadhani untuk kembali sihat,ceria.....! Sesungguhnya sakit itu datang dari ENGKAU sebagai ujian buat aku sang ibu untuk lebih dekat kepadaMU. Pasti ada hikmahnya disebalik apa yang ENGKAU takdirkan. Aku pasrahkan kepadamu Ya Rahman,Ya Rahim....Tuhan sekalian alam!

Tata Darlings :) 










Sunday, 28 October 2012

~Setahun Usianya~

Assalamualaikum Darlings :)

Bila kira-kira...then tengok kalendar, wah dah setahun lebih usia blog pinky the molly mummy ni :) Sebenarnya ini ialah blog mummy yang kedua. Mummy start blogging since 2008! :P Kalau masih kekal dengan blog yang dulu tu, mesti sekarang dah famous amous macam Redmummy kan? Kehkeh.

Masa tahun 2008 tu, mummy online dekat office jek. So bila dah berpindah kerja kat tempat lain...blog pon entah kemana. Kenapa mummy nak menulis di blog? Sebabnya...mummy seorang yang kuat membebel! Haha. Kalau tanya daddy....dia tahula. :) Mummy memang minat la menulis. Masa sekolah kan, suka aje tulis karangan panjang berjela-jela. Cikgu pon mesti senoneng baca! Haha. Bila diluahkan dalam blog, dah jadi lain. Bukan macam karangan zaman sekolah yek. Tapi more matured la, dan lebih kepada isu-isu peribadi, koleksi peribadi dan apa aja yang mummy rasa nak sharing loving.

Tahun 2011 mummy kembali lagi blogging setelah 3 tahun merehatkan diri.. Cakap macam artis pulak! Kira comeback la konon yek? Waaaa muntah! :P Masa dalam pantang lepas bersalin tu, kan duduk rilek-rilek aje jaga Adriana. So bila online, mummy memang selalu singgah kat my idol blogger ni. Dari situ lah mummy rasa rinduuuuuuu yang amat sangat nak menulis blog.

My idol blogger memang famous amous. Dia jugak seorang mummy! :) So apa yang dia tulis tu lebih dekat dihati mummy la other than blogger yang lain. Tapi mummy tetap baca yang lain-lain jugak. Thanks banget pada korang yang tak jemu kunjung blog picisan mummy ni. Takde apa pon yang special, semua lahir dari hati je :)

Ada masanya mummy tak sompek nak update blog! Lagi-lagi bila laptop buat hal....internet yang lembab ala siput sedut! Wohoooo siapa yang tak rindu kat blog kan..:) Mummy anggap jela cabaran dalam dunia blogging ni. Kadang bila free pon masih tak sompek nak update. Al maklumlah anak dara mummy memang nak duduk dekat ketiak mummy dia je 24 jam. :P Tak nak berenggang langsung. Ibarat ibu kangaroo...Adriana duduk dalam poket!

Tanpa reader siapalah blogger tu kan..entri banyak pon takde siapa yang nak baca. Mummy memang hargai korang yang pernah singgah di blog pinky the molly ni ;) Walaupon tak la gah mana...tapi mummy tetap bangga dengannya!

Terasa macam nak buat GIVEAWAY untuk menghargai pengunjung blog ni. :) Kalau hadiahnya dari Ramadhani Hijabs pon best jugakkan? :) Nanti mummy buat entri lain okay! Wahhhh terasa excited......!

Thanks korang sudi baca! Have a good day everyone.........<3



Thursday, 25 October 2012

~Nota Cinta Buat Suami~

Assalamualaikum Darlings :)


Bila tengok gambar ni, happy sangat! Inilah hari bahagia kita disatukan sebagai pasangan hidup. Ye! Perkahwinan itu tidaklah seindah yang disangkakan....juga tidaklah seburuk yang dijangkakan! Terpulang kepada kita untuk mewarnainya. :) Perkahwinan juga ibarat kain putih...kitalah jua yang mencorakkannya :)

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Bergaduh, selisih faham memang perkara biasa. Suamiku sayang....aku juga wanita biasa, yang sangat rapuh hatinya. Yang menangis bila disakiti...yang sedih jika dimarahi. 

Suamiku,






Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Not from his feet to stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be LOVED by him :)

I love you daddy till the end of time...!

I miss youuuuuu so much :(



Thursday, 10 May 2012

~Alahai Customer~

Assalamualaikum Darlings....:)

Mummy mintak maaf manyak-manyak coz hari nie tak sempat nak jenjalan santai kat blog korang. Hihihi hari yang agak busy plus cover tido petang tadi...kehkeh! Maklumlah lau ada anak kecik nie memang memanjang tido tak cukup! Tapi seyes ngantuk sangat....rabak mata, bantal memanggil-manggil...zZzZzZzz teros tak fikir panjang. Eh by the way thanks banget korang yang sudi jejak kat blog pinky the molly nie! Sat-sat gi mummy terjah balik okay? :)

Nak sori the mori al kisah perangai customer. Mummy gerenti sume orang yang join dalam bidang business nie akan ada masalah dengan customer kan? Tak kira business kecik ke,besau ke....even gerai kat tepi jalan pon akan ada masalah nie :P Sekarang nie mummy rasa slogan mogan "Customer Always Right" memang dah tak buleh pakai....setuju?

