♥♥Mummy Adriana♥♥: Batu Pahat

FAMOUS DARLINGS

Showing posts with label Batu Pahat. Show all posts
Showing posts with label Batu Pahat. Show all posts

Friday, 16 November 2012

~Tempat Lahir Lagikan Dikenang~

Assalamualaikum Darlings :)

Mummy kan sampai rumah mama dekat Pasir Gudang ni Isnin lepas. Memang penat gila la drive all the way from Kedah. Itupon bermalam dulu di Kajang sebelum teruskan perjalanan. Bukan apa, kalau ikutkan hati memang nak terus je drive sampai JB..tapi kesian tengok Adriana tido dalam kereta.

Penat la, lenguh la, sakit pinggang la...itu perkara biasala kan kalau drive jejauh. Selasa tu pulak jatuh Hari Deepavali. Ada kenduri kawin sedara sebelah mama dekat Batu Pahat. Memang memula taknak pergi sebab ngantuk+penat. Tapi kesiankan mama pulak. Haishhhhh pergi jugakla kami anak beranak dengan Adriana and Paksu Uddyn. Lama jugak la mummy tak balik Batu Pahat since raya puasa yang lepas. Mama cakap ini kenduri anak dia yang bongsu. Kira penghabisan la kan.

 Adriana jadik mem besor! Nak duduk depan...okay dah pakai seat belt boleh kita jalan :) Bukan apa, kalau orang lain duduk depan dengan si amoi ni, ada kang mummy tak boleh drive sebab dia nak duduk dekat riba :/ sabor jela wahai anak!



 Baju kurung+ tudung mama punya! hahahahaha kena pinjam la sebab tak bawak baju kurung. Yela kan balik JB tak dirancang :P


 24jam dengan puting. Anak manja penglipur lara


 Baju kurung nan hijau is my cousin, Linda yang tengah menggendong amoi. Mama with Mak Usu(baju kaler merah). Sebelah tu anak mak usu, Balkis and last berbaju nan oren is Ayah Ucu :) Lepas melantak, memasing happy. Sedap sangat nasi beriani!


 Thanks Linda tolong pegang Adriana...mummy dia dah lenguh tangan :/ haha!


 Alhamdulillah ayah long dah sembuh sepenuhnya! Dengor cerita ayah long pantang makan sebab nak luka baik cepat! Mak long yang memang selalu cun :)


 Terpegun kejap dek pelamin yang gojes ni. Alaaaa jeles banget tengok bunga-bunga cinta tu. Terasa nak bersanding sekali lagi la...:) Hihihi.


 Sempat jugak tarik mama bergambor dekat pelamin. Bukan ambik berkat tau...hahahahahaha sebab dah jadik mak dara kan sekarang ni :P

 Paksu Uddyn yang rajin benor layan kerenah Adriana :P


 Gemokssssnya mummy :( Erkkkk sedih tengok!  Adriana tetap amoi cantik palingggggggg comel!


 Mana tangan nak pegang handphone la,kunci kereta la, beg kamera la....! Saje malas nak kepit dengan handbag sebab rimas :( Yela kang nak gendong anak....seyes sangat rimas!


 Bila dah makan lipstick pon memudar. Kening tak touchup sebab tertinggal eyebrow dekat Kedah :( sobss! 


 Yeahhhh mari snap snap lagik! Dah janji dengan dorang nak tag gambor dekat FB. Hahaha memasing kan ada FB! Canggih tau nenek-nenek sekarang ni :)


 Tak lama lepas makan, perantin pon sampai. Pengantin lelaki tu kira pangkat anak buah mama la.


 Makeup dia tak naik seri kan? Kesiannnn mummy tengok! Yela selalunya kita percayakan 100% pada mak andam. Tapi bila camni...hurmmm baik tempek makeup sendiri jek 

 Semoga bahagia kekal ke jannah yek....amin!




 Pasukan kompang! Bestttttt......ni yang paling best perkahwinan di Johor :) Hurmmm langit mendung je..maklumlah musim tengkujuh kan!


 Jauh jugak parking kereta. Rumah pengantin jauh ke dalam. Jalan pon sempit kan...lagik la ramai orang datang, berduyun kereta kat luar. So kita jalan kaki bakor lemak sikit yek :)


 Dah nak balik....jom cepat! Hujan rintik-rintik dah ni :)


 Rumah pengantin dekat Parit Raja, betul-betul dekat pekan.

Ha jom la balik JB. :) Muka pon dah penuh minyak. Kalau nak ambik la buat goreng ikan. Haha

Lepas dari rumah pengantin, we all balik kampung lagi (rumah mak usu), sebab mama cakap dia tertinggal telekung. Pot pet pot pet kejap, pukul 4 lebih bertolak balik ke JB. Sempat singgah Ayer Hitam beli durian! Bau kereta ya ampun.....pening! Sampai sekarang pon rasa kereta masih bau durian! 

Drive slow je sebab banyak kereta. Letih la duduk lane kiri, tak boleh nak memotong langsung! Dah nak sampai tol Skudai je baru lengang sikit. Huhhhhh letihhhhh! Gambor pon tak sempat nak edit & add watermark. Laptop pon tinggal kat Kedah. :( Mummy ni semua pon tinggal kan.Nasib baik Adriana tak tinggal! hihi. :)

Tata Darlings :)



Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Hye Darlings...

Jom link exchange kt sini,mummy will follow you back..ARIGATO (^_*)

Copyright © 2011 Reserved to Mummy Adriana's
Design by Azhafizah.Com