♥♥Mummy Adriana♥♥: Resepi Ayam

FAMOUS DARLINGS

Showing posts with label Resepi Ayam. Show all posts
Showing posts with label Resepi Ayam. Show all posts

Monday, 10 September 2012

~Ayam Masak Merah Mummy Masterchef~

Assalamualaikum Pretty Darlings :)

Di hari Isnin yang berbahagia ni...mummy nak kongsikan satu resepi ala-ala masterchef. Haha bukan apa, sebab mummy berangan nak jadi Masterchef...cuma hajat tak kesampaian. Resepi ni diwarisi daripada my mum dan diolah oleh mummy sendiri mengikut citarasa mummy! Ini lauk favorite daddy and me! :)

Bahan-Bahan.(Anggaran makan untuk 3-4 orang)

1) Setengah ekor ayam.
2) 2 biji bawang merah.
3) 3 ulas bawang putih
4) Cili boh.(ikut tahap kepedasan anda)
5) 3 ulas serai
5) 3 biji tomato segar.(dipotong dadu)
6) Daun sup
7) Garam/Gula secukup rasa.
8) Penambah perisa.

Cara-Cara Memasak.

1) Gorengkan ayam separuh masak ( tidak terlalu garing).
2) Kisarkan sebiji bawang merah,bawang putih dan serai.
3) Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar tadi bersama cili boh. Jika anda penggemar pedas, boleh lebihkan cili boh, atau jika tidak masukkan sedikit sahaja.
4) Tumis sehingga kering dan naik minyak. Pastikan dalam api yang sederhana untuk mengelakkan rempah dari hangus dan tidak masak dengan sempurna.
5) Masukkan tomato yang dipotong dadu. Bagi sesiapa yang tidak gemar tomato segar, boleh gantikan dengan sos cili. Namun masukkan berperingkat (rasa dulu tahap kemasamannya). Dikhuatiri terlalu masam.
6) Mayang sebiji lagi bawang merah yang tinggal juga daun sup. Masukkan ke dalam bahan yang ditumis tadi. 
7) Masukkan ayam...dan gaul rata hingga rempah sebati dengan ayam. Tambahkan garam/gula dan penambah perisa. Ketika menggoreng ayam, jika kita gaul garam terlalu banyak..rasa dulu masakan anda sebelum menambah garam. Ini kerana, garam yang ada pada ayam yang telah digoreng akan meresap ke dalam kuah. :)
8) Masakan anda siap dihidangkan! :)

Menu mummy for today! :) Fresh from wok :P 

Selamat Mencuba...
Tata darlings (*___^)


Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Hye Darlings...

Jom link exchange kt sini,mummy will follow you back..ARIGATO (^_*)

Copyright © 2011 Reserved to Mummy Adriana's
Design by Azhafizah.Com