Almost setengah tahun mummy running Ramadhani Hijabs. Sama maksud dengan enam bulan lah kan....since hari pertama mummy launched the business, dah pon hadapi macam-macam kerenah customer nie. Tapi tak buleh cepat melenting or panas baran. Nak get involve in this kind of business kesabaran memang kena tip top. Walaupun kekadang tu, mummy cebik muka susu masam jugak! Hahaha pening wooooo. Selalunya mummy akan tunggu customer keluar dulu then barulah nak melepas geram pon!

Semua item kat Ramadhani Hijabs sangatlah berpatutan harganya. Bermula dari serendah RM5 hingga RM40 sahaja setakat nie la. In future tak tau lagi la :) Tak salah kalau nak tawar menawar....tapi lau melampau sangat sampaikan kita tak buleh nak pusing modal camne tu?

Customer : Tudung nie berapa harganya? Eh....colour dia untuk orang-orang muda je la.
Mummy : Yang nie cuma RM25 je kak. Sekarang nie lau nak berfesyen pakai colour ape pun buleh. Janji berani...barulah nampak kelainan :)
Customer : Mahalnya dik.....bagi la harga kawan-kawan.
Mummy : * eh bila masa ko jadik kawan aku nie....:P *-dalam hati je
Customer : Lau jual RM 15 akak amik teros la.Alaa dik takkan nak berkira sangat.
Mummy : * kos tudung pon dah lebih dari tu, ko banyak cekadak pulak. Abis aku nie tak payah makan la...* - again dalam hati :(
: Ermmmm kak, saya amik tudung nie pon dah mahal. Tengok la material tudung nie pon berkualiti. Setakat RM 20 tu buleh la saya bagi.
Customer : Takpela dik, akak tengok-tengok dulu ye.

Based dari petikan kat atas nie, korang rasa melampau tak? Tawar menawar pon agak-agak la kan. Hurmmm tak beli pon takpe lah kak oiiii....ramai lagik customer lain. Mummy teros malas layan lau camni. Abis tu pegi amik stock tak isi minyak kereta ke...ngan makan lagi, penat lagik. Mummy pon bukanlah letak harga lambung-lambung ke langit. Lau mummy pegi beli kat kedai orang lain pon tak tergamak nau nak tawar sampai camtu skali! kan?

Bukan masalah tu aje....jom mummy nak listkan masalah lain pulak! Hahaha :P

* Masuk kedai dengan muka kerek berlagak cam orang kaya...padahal nak beli tudung murah pon takde duit.
* Suka nak bezakan harga kita dengan pesaing kita....pastu jadik posmen pulak pegi bagitau pesaing harga kita.
* Konon tanya " tudung ada nie je ke?" padahal tudung yang dia pakai takla update sangat pon :(
* Banyak yang tanya camne nak pakai shawl...bila kita dah buat tutorial, cakap muka tak sesuai la, tak kena gaya la ape la...ehhhhhh menyirap nau!
* Beli satu RM10,lau beli 2 helai dapat kurang berapa? - hurm hurm hurm :(
* Buleh tak hutang dulu...nanti gaji baru bayar. - erkkk camne nak pusing modal?
* Belum lagik, yang bajet cam stylo sangat! Siap mention Hana Tajima la ape la....:P Poyonya....hahaha cam la aku nie tak ikuti perkembangan fesyen =D

Hahaha berbagai-bagai kerenahnya pon. Ada lagik yang tak masuk dalam list kat atas. Sabar pon ada batasnya jugak kan. Lau da selalu camtu, mummy tak kisah lau dorang tak beli skali pon. Tak rugi kita takde customer cam dorang nie.

 Ramai yang tanya nape mummy tak bukak butik or sama maksud dengannya...:P Mummy nak fokus camni dulu. InsyaAllah in future akan buka juga. Semua ada dalam perancangan..doakan mummy. :)


 Pashmina Plain*soft pink* from Ramadhani Hijabs...:)Masa nie muka nampak cam tembam sikit la...kehkeh!


 Tudung Lycra Plain memang banyak pilihan warna. Ini baru separuh darinya :) Murah-murah aje! :P Tudung nie memang sangat laris bak pisang goreng di musim kenduri kawin (^____~)



Antara koleksi yang ada. Stock baru setiap hari Jumaat setiap minggu :)



Tata Darlings :)





Friday, 6 April 2012

~Busuk Hati Sangat?~

Assalamualaikum darlings..Happy Friday (*____^)___^)

Well sape yang busuk hati sangat tu? Mummy tau dalam hidup korang pon sure ade ramai yang dah terkena ngan orang-orang aneh dalam kategori BUSUK HATI nie kan? Cam tu gak la dengan mummy. Bukanlah niat mummy nak stori mori nie nak aibkan sesape or nak mendengki pulak kat sesape. Cuma mummy dah meluat sangat dengan situasi nie. Korang amacam??? Mesti mendidih kat kepala hotak kan? Jantung berdegup laju dari biasa....kuasa kuda bertambah! Haha...

