♥♥Mummy Adriana♥♥: Pray

FAMOUS DARLINGS

Showing posts with label Pray. Show all posts
Showing posts with label Pray. Show all posts

Wednesday, 16 January 2013

~Tahun Baru Di Hospital~

Assalamualaikum Darlings :)

Lama tak jenguk blog...apatah lagi nak update kan, rinduuuuuuu sangat :( dalam hati ni membuak-buak je rasa rindu. Dah 16 hari pon di tahun baru 2013, mummy rasa tak la terlambat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru pada semua readers, viewers, kawan-kawan alam maya yang memang sporting sangat :) Mummy akan terjah blog korang..satu persatu ye. Thanks sebab masih support mummy...! Muah

Al kisahnya tahun baru di hospital. Seperti yang mummy war-war kan di FB and Twitter yang my little Adriana kena tahan wad! Sebenarnya bermula dengan selsema aje..then muntah-muntah, cirit, demam & tonsil bengkak. Kesiannnnn sangat. Yela Adriana masih kecil. Kalau sakit pon tak tahu macam mana nak luahkan. Pandai menangis jela...then merengek :(

Petang tahun baru tu 31/12/2012..mummy dah bawak Adriana pergi klinik. On the way balik tu Adriana muntah dalam kereta. Habis dengan mummy kena sekali..Sampai rumah je, muntah-muntah lagik. Mummy memang dah tak sedap hati la masa tu. Yela, kalau dekat rumah pon bukan kita tahu nak buat apa kan...lain la kalau kita ni doktor! So decided bawak Adriana pergi Hospital Kulim.

Malam tahun baru tu punyalah ramai orang yang sakit (Emergency). Mummy pon dah fikir-fikir mesti lambat giliran kitaorang...kot-kot sampai pukul 12 or 1 pagi ! Nasib baik lah dalam pukul 10.30 malam je nama Adriana dah dipanggil! Hahhhhh legaaaa sangat! Okay masuklah jumpa doktor. Lepas checkup dia cuma bagi Adriana ubat demam + air garam (sebab ada cirit). Hurmmm mummy memang la nak mintak masuk wad malam tu jugak sebab Adriana dah tak nak minum + makan langsung. Boleh pulak doktor cina tu cakap, "anak you tak kurang air...sebab tengok kulit dia cantik aje. so tak payah masuk wad dulu" hurmmmm.

Malam tu dekat rumah muntah-muntah lagi. Susu langsung la tak nak minum..mana dengan hidung tersumbat (selsema teruk). Nak bagi makan ubat pon asyik muntah aje. Mummy memang tak boleh tido la sampai pagi. Risau sangat Adriana asyik mengigau...susah nak tarik nafas :( Pagi tu mummy terus tak fikir panjang lagi. Mama pepagi dah sms tanya pasal Adriana. Mama pon advised bawak Adriana pergi hospital. Nasib baik la di tahun baru tu 01/01/13 tak ramai orang dekat Emergency. Mummy berdua aje dengan orang India tu. Anak dia demam jugak rasanya (tampal cool fever).

 Memula masuk hospital memang la excited kan...! Tak pernah masuk lagi..dulu masa bersalin je masuk hospital pon :P


Before ambik darah & kena cucuk...


Kesian mummy tengok Adriana kena cucuk :( kalaulah boleh mummy nak ganti tempat adik....


Hari kedua...Adriana still in a bad mood :(

Masa ni dah rasa sihat sikit...boleh la senyum...! Sayanggg anak mummy!

Wad 2, katil 14A :)


Hari ketiga...boring duduk, Adriana nak jenjalan. Tapi tak boleh jauh2..sebab doctor takut kena jangkitan kuman! Biasala baby, antibodi tak kuat lagi.

Kena cucuk tangan kanan pulak! Biasalah kalau dah tercabut, kenalah cucuk tempat lain...meraunggggggggg lagik anak mummy :( :( Kesiannn



Tak sampai sejam nurse tampal..Adriana pon koyakkan! Kan dia obses dengan kertas :P


4 hari jugak la mummy berkampung dekat Hospital Kulim. Semua demi Adriana Ramadhani. Allah aje tahu betapa sedihnya hati seorang ibu lihat anaknya kesakitan :( Mummy bangga dengan ibu-ibu kat situ yang memang kuat semangat! Semoga baby-baby dekat wad tu cepat sembuh!! Sesungguhnya Allah memakbulkan doa kudus seorang ibu!AMIN.

Alhamdulillah hari keempat Adriana beransur pulih. Padahal masa tu dia still cirit. Maybe effect dari antibiotik! Kita yang dewasa ni pon tak tahan dengan antibiotik..apatah lagik baby! Masa doctor round pepagi untuk check up, dia cakap lung Adriana was clear. Adriana pon tak demam lagik. Doctor cakap boleh discharge la hari tu jugak! Ahhhhh leganya mummy! Memang tak sanggup rasanya nak tinggal dekat hospital lama-lama. Lagi-lagi dengan anak sakit memang meruntun kalbu.

