♥♥Mummy Adriana♥♥: November 2012

FAMOUS DARLINGS

Wednesday, 28 November 2012

~Sponsoring Blog GiveAway~

Assalamualaikum Darlings :)

Its have been a few days since last entry. Memang busy the body! Yes! Ahad lepas balik ke Kedah...alhamdulillah selamat sampai jam 12 tengah malam tanpa apa-apa dugaan di jalan raya. Cuma banyak berhenti la  sebab I had a baby girl :) nak tukar diaper la, beli air la...apa la makan la!

Sebenarnya sebelum ni mummy tak pernah lagi sponsor mana-mana blog giveaway. Saje nak luaskan jajahan takluk! Hahaha. Suka-suka kan...boleh kenal ramai lagik blogger. Besides boleh kembangkan bisnes Ramadhani Hijabs :)

Detailsnya seperti berikut :-

Di anjurkan oleh adik SA MICHAISI


 Banner dari blog beliau :P

Hadiah untuk para pemenang bertuah dari mummy :-


 1 Retro Slings Bag


3 helai Tudung Bawal :)

Gojes bukan? 
Ops....! Sebelum tu nak ucapkan Tahniah in advanced buat sesiapa yang bakal dapat hadiah dari Ramadhani Hijabs

InsyaAllah ada rezeki nanti buleh sponsor lagi! Hihi :)


Tata Darlings :) 


Thursday, 22 November 2012

~BANTU PALESTIN~

Assalamualaikum Darlings :)




Dengan lafaz Bismillahhirrahmannirrahim kami melancarkan satu aktiviti amal yang dinamakan BANTU PALESTIN kami iaitu ahli GBS dan GROUP BLOGGER APAKAH? mengambil inisiatif mengadakan satu kutipan sumbangan untuk membantu saudara Islam diPalestin. Sumbangan ini terbuka kepada semua pihak sama ada blogger mahupun bukan blogger. Sama-sama kita berganding bahu meringankan beban saudara kita disana.

Info tambahan :

Sumbangan BERMULA dari : 21 November 2012 hingga 12 Dis 2012

Kepada yang sudah memberi sumbangan anda hanya perlu inform Yuyu Ali (Nur Maizatul Idayu Mazlan) dan Nabiel Faan (Nabil Farkhan Radzuan) untuk GBS dan MK Syahir 0132757252 untuk Group Apakah samada secara PM di facebook mahupun mesej/hubungi no. telefon yang tertera di poster untuk memudahkan urusan sumbangan. 

Anda juga boleh menyebarkan poster ini diblog, difacebook atau dimana sahaja.. semoga dengan usaha kecil kita ini dapat membantu Saudara Islam kita disana.. 

Derma ikhlas anda akan memberikan senyuman buat mereka disana :) 

Segala budi dan jasa anda semua hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.. 

* Sumber /kredit to : AIDA OMAR


P/S : Sayangku....tak perlu wang jutaan ringgit untuk kamu menghulurkan bantuan! Kalau dengan hanya RM1.00 tetapi kamu sangat ikhlas, maka pahala dan ganjaran adalah lebih besar. Jangan malu jika sumbangan kita tidak seberapa...yang penting kita ikhlaskan ke jalan Allah dan niatkan untuk membantu saudara mara kita di Palestin. Mummy rasa berbangga kerana blogger-blogger ni ada usaha untuk menolong saudara kita di Palestin. Semoga Allah membalas kebaikan mereka dengan sebesar-besarnya! Ayuhhhh sayang, kita sumbangkan dana bagi mereka disana :)

How to reach them : Facebook => Geng Blogger Sengal  
                                     Hotline => 014-5090549 ( Yuyu)
                                                   => 013-2638515 (Nabiel)

Terima kasih sayangku....:)




~Bazaar Karat JB~

Assalamualaikum Darlings....:)

Dah malam-malam ni barulah boleh ngadap lappy. Lepas tidokan Adriana baru terasa lega. Selagi tak tido...ada je kerja si budak kecik tu! Hurmmmm naik poning mummy dia! Haha itu baru anak sorang kan? Kalau tambah sorang lagik terus pengsan! :P

Kemarin saja la jenjalan kat JB kan. Since dah lama sangat sebenarnya mummy ni tak outing mana-mana. Selalunya kalau balik JB, masa mummy memang hanya untuk family je. Nak keluar date dengan kawan jauh sekali. Mostly balik JB, stay dekat rumah mama. Then bila sampai masa kita pon balik Kedah. Kiranya dah lama tak sempat nak singgah tempat-tempat masa zaman memuda dulu :) Hihi