Nape mesti busuk hati? Apa yang kita buat dalam hidup dorang kan? Kekadang tu yang busuk hati nie bukanlah dikalangan kawan-kawan, teman sepejabat, yang paling gamaknya ialah adik-beradik sendiri. Bila dah cakap pasal adik-beradik perlu ke berdengki-dengki nie? Lau mummy la tak terasa pon nak dengki ngan adik-beradik sendiri. Lagi ar kite nak tolong dorang kan? Selalunya kite akan happy bile adik-beradik sume hidup senang...ader pendidikan yang baik, ader pekerjaan yang baik. Tapi tidak bagi sesetengah orang. Hurmmm cam ne tu?

Ape yang mummy bebelkan nie sume berdasarkan pengalaman. Mummy tengok sendiri sume nie ngan mata sepet mummy nie. =D Lau ikut kamus PINK mummy la kan...selalunya orang akan dengki kita oleh sebab musabab yang dibawah :-

1) Harta
2) Hubungan mesra dengan keluarga
3) Kerjaya yang bagus
4) Duit yang tak seberapa
5) Family kita yang bahagia
6) Yang penting..."Orang yang tak buleh tengok kesenangan orang lain" 


Bile dah dengki tu macam-macam la yang dorang akan buat, hanya untuk melihat kite sengsara, kite berpecah belah. Tapi percayalah, Allah takkan bagi kesenangan pada orang-orang aneh nie. Hidup dorang totally tak berkat. Setuju tak darlings? Cube kite perhatikan golongan orang-orang aneh kat sekitar kita kan...for sure hidup dorang takkan pernah tenang apetah lagi nak senang!

Jadi ape yang korang sume buat? Mummy nie memang la tak sempurna sebagai seorang manusia. Sape la yang tak sakit hati kan? Memang rase nak bagi penampor aje...hahaha baru puas sikit! Buekkkkk....amik kau sekali kan! So bagi mummy, baik pada orang berpada-pada aje! Bukan ape, bile dah terjadi cam ni kita tak la berapa ralat sangat. And the most thing tolonglah avoid dan jauhkan diri dari golongan orang-orang aneh cam nie. Bukan ape, buat semak kepala hotak aje! Plus menambah dosa kite yang dah sedia banyak tu. Kehkeh. Kalau betul korang jadik mangsa aniaya nie, confront je orang-orang aneh nie depan-depan! Haaa bagitau aje apelah masalah yang tak puas hati benauuuu tu. Kan senang??

Pada mummy kan, takyah la nak berdengki sakan! Korang takkan kemana pon lau buat cam ni kat orang lain. Tengokla diri sendiri dulu sebelum buat ape-ape pon. Allah takkan bagi kesenangan, malah rezeki pon sempit pada orang-orang aneh yang sakit PHD nie. Ciannn kannn? (*___^) Renungan buat mummy gak tu. Semoga Allah cuci hati kita untuk bersikap lebih baik esspecially dengan adik-beradik atau ahli keluarga.

Tata Darlings!




Tuesday, 1 November 2011

~Sepi Tanpa Kata~

Assalamualaikum Darlings...Happy Tuesday (*___^)

Ya ALLAH...! Akhirnya dapat gak mummy bukak blog kesayangan nie :( Penyepian yang agak lama kn darlings? Ader x sape yg winduuuuuu ngan mummy famous amous? Sila angkat tangan kanan?Hahaha! Konpemmmla winduuu bangett kan?

First of all,mohon maaf la darlings atas penyepian nie! Weeee hati meronta2..menangis2 nk update blog! Apakan daya internet nie ala2 siput babi+siput sedut la plak! (haram dimakan ye..hahaha). Internet yang memang lembabbbbb benauuuuu! Bikin mummy ngamuk je taw! Huhhhhh nie la bahana bila da balik ke sangkar yang tak berapa nk emas nie.Hahahahahhahaha! Lau kt JB lancarrrr jew keje mummy kn?

Darlings sume ape kabo? Mummy doakan sume sihat dan sentiasa dilindungi olehNYA. Amin. :) Sape yang x rindu ngn blog sendiri bile da tiap2 ari update tup2 x bleh update! Perghhhh meraunggg sehhhh :) Adriana smpi da besauuuu nie ha! Kehkehkeh.

Okla darlings, mummy tinggalkan korang ngn pic Adriana si budak comel :) Jaga diri ya darlings! Mummy cube update gak walaupun internet nie siput sedut! Tapi mintak maafla lau xleh nk blogwalking kt page korang...:(

 Da besauuu kn si Adriana? Weee sgt comey lote! :)

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Hye Darlings...

Jom link exchange kt sini,mummy will follow you back..ARIGATO (^_*)

Copyright © 2011 Reserved to Mummy Adriana's
Design by Azhafizah.Com