♥♥Mummy Adriana♥♥: Hari Special

FAMOUS DARLINGS

Showing posts with label Hari Special. Show all posts
Showing posts with label Hari Special. Show all posts

Wednesday, 19 February 2014

Happy 29th Birthday My Love

Assalamualaikum...:)

Wahhhh pantasnya masa berlalu. Mummy pon dah 14 hari melahirkan si comel baby Arzu. Nanti tau-tau je dah nak habis pantang kan? Hihihi boleh la kita pergi membedal nasi lemak kukus lagik....tak boleh lupa sambal sotong yang sodap bonar tu.

Hari ni memang special :) 19 Februari 2014 genaplah si daddy 29 tahun. Nak masuk 3series dah daddy. Ni birthday ke-4 since kahwin. Sayangggggggg sayang this year tak dapat la nak celebrate sama-sama big day daddy ni. Yela mummy kan tengah berpantang kat JB. Sedih nau rasa...tapi daddy cool kot? Hahaha. Next month la kita sambut berempat dengan anak-anak ye cayang. Tunggu mummy habis pantang baru la sedap nak melantak macam-macam. Kang kalau mummy tengok je korang makan, macam kejam sangat! Hihi



 Anak kesayangan daddy...



 Few days sebelum bersalinkan baby Arzu...sempat lagik pergi holiday
dekat Tanjung Balau & Desaru!  (next entry) Sila abaikan mummy yang gemuk gedempol tu, hahaha :P



Oleh sebab masa tu takut terberanak kan...so depa dua jela yang main air sakan dekat Desaru.
Mummy tukang tengok, tukang amik gambau,tukang bawak beg! hihi



To the person that I love so much,

Muhammad Firdaus,

Happy Birthday cayang,
semoga dipanjangkan umurmu,
dimurahkan rezekimu,
diberi kesihatan yang baik,
menjadi suami yang terbaik,
daddy mithali buat anak-anak kita,
semoga Allah pelihara kamu dari segala malapetaka..
aku sangat mencintai kamu...
ye....
dari pertama kali kita bertemu,
dan aku masih lagi begitu,
dulu, kini dan selamanya :) 



Salam Sayang


Sunday, 23 September 2012

~Happy Birthday Mummy~

Assalamualaikum Darlings :)

Sebenarnya entri ini patut ditulis semalam. Oleh kerna busy the body yang teramat maka di delay sampai hari ni. :) Mummy backdated entri ni okay..hihihi~

Alhamdulillah...berjumpa lagi dengan tarikh 23 September. Bertambah lagi setahun umur mummy! Cuba la teka berapa umur mummy? Haha yang penting muda remaja. Apalah ada pada angka kan. Sekadar nombor.
Sebenarnya tak berapa nak happy la sebab tak dapat celebrate with my mom,my dad..my sisters & brothers! Kalau dorang ada, memang best!

Takde apa pon yang special dihari lahir. Tapi nak ucapkan berjuta-juta TERIMA KASIH pada semua for the birthday wishes. Terharu.....:( keluar air mata duyung. Hihi.

Harapan dan doa di hari lahir ni, mintak Allah panjangkan umur sebab nak tengok Adriana membesar,pergi sekolah....:) Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, keluarga sakinah yang bahagia dunia akhirat, dimurahkan rezeki dan menjadi muslimah sejati (berusaha ke arah itu). 



Thanks google bagi kek yang sedap ni....! Haha i love strawberries :P

Thank you sekali lagi atas doa-doa kamu. Saya masih muda.......:P

Long live THE QUEEN~ (*_____^)



Thanks

Saturday, 22 September 2012

~12tahun Pemergianmu;AlFatihah~

Assalamualaikum Darlings....:)

Angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan pagi ni terasa sejuk. Memang tak boleh nak bukak mata. Ditambah dengan kesejukan dek hujan malam tadi.....arghhhhhhhh malasnya nak bangkit dari tido :/ Perkara wajib lepas celik mata aje,tangan mesti meraba-raba carik handphone. Tengok-tengok tarikh hari ni....jiwa dan hati kecil terus sentap.....:(

Firstly, mummy nak ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-16 buat arwah adik mummy yang tersayang, Muhammad Yusri Bin Roslan..Sedar tak sedar dah 12 tahun 1 bulan adik pergi meninggalkan kami sekeluarga. 22 September 1996 memang takkan lekang dari ingatan mummy. Kalau lah adik masih ada sekarang ni, kakak boleh bayangkan adik dah jadi anak bujang. Yela dalam umur 16tahun, di tingkatan 4..semestinya sudah besar panjang.