Nak lepaskan gian punya pasal, mummy excited la ajak dorang pergi Baazar Karat JB. Korang-korang yang dekat JB for sure sangat familiar kan? Apa yang best Baazar Karat ? Mummy suka sebab kat situ, banyak sangat barang yang kita selalunya tak jumpa dekat tempat lain. Kebanyakkan Preloved Item la,ataupon bundle :) Ada orang tak suka beli barang-barang bundle ni. Dulu mummy pon sama. Tapi sejak kawin ni, terus terpengaruh dengan si daddy. Hihi. Bukan barang bundle je yang banyak kat situ...banyak lagik barang-barang lain yang kita boleh tawar menawar and lebih murah dari beli kat tempat lain. Kalau korang tak suka tawar menawar pon takpe, boleh beli je kat butik-butik! Hehe, nak jaga standard sangat kan? :P

 Memula singgah City Square! Bukan apa cuma nak beli donut dekat JCO Donut je :) City Square memang dah berubah wajah. Lama tau mummy tak pergi sini. Rasanya last time masa 2010! 2 years jugak la kan tak jejak kaki kat sini. Padahal masa sebelum kawin, City Square je la tempat lepak mummy! Suka shopping+tengok wayang kat sini :) Sabtu Ahad je ni la tempat wajib!


 Kemain semua yek..! Little Irish pon dah pandai tengok kamera :) Comel la anak bujang makyong sorang ni! 


 Okay MakYong pon masuk sekali. Pakai pashmina biru yang baru....! Cantik ke? Bought for RM10 only! Berbaloi-baloi. :) Nenek pon pakai baju baru dia yang custom made tu. Memasing melaram! Haha


 My littlle Adriana. Tak berapa nak sihat lagik...so kasi dia rehat. Pinjam Irish punya stroller! :) Mak Ngah Cda cakap Irish memang taknak duduk dalam stroller sekarang ni. Dah besar memacam je perangainya.


 Muka baru bangun tido. Dalam kereta sepanjang jalan tido aje. So bila bangun memang bad mood! :) Puting aksesori wajib~


 Kebetulan kat Ground Floor City Square ada sales kasut! Berbagai-bagai ha. Sampai tak tau mana satu yang latest. Semua pon cantik....:)


 Masa ni dah gerak ke Baazar Karat. Bukan jauh benau dari City Square tu. Jalan kaki bakar lemak dalam 7minit gitu sampaila! Haha. Ehhhhh YURNS Boutique kat Baazar Karat ni reminds me to Jezmine Zaidan. Ala fashion blogger yang famous tu plus owner to OBB. Sebab baju-baju kat situ memang vintage habis! Hanger baju dia pon lebih kurang sama macam OBB punya! :) 

 Besides baju-baju, depa pon jual jugak beg and mini luggage yang sangat vintage! Oh my.....memang gojes! Suka tau! :) Gambar sapa la tu mummy snap! Hahahaha nasib la kau masuk dalam blog aku ni ye :P


 Anak dara berangan....! Sibuk nak air....!!!


 Baru jenjalan bakar lemak dalam 10minit memasing dah kehausan. Nama pon Baazar Karat kan...free air je la. Kalau nak aircond bagai (sejuk) moh masuk City Square balik! Hihi. Chot sibuk beli asam. Mama tu pilih-pilih air. Thanks belanja! :P

 I love you mama. Tetap yang terpaling cantik dihatiku! :) Gambar kat Bazaar Karat sikit je :( Sebab semua sibuk nak membelek barang! Terlupa kamera. Hahaha. Tapi serious susah sikit la nak berjalan kat situ kalau dengan anak-anak kecik! Biasala kan bebudak ni macam-macam je ragam dorang! Kejap camni la,camtu la...haishhhh sabau jela!


 After Baazar Karat, Mak Ngah ajakla pergi Fun Park Danga Bay pulak! haaa ni lagik satu tempat yang mummy dah lama tak jejak. Last year kot rasanya kali terakhir. Hihi :) Ehhhh kenapa mummy rasa lengan mummy dah macam anaconda tu. Mak datok besau! Hahahahaha


 Posing lagik dengan anak manja mummy. 


 Pirate Ship yang besau gedabak! Teringin nak naik...tapi macam seram pulak dengar dorang jerit-jerit histeria kat atas tu. Guess what.....mummy dengar bunyi kapal tu macam nak tercabut! Hahhhhhh kau biar betul ni! Kalau betul tercabut...hishhh tak dapat bayangkan sehh.


 Memalam ramai sangat orang kat sini. Tapi Danga Bay rasanya tak semeriah dulu-dulu la! :) Ehhh cina mana  pulak masuk dalam gambar ni. Haha lantak kau la.


