♥♥Mummy Adriana♥♥: September 2012

FAMOUS DARLINGS

Friday 28 September 2012

~Family Bonding~

Assalamualaikum Darlings :)



Gambau ni tak la lama sangat...sebelum raya kot! Hahaha..masa tu kan internet dengan laptop kena sakit sawan menggila, tu yang baru sekarang boleh sharing loving! :P Gambar dari tepi buat mummy nampak gemokss kan? Ahhhhh pedulikkan.....=D


 Kat belakang sinun dibalik laut tu ialah Penang Port. Laut yang kami pergi ni entahla apa namanya. Tak ingat pulak. Tapi memang closer to Penang Port la. Kat tepi jalan je, ada la saki baki pantai yang tak ditambak. Ciput je pon, tak puas la nak jenjalan. Kalau nak mandi tu, mintak maaf sesangat la kak jah oiii...memang kotor. :(

 Adriana memang takut air laut. Ha yang tu dia tak turun genes mummy la. :) Seronokla had a family time camni. Mummy kalau tengok laut hati tenangggggg sangat. Lupa semua masalah yang ada. Tak kisah la laut kat mana pon. Bukti kebesaran Allah Swt :) Buat mummy terasa kerdil sebagai hambanya.

 Ramai jugak yang melepak-lepak kat sini. Petang dari pukul 5 keatas haaa berduyun-duyun manusia. Ada yang bercintan-cintun, yang ajak anak main lelayang la....berbagai-bagai! Ehhhhh Adriana kenapa tu....?


 Yeayyyyyy suka kena timang dengan si daddy. :) Saja la pakaikan Adriana baju tido. Hahaha nanti malam takyah sibuk nak tukar-tukar lagik :P


 Anak daddy...............


 Ni la pantai yang ciput....:) hihi! Boleh la kak jah dari takde langsung kan! Depa merenung masa depan...mummy tukang ambik gambau...~



Finally ada jugak gambar kita sefamily kan...cunnnn nak! :P

Tata Darlings :)

Tuesday 25 September 2012

~Mak Dara Sila Sampaikan Ucapan Saya~

Assalamualaikum Darlings...:)

Rasanya mummy jarang sangat nak join giveaway ataupon contest-contest yang dianjurkan oleh blogger lain. :) Oleh kerana mummy rasa terharu sangat dengan seorang blogger famous amous yang sudi jenguk blog picisan mummy ni dan sudi komen entri mummy..so mummy nak merapatkan la silaturrahim dengan join contest beliau ;)

www.bicaramakdara.com

Amacam ada kenal tak blogger famous amous ni? Hehehe! Kalau tak kenal boleh la find out lebih lanjut lagik pasal beliau yang sememangnya terkenal.....~Huhu. Klik header tu untuk terus terbang ke Blog Mak Dara.

Balik pada tajuk entri tu "MAK DARA SILA SAMPAIKAN UCAPAN SAYA" , sebenarnya, ucapan ringkas yang kita ingin tujukan kepada sesiapa sahaja. Tak kiralah ucapan birthday,anniversary,pindah rumah ke,baru dapat baby ke..hihi..semuanya boleh! Asalkan nama dia ucapan. So, pada sesiapa yang terpilih, ucapan ringkas anda tu akan ditulis ke whiteboard Mak Dara dan ditempekkan ke blog beliau. :)

Syarat-syarat tuan tanah :-



1) Buat satu entry "MAK DARA SILA SAMPAIKAN UCAPAN SAYA" dan linkkan ke entry ini
2) Letakkan header blog Mak Dara
3) tulis 6 ayat ucapan anda itu
4) Dah selesai tinggalkan link di blog Mak Dara.

Simple bukan? Semudah petik jari tangan kanan aje :) Jom ramai-ramai sertai! Tak rugi kan....takde bayaran pendahuluan pon dikenakan macam kita nak masuk pertandingan karaoke tu. Free je kak jah =D

Mak Dara ini ucapan puitis jiwang karat mummy buat daddy suami tercinta!