Syukur padaMU Ya Allah kerana memberi peluang pada anakku Adriana Ramadhani untuk kembali sihat,ceria.....! Sesungguhnya sakit itu datang dari ENGKAU sebagai ujian buat aku sang ibu untuk lebih dekat kepadaMU. Pasti ada hikmahnya disebalik apa yang ENGKAU takdirkan. Aku pasrahkan kepadamu Ya Rahman,Ya Rahim....Tuhan sekalian alam!

Tata Darlings :) 










Thursday, 22 November 2012

~BANTU PALESTIN~

Assalamualaikum Darlings :)




Dengan lafaz Bismillahhirrahmannirrahim kami melancarkan satu aktiviti amal yang dinamakan BANTU PALESTIN kami iaitu ahli GBS dan GROUP BLOGGER APAKAH? mengambil inisiatif mengadakan satu kutipan sumbangan untuk membantu saudara Islam diPalestin. Sumbangan ini terbuka kepada semua pihak sama ada blogger mahupun bukan blogger. Sama-sama kita berganding bahu meringankan beban saudara kita disana.

Info tambahan :

Sumbangan BERMULA dari : 21 November 2012 hingga 12 Dis 2012

Kepada yang sudah memberi sumbangan anda hanya perlu inform Yuyu Ali (Nur Maizatul Idayu Mazlan) dan Nabiel Faan (Nabil Farkhan Radzuan) untuk GBS dan MK Syahir 0132757252 untuk Group Apakah samada secara PM di facebook mahupun mesej/hubungi no. telefon yang tertera di poster untuk memudahkan urusan sumbangan. 

Anda juga boleh menyebarkan poster ini diblog, difacebook atau dimana sahaja.. semoga dengan usaha kecil kita ini dapat membantu Saudara Islam kita disana.. 

Derma ikhlas anda akan memberikan senyuman buat mereka disana :) 

Segala budi dan jasa anda semua hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.. 

* Sumber /kredit to : AIDA OMAR


P/S : Sayangku....tak perlu wang jutaan ringgit untuk kamu menghulurkan bantuan! Kalau dengan hanya RM1.00 tetapi kamu sangat ikhlas, maka pahala dan ganjaran adalah lebih besar. Jangan malu jika sumbangan kita tidak seberapa...yang penting kita ikhlaskan ke jalan Allah dan niatkan untuk membantu saudara mara kita di Palestin. Mummy rasa berbangga kerana blogger-blogger ni ada usaha untuk menolong saudara kita di Palestin. Semoga Allah membalas kebaikan mereka dengan sebesar-besarnya! Ayuhhhh sayang, kita sumbangkan dana bagi mereka disana :)

How to reach them : Facebook => Geng Blogger Sengal  
                                     Hotline => 014-5090549 ( Yuyu)
                                                   => 013-2638515 (Nabiel)

Terima kasih sayangku....:)




Sunday, 18 November 2012

~1 BURGER = 1 NYAWA~

Assalamualaikum Darlings!


Ada ke sesiapa yang nak terhegeh-hegeh pergi claim burger dekat MCD esok?


Kalau la daging burger yang kita makan tu seumpamanya kita makan daging saudara mara kita di Palestin, kamu masih sanggup nak claim?

Buat keputusan dengan bijak, tak rugi kalau tak makan! Banyak lagi benda lain boleh masuk dalam perut selain sogokan Israel ini.

Allahuakbar! Pray for GAZA! 




~Missing You Daddy~

Assalamualaikum Darlings :)




 Bila searching kat laptop si chot ni terjumpa pulak gambar mummy & daddy masa raya puasa hari tu. Masa ni kitaorang beraya di Felda Semenchu Kota Tinggi. Rumah sepupu mama aka Cik Senah :) Tengok je gambor....rindu membuak-buak dekat dada! :( Rinduuuuuuu sangat la dengan suami kita ni! Tak sabar tunggu daddy datang JB next week!


 Muka memang sangatlah berminyak :( Kalau tak makeup lagik bertakung minyak kat muka ni. Hishhhh tension bebenor le mummy! Gambar masa hari Khamis lepas...! My anak dara demam panas + demam campak. Kesiannn sangat. Balik JB je wajibla demam! Mama cakap Adriana rindu daddy dia...! Haha bukan Adriana je, dengan mummy dia sekali rindu! :P


 Don't cry my little Adriana! Mummy doakan anak mummy cepat sembuh! Kena kuat semangat tau!