 Big Cup, big jug! Pusing-pusing sampai pening. Jangan muntah sudah. Rasanya kalau sesiapa yang pregnant tak payah gatal nak naik la. Ada kang alahan tak sesudah! :P

 My mum dengan yuyi :) 

 Mak Ngah Cda dengan anak-anak sidek dia. :)


 Here we are! Opsss sebelum terlupa, nak bagi tips la..kalau jenjalan kat Baazar Karat tu takyah nak melaram sangat pakai high heels la yek! Pakai selipar jepun sudah. Ataupon ballerina shoes ke,yang penting flat shoes la. Konpem kaki kejang serta merta! Hahaha takde paramedik tau kat situ nak selamatkan korang :P

 Survey dulu nak main yang mana satu! Semua pon best. Tapi bebudak selalunya tak bolehla naik yang lelaju tu. Bahaya kan! 

 Susahnya nak snap gambau anak dara ni. :P

 Kaunter tiket yang sentiasa laris manis. Macam kena tarik dengan magnet! Silap-silap duit boleh habis wei kat sini! Kan?


 Antara mainan yang ada dekat situ plus harganya sekali. Sebelum beli kena tengok dulu yang mana game yang sesuai untuk anak-anak :) Plus check ticket after beli! Mana la tau tak cukup kan...tapi duit bayar lebih!



 Gambar jauh Merry Go Round :) 

 Baru nak snap gambar si Adriana dah lari pulak! Hihi


 Nenek with kak yong :)

 Yang ni apa la namanya...hahaha! Burung terbang kot :P


 Frog apa ek...lupa namanya! :P 

 Teringin sangat nak naik merry go round! Parents boleh teman anak-anak naik kuda ni.

 Last-last kasi Uddyn dengan Yuyi yang naik kuda unicorn ni. :) Mak Ngah posing sakan!

 Yuyi memula konon la takut kan. Hahaha! Lepas tu dia pulak yang seronok!


 Pandang mummy sini sayang! Kaler baju dengan sandal dah nak sama! :P


 Kuda ku lari gagah berani....ayuhhhhh lari!


 Ehhhh bangla yang jaga Merry Go Round pon nak masuk dalam blog mummy la! Hihi :P

 Mummy gojes+ohsem+cun+cantik+tembam...haha! Siapa lagik nak puji? Ha cuba cakap....=P


 Mama pon tengok jela depa naik Merry Go Round! :)


 Mummy ajak bergambar je. Adriana baikkkkkknya nak kiss mummy! Sayanggggg :)


 Lenguhhhh tangan mummy anak oiiii :P


 Anak mummy tak suka tayang muka dah. Nak belajar low profile sekarang ni! Hahahahhaha


 Nenek again!


 Konon nak naik train tapi rosak pulak :(


 Korek apa pulak tu. Ada je kerja dia si budak kecik ni! :)



 Haa bila nak masuk Next Top Model :) Badan dah selim melim tu boleh la. Hihi. Si Irish sedapnya tido. Orang lain sibuk nak main game, kau main game dekat wonderland ye :P


Yang ni pon apa entah namanya! Hahaha nanti korang tengok sendiri la ye. Mak Ngah,Chot dengan Uddyn naik mende alah ni bertiga! Yang lain duduk ternganga dekat bawah. Haha. Tak sangka pulak si Mak Ngah ni rupanya gayat :P 

Tak cukup? Beli tiket lagi....! Kan dah cakap macam ada magnet tarik kat situ suruh beli banyak-banyak :P


Kita pon naik Cup yang besau gedabak ni. Berpusing-pusing sampai pening! :)

Adriana duduk dalam Big Cup ni steady je. Orang lain kemain jerit-jerit. Dia okay je. :)


Putar lagi....putar lagi...wang besar,wang besar! Haha


Baik la anak mummy! Tak takut pon...happy je.

Big Jug duduk dekat tengah. Dah macam teko si Aladdin kan? Cuba usap-usap situ ada keluar jin tak? Hihi

Comel sangat! :) Dengan baju pinky the molly....




Sopan ehhh tunduk malu....:)


Okay dah boleh balik sekarang! :)

Memang happy dapat spent time dengan family. Even ayah & my hubby tak join together. Takpela maybe lain kali kita pergi jalan tempat lain pulak kan. :) Before balik rumah, mummy, Chot & Uddyn naik Family Coaster! Hahaha takde la takut sangat cuma kecut perut sikit je :P Cehhhh berlagak! 

Tunggu daddy sampai JB pagi Sabtu ni. Miss him so bad!!! :)


Tata Darlings :)



Hye Darlings...

Jom link exchange kt sini,mummy will follow you back..ARIGATO (^_*)

Copyright © 2011 Reserved to Mummy Adriana's
Design by Azhafizah.Com