1. Muka buku saksi cinta.
2. Aku terima seadanya.
3. 2 tahun bersama.
4. Masih lagi cinta dihati
5. Adriana si jantung hati
6. Kekalkan kita sampai mati :)

Tarikh Tutup : Jam 6petang ini (25 September 2012)
Mak Dara cakap dia akan panjangkan lagik la kalau rajin tau :D

Tata Darlings :)



Sunday 23 September 2012

~Happy Birthday Mummy~

Assalamualaikum Darlings :)

Sebenarnya entri ini patut ditulis semalam. Oleh kerna busy the body yang teramat maka di delay sampai hari ni. :) Mummy backdated entri ni okay..hihihi~

Alhamdulillah...berjumpa lagi dengan tarikh 23 September. Bertambah lagi setahun umur mummy! Cuba la teka berapa umur mummy? Haha yang penting muda remaja. Apalah ada pada angka kan. Sekadar nombor.
Sebenarnya tak berapa nak happy la sebab tak dapat celebrate with my mom,my dad..my sisters & brothers! Kalau dorang ada, memang best!

Takde apa pon yang special dihari lahir. Tapi nak ucapkan berjuta-juta TERIMA KASIH pada semua for the birthday wishes. Terharu.....:( keluar air mata duyung. Hihi.

Harapan dan doa di hari lahir ni, mintak Allah panjangkan umur sebab nak tengok Adriana membesar,pergi sekolah....:) Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, keluarga sakinah yang bahagia dunia akhirat, dimurahkan rezeki dan menjadi muslimah sejati (berusaha ke arah itu). 



Thanks google bagi kek yang sedap ni....! Haha i love strawberries :P

Thank you sekali lagi atas doa-doa kamu. Saya masih muda.......:P

Long live THE QUEEN~ (*_____^)



Thanks

Saturday 22 September 2012

~12tahun Pemergianmu;AlFatihah~

Assalamualaikum Darlings....:)

Angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan pagi ni terasa sejuk. Memang tak boleh nak bukak mata. Ditambah dengan kesejukan dek hujan malam tadi.....arghhhhhhhh malasnya nak bangkit dari tido :/ Perkara wajib lepas celik mata aje,tangan mesti meraba-raba carik handphone. Tengok-tengok tarikh hari ni....jiwa dan hati kecil terus sentap.....:(

Firstly, mummy nak ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-16 buat arwah adik mummy yang tersayang, Muhammad Yusri Bin Roslan..Sedar tak sedar dah 12 tahun 1 bulan adik pergi meninggalkan kami sekeluarga. 22 September 1996 memang takkan lekang dari ingatan mummy. Kalau lah adik masih ada sekarang ni, kakak boleh bayangkan adik dah jadi anak bujang. Yela dalam umur 16tahun, di tingkatan 4..semestinya sudah besar panjang.

Kakak mintak maaf sebab kakak dah lama tak pergi jenguk rumah adik(kubur). Bukan kakak taknak pergi....kakak tak sanggup nak pergi. Bagi kakak adik masih hidup....hidup dalam kenangan, hidup dalam hati kita keluarga kita semua termasuklah ayah,mama,angah,kakcik,abang...dan uddyn.

Kakak hanya mampu berdoa, agar roh adik ditempatkan dikalangan orang yang beriman. InsyaAllah satu hari nanti kita jumpa disana juga. Demi Allah sesaat pon kakak tak pernah lupakan adik. Kenangan bersama adik walau hanya 4tahun sahaja..cukup kuat untuk kakak bawak bersama dalam kehidupan kakak. Terima kasih adik, sebab adik pernah mewarnai, menceriakan keluarga kita. Masih terngiang-ngiang lagi gelak tawa...tangisan adik. Kakak tak lupa jugak..air teh yang kakak bancuh untuk adik beberapa jam sebelum adik pergi buat selamanya....:(

Selamat Hari Lahir adik.....ikhlas-kakak.

Alfatihah ( Muhammad Yusri Bin Roslan *1996-2000*)

Friday 21 September 2012

~Jalan-Jalan Bakar Lemak~

Assalamualaikum Darlings :)

 Kemarin teman si daddy pergi klinik. 3hari mc.....tak berapa nak sihat kan. Ingatkan nak pergi kejap aje...ehhh tetiba daddy ajak pergi Mengkuang Dam. Mummy pon first time la menjejakkan kaki kat situ. Tak berapa nak ingat pon jalannya.Jangan harap la nak pergi sorang-sorang sebab jalan ke Mengkuang Dam a.k.a Empangan Mengkuang tu daripada Kulim quite menakutkan la bagi mummy.

Jalannya ala-ala macam nak naik ke Batu Feringghi. Selekoh tajam merata....memang kena reduce speed la kat situ kan. Yela mana nak nampak kereta dari arah bertentangan. Daddy cakap banyak dah jadik accident kat situ. Huhhhh menakutkan! Jalan memang sunyi la...kalau malam-malam mummy tak berani nak lalu. Haha dasar penakut!