Muka comel, dialah intan,dialah payung...dialah duri,dialah permata! :) Nanti dah baik demam, mummy bawak jenjalan :) Muahhh sayang Adriana Ramadhani.

Oh....! We're miss you so much daddy! 

Miss you....

Miss you..

Miss you..!



Thursday, 18 October 2012

~Get Well Soon Ayah Long...!~

Assalamualaikum Darling :)

Hari Isnin yang lepas...after berborak-borak dengan mama dekat telefon, tak lama dapat SMS pasal Ayah Long yang accident kena langgar dengan kereta depan sekolah :( Ya Allah, berderau darah mummy baca sms tu. Yela, takut la kalau apa-apa yang serious jadik kat ayah long. Al maklumlah dia pon dah masuk usia warga emas 60+.

Mummy pon call la semua orang-orang yang berkaitan dengannya termasuk sepupu mummy; anak Ayah Long. Bila mummy dengar dia dah menangis, mummy mana la boleh nak tahan! Konpem nangis jugak...lagik la bila dia cakap ayah dia dalam wad icu :( kebetulan dia menetap di Kajang, so dalam perjalanan la balik ke Batu Pahat. Mummy pon kelam kabut sangat masa tu. Nak hantar Adriana ke rumah babysitter because petang tu dah plan dengan daddy nak melawat kawan dia yang buat minor operation di Hospital Kulim.

Dalam perjalanan ke tempat kerja daddy, mummy menangis aje. Hati kecil mendoakan agar Ayah Long tak mengalami kecederaan yang teruk. Walhal masa tu mummy pon tak tau sangat cerita sebenar(camne accident tu berlaku). Dengar ceritanya, tengahari tu Ayah Long nak ambik anak bongsu dia balik dari sekolah. Dia naik motor aje. Yela rumah dekat sangat pon dengan sekolah! Mengada la sangat kalau nak drive kereta kan. Tetiba ada 2 orang Cina langgar dari belakang. Terpelanting jugaklah Ayah Long kat atas kereta dorang tu. Nasib baik jatuh tak kuat...kalau tak mahu patah riuk tulang. Hurmm tahu pandu kereta aje, tapi bodoh undang-undang! Kau dah tahu kawasan sekolah cuma 30/km aje! Buatnya orang tu mati ke...kau nak ganti ke nyawa dia? Haishhhh geram rasa!

Petang tu mummy teruskan rancangan macam biasa la. Ambik daddy kat tempat kerja then berdesup pulak ke Hospital Kulim. Dah la tak sempat nak cas bateri handphone. Alahaiiiiii boleh pulak masa-masa genting camni handphone nak mati :( Banyak kali jugak la adik mummy call & sms mintak nombor telefon mak long or anak-anak ayah long nak tanya khabar dia kan. Lastly dia call handphone daddy! Bukan sengaja kan..dah kelam kabut gitu tak ingat la nak cas handphone.

Yang mummy terkilan, sebab mummy duduk jauh! Nun jauhhhh di utara :( Nak balik memang kena fikir banyak kali la. Lagipon memasing ada komitmen sendiri. Kalau dekat memang dah lama mummy pergi melawat dorang. Kalau terjadi musibah camni, memang family members sangat memerlukan sokongan moral! Nasib baik dorang faham keadaan mummy! Syukur sangat ayah long diberi kesempatan lagi untuk merasai nikmatnya hidup! Ada hikmahnya kenapa Allah turunkan musibah ini. InsyaAllah satu hari nanti kita semua akan faham.

Ada lagik satu yang mummy tak puas hati. Mungkin tak patut dikongsi dekat blog ni. Sebagai saudara mara yang paling dekat, takkan la tak boleh kita tinggalkan urusan kita sekejap aje untuk jenguk orang yang ditimpa musibah ni? Bukan orang lain pon...adik beradik jugak kan. Harap tua jela, tapi tak boleh nak berfikir matang. Ini hari susah dorang. Kalau esok-esok kau pulak kena hal yang sama....jangan harapla orang nak tolong. Bukan nak balas ke apa...tapi memang kena bagi pelajaran la. Malu sikit dengan Adriana yang umur setahun tu..tapi boleh fikir macam-macam. :( Kesian betul. Hidup tu umpama roda la..tak selalunya kau diatas..! Ingat tu....!


camni la keadaan ayah long :( kena lebih 20 jahitan di dahi dan kepala! Ya Allah tolongla ringankan beban kesakitannya :(

Semoga ayah long cepat sembuh dan keluarganya tabah hadapi ujian Allah ini. InsyaAllah panjang umur nanti kita jumpa!

Tata Darlings!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Hye Darlings...

Jom link exchange kt sini,mummy will follow you back..ARIGATO (^_*)

Copyright © 2011 Reserved to Mummy Adriana's
Design by Azhafizah.Com