Mengkuang Dam ni dah masuk daerah Pulau Pinang. Kira sempadan Kulim dengan Pulau Pinang la. Lalu jalan lama. Jalan memang sibuk...orang pergi dan balik kerja. Siapa-siapa yang kerja di Penang, memang banyak yang gunakan jalan tu daripada highway. Kan dah jimat tol :)



 Dalam kereta tunggu daddy pergi klinik. Tak boleh nak keluar...hujan lebat! Posing cute...:)


 Tak sempat nak lukis kening ziana zain mummy tu! Haha...mascara pon malas pakai. Nampak sepet sangat dah mata tu. 


Lepas kawin memang rabun. Sebelum kawin elok je mata mummy ni....:( Tak la rabun mana pon sebenarnya..tapi silau tinggi! Kalau malam drive kereta, terasa macam orang buta tau! Tak boleh nak tengok lampu kereta lain. Memang terus peninggggg senoneng. :/

 Adriana taknak orang pegang dia. Hahaha....nak jalan aje. Tak penat-penat. Baru dapat kaki kan...camtu la! "Mummy lepassssss la! Kita nak jalan tau...." kehkeh


 Permandangan dekat Mengkuang Dam. Baru lepas hujan...tu yang langit gelap semacam je. Kat sini memang sangat tenang..udara pon segar! Pokok-pokok banyak..sejuk! Banyak couple suka pergi sini..bercanda dan berjimba! :P Jangan kau buat aksi tak senonoh sudah ler.


 Yeayyyyyyy......happy berlari-lari anak! Susah nak suruh Adriana pandang kamera. Seronok sangat dapat jalan. Ni pon candid je...


 Ehhhhhhhh nak pergi mana tu....tungguuuuuuu mummy!


 Gambau sesat! Sebenarnya ini dah puas berjalan-jalan! Masuk kereta, terus tido. Hahaha tu la nak jalan sangatkan....:P


 Okay-okay...step by step my little darling! Jalan tengok bawah tau..takut jatuh! Hihihi


 Taknak berenggang langsung dengan daddy. So mummy jadik tukang ambik gambar je la...:) cute sangat Adriana ni.


 Kejarrrrrr daddyyyyyyyy!


 Buat perangai tak sudah-sudah. Berlatarkan pokok krismas. :P


 Apela yang dia tengok tu. 


 Yeeeehaaa...jalan lagi jalan lagi....sampai penat!


 Macam artis famous amous..nak lari dari papamama razi...haha!


 Rehat la kejap....penat sangat mummy tengok tu. :)


 Candid! Gotchaaaa.........


 Daddy cakap empangan ni supply air untuk kawasan Kulim. Takungan air kat situ pon agak cetek la. Pets are not allowed here okay! Jangan berangan kau nak bawak kucing la,anjing la, hamster pon tak boleh! Hehe

 Seboleh-boleh taknak bergambau! Ehhh anak mummy ni kemain low profile...kehkeh.


 Tengah aim tempat nak jalan la tu....what a clever girl! :)


 Malu-malu pulak...tunduk aje..:)


 Comel............................


 Daddy ni......jangan pegang-pegang la. Kita pandai jalan sendiri :P kerek le tu.


Ramai orang Cina yang jogging dekat sini. Tengok pon kereta-kereta mewah je park kat situ :) Heh! Maybe weekend ramai la orang yang datang sini..berjogging,melepak...ambik udara segar. Kalau korang-korang yang menetap di area Kulim,Penanti,Bukit Mertajam....elok la datang sini. Tak jauh mana pon :)

Mummy pon merancang-rancang nak datang sini lagi. Nak jogging bakar lemak. Terasa lemak berkrim makin banyak je kat badan ni. Hehehe! Opssss bukan untuk kurus semata-mata yek! Cuma nak lebih sihat...:) Keep fit la bak kata omputih! 

Tata Darlings!



Wednesday 19 September 2012

~Wordless Wednesday 190912~

Assalamualaikum Darlings :)

Subhanallah :)

*gambar dipetik-petik dari google*

Tata Darlings :)

~Alkisahnya Raya~

Assalamualaikum Darlings :)

4 hari, 3 malam berkampung dirumah mertuaku memang tak boleh nak update entri! Internet siput sedut....boleh update twitter & facebook saje via my bb. Bercuti lama ni memang liat nak bangun pagi kan? Ada yang terlajak ke? Haha amboiiiiii....mengalahkan cuti raya yek! Rutin harian pagi ni macam biasala,kejutkan si daddy..sediakan baju,satu mug milo suam(daddy tak minum air panas) stokin & sapu tangan letak tempat biasa. Nak kejutkan pon satu hal jugak...punyalah susah nau nak bangun! Tak tau kenapa lelaki selalu macam tu. Kalau mummy kejut sekali je dah terjaga :P

Tak terasa pon Syawal sudah pulang. Masa nak menantikan kedatangan Syawal terasa lama kan? Pejam celik pejam celik dah habis. Hari ni baru mummy boleh stori mori kisah rayaku. Cerita yang dah basi kan? Haishhhh tak kira la basi ke kulat ke...nak sharing loving jugak :)

Bulan Ramadhan yang lepas mummy busy the body berniaga. Mulanya ingat nak ambik tapak dekat bazar ramadhan...tapi terbengkalai gitu aje tau! Hurmm maybe sebab sambutan kuranggg sangat la tahun ni. Tak tau kenapa kurang meriah je kat Kedah ni. So mummy cancel! Jual tudung,shawls macam biasa la...cuma add on handbags,sling bags,purse....nak raya kan, semua pon nak bertukar baru. Alhamdulillah, sangat-sangat memberansangkan. Thanks berjuta-juta lemon pada loyal customer yang memang tak henti-henti support Ramadhani Hijabs :) Kan mummy dah bagi special price....hehe! Terima kasih daun ubi, esok datangla lagi. :D

Mummy plan cantik sangat la tahun ni nak berbaju raya nan biru. Bila pergi shopping raya...daddy dah berkenan pulak kat baju melayu nan pink. Dulu dengar..." tak macho la lelaki pakai baju melayu pink". Ehhhhh dah tukar prinsip ke daddy? Kehkeh...tula jangan kutuk-kutuk warna feberet mummy. Kan dah kena badi pink :P Mummy pon dengan senang hati je la ikut telunjuk bos besar. Kalau tak tanya kang..cakap mummy nak decides semua la apa la...so biarkan daddy je pilih. Tahun ni memang tak sempat la nak tempah baju...sobsss! Beli ready made je untuk kami bertiga. Adriana pon kena pakai pink tau! Wajib tu..hihi.

 Hari raya pertama...tahun kedua bersama anak yang kiut miut :P kuyu aja mata si Adriana...ni mesti kes ngantuk! Mana taknya malam raya tawaf satu rumah tokwan. Baru dapat kaki...eksaited kemain! Sama ke muka daddy dengan Adriana? Haha rasanya tang hidung yang sama..........:P

 Kemain susah nak pandang kamera! Mehhh tengok sini.....


 First time Adriana pakai baju kurung. Terasa comel,sopan santun anak dara mummy :) Dah pakai baju kurung pon lasak tetap sama! Nasib baik kain tak koyak...haha


 Ini family saya! Naik la berat badan during puasa...banyak orang yang kurus yek? Agaknya kuat mencekik masa bulan puasa kot...Takpelah montel-montel pon still famous amous...hahaha kau hado? :P


 On the way pergi rumah sanak saudara daddy (belah arwah mak mertua). First raya memang habiskan round rumah dorang. Takut tak sempat nak singgah! Adriana sangat mengantuk masa ni...buat perangai tak sudah-sudah. Mummy pon tak sempat nak bermakeup sakan..beg blusher & eyeshadow tertinggal kat rumah. :( Takde kerja nak mengulang pergi ambik pulak. Sudahnya tempek apa yang ada je...


 Raya Kedua...yeayyyyyy on the way balik ke Johor! Seronok sangat....:) Jalan jem yang amat-amat from Seremban sampailah Yong Peng. Nasib baik kereta auto. Kalau manual..dengan kaki daddy sekali jem. Hihi

 Gelagat si Adriana dalam kereta. Bukan boleh duduk diam...ada je agenda dia. Dah penat, nangis nak tido :)


 Berhenti di RNR Seremban. Suka anak dara ni dapat minum air sendiri. Alololololo comel la....:)


 Masa ni dah sampai JB. Hari kedua, raya keempat. Nak pergi jelajah saudara mara ayah dekat Mersing sampai Rompin Pahang. Penat sehhh....seharian on the road. Terasa macam ulang alik ke KL pulak. Yela..dari Pasir Gudang ke Rompin Pahang tu at least ambik masa 4jam perjalanan. Kannnn sama dengan JB-KL. Saja la nak ambik hati ayah...sekali sekala bawak dorang berjalan. Tahun ni memang ayah rilek tak payah drive. Naik satu kereta je dengan kitaorang :)


 My second sister with her hubby Amir. Dorang pon naik satu kereta dengan anak beranak dorang. Laju kemain si Amir bawak kereta. Tau-tau je dah ada dekat depan...:) Nanti tunggu daddy beli Subaru boleh la kita race yek. Kehkeh..


 Ni dekat rumah makcik ayah a.k.a Mak Itam dekat Felda Selendang (Pahang). Sebelum sampai sini Adriana pakai baju kurung. Al kisahnya muntah dekat jalan Mersing :( Kesiannn sangat! Jalan memang bengkang bengkok ler...siapa tak tahan konfem muntah! Salin la baju yang ada ye anak...


 Susah sangat nak tangkap gambar mama ni. Dia suka candid aje :) Hehe...Kat belakang tu my baby brother Paksu Uddyn...Mak Ngah pon ada sekali. Makan kueh mueh dekat rumah orang memang tak malu-malu. Haha


 Phewiittttttt...............siapalah yang cantik sangat tu! Haha...muka isteri mithali je kan. Raya kelima dirumah mak si Amir. I'm wearing jojet shawl 2tones from Ramadhani Hijabs :) Hari tu lepas mengunjung ke rumah mak mertua adik mummy...kitaorang beraya pulak ke Batu Pahat kampung mama :) Nak la ambik hati mama jugak kan.


 Fiza & Mama sedondon kaler turquoise. Jelesnya....dah la gojes pulak tu baju dorang! Hahaha..... mama memangku si Irish tembam. Ehhhhhh Adriana buat apa tu sayang...(working on something la tu)


 With Yuyi my only niece. Sama tak muka makyong dengan yuyi. Ramai yang cakap yuyi anak mummy. Hahaha memang la anak...anak saudara :) Nama sebenar Sayangku Ellyxandria..tapi disebabkan panjang sangat mama panggil Yuyi aje. Ha lekat sampai sekarang :) Rinduuuuu pulak dekat yuyi :(


 Adriana bukan suka orang nak pegang-pegang dia. Hahaha.....ambik la gambar dengan nenek. 


 Banyak betul kueh raya dekat rumah mak si Amir ni a.k.a Mi tok. Sempat hidang lontong lagi kat we all....sangat sedap sampai menjilat jari! :)


 Mama & me :) Sayanggggg mama! Original beauty 


 Mak yong kalau bab posing mosing memang suka! Tak banyak gambar raya dalam koleksi mummy! Setengah kat dalam handphone Fiza yang tak sompek nak di bluetooth ke bb mummy. Tahun ni pulak mummy kurang bergambar. Tak kisah ke handphone. Masa yang ada cukup-cukup untuk family aje :)
Tahun depan pulak la kita bergambau sakan yek.

 Masa ni dah nak bertolak balik kedah :( Sedihhhh sangat! Raya keenam kalau tak silap. Berhenti makan di RNR Pagoh. Bergambau depan Baskin Robbins. Niat dihati memang la nak mencekik ice cream. Dek kerana ramai benau kat situ, malas nak bersesak-sesak la. Rimas I...hahaha. Nampak flawless tak muka mummy? Ececehcehceh...haha pakai two way cake from SimplySiti. Fiza yang bagi...Mekasih banyak dik...nanti bagi kat aku lagik! :)

 Buat muka mengada.....dah mengantuk kan...


 Ehhhh gambau ni terlepas ke bawah pulak! Takpela....tempekkan aje! Memasing sibuk bergambau dengan family sendiri. Kita didepan pokok mangga. Boleh la tu labu....haha

 Yang ini pon kebawah jugak! Me and my baby brother. :) Miss u adik!


Masih control cun....sebenarnya dah tak larat nak dukung si Adriana. Cover jugak...hahaha.

* Gambar ayah takde....nanti copy paste dari FB adik. :)

Puas jugak la berjalan this raya. Memang tak lekat dirumah...balik-balik untuk tido aje. Gambar yang ada dekat mummy pon tak banyak. Tak sempat nak bluetooth gambar dari handphone adik-adik. Jumpa raya tahun depan tau! :) 

Tata darlings.


Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Hye Darlings...

Jom link exchange kt sini,mummy will follow you back..ARIGATO (^_*)

Copyright © 2011 Reserved to Mummy Adriana's
Design by Azhafizah.Com