Kakak mintak maaf sebab kakak dah lama tak pergi jenguk rumah adik(kubur). Bukan kakak taknak pergi....kakak tak sanggup nak pergi. Bagi kakak adik masih hidup....hidup dalam kenangan, hidup dalam hati kita keluarga kita semua termasuklah ayah,mama,angah,kakcik,abang...dan uddyn.

Kakak hanya mampu berdoa, agar roh adik ditempatkan dikalangan orang yang beriman. InsyaAllah satu hari nanti kita jumpa disana juga. Demi Allah sesaat pon kakak tak pernah lupakan adik. Kenangan bersama adik walau hanya 4tahun sahaja..cukup kuat untuk kakak bawak bersama dalam kehidupan kakak. Terima kasih adik, sebab adik pernah mewarnai, menceriakan keluarga kita. Masih terngiang-ngiang lagi gelak tawa...tangisan adik. Kakak tak lupa jugak..air teh yang kakak bancuh untuk adik beberapa jam sebelum adik pergi buat selamanya....:(

Selamat Hari Lahir adik.....ikhlas-kakak.

Alfatihah ( Muhammad Yusri Bin Roslan *1996-2000*)

Wednesday, 19 September 2012

~Alkisahnya Raya~

Assalamualaikum Darlings :)

4 hari, 3 malam berkampung dirumah mertuaku memang tak boleh nak update entri! Internet siput sedut....boleh update twitter & facebook saje via my bb. Bercuti lama ni memang liat nak bangun pagi kan? Ada yang terlajak ke? Haha amboiiiiii....mengalahkan cuti raya yek! Rutin harian pagi ni macam biasala,kejutkan si daddy..sediakan baju,satu mug milo suam(daddy tak minum air panas) stokin & sapu tangan letak tempat biasa. Nak kejutkan pon satu hal jugak...punyalah susah nau nak bangun! Tak tau kenapa lelaki selalu macam tu. Kalau mummy kejut sekali je dah terjaga :P

Tak terasa pon Syawal sudah pulang. Masa nak menantikan kedatangan Syawal terasa lama kan? Pejam celik pejam celik dah habis. Hari ni baru mummy boleh stori mori kisah rayaku. Cerita yang dah basi kan? Haishhhh tak kira la basi ke kulat ke...nak sharing loving jugak :)

Bulan Ramadhan yang lepas mummy busy the body berniaga. Mulanya ingat nak ambik tapak dekat bazar ramadhan...tapi terbengkalai gitu aje tau! Hurmm maybe sebab sambutan kuranggg sangat la tahun ni. Tak tau kenapa kurang meriah je kat Kedah ni. So mummy cancel! Jual tudung,shawls macam biasa la...cuma add on handbags,sling bags,purse....nak raya kan, semua pon nak bertukar baru. Alhamdulillah, sangat-sangat memberansangkan. Thanks berjuta-juta lemon pada loyal customer yang memang tak henti-henti support Ramadhani Hijabs :) Kan mummy dah bagi special price....hehe! Terima kasih daun ubi, esok datangla lagi. :D

Mummy plan cantik sangat la tahun ni nak berbaju raya nan biru. Bila pergi shopping raya...daddy dah berkenan pulak kat baju melayu nan pink. Dulu dengar..." tak macho la lelaki pakai baju melayu pink". Ehhhhh dah tukar prinsip ke daddy? Kehkeh...tula jangan kutuk-kutuk warna feberet mummy. Kan dah kena badi pink :P Mummy pon dengan senang hati je la ikut telunjuk bos besar. Kalau tak tanya kang..cakap mummy nak decides semua la apa la...so biarkan daddy je pilih. Tahun ni memang tak sempat la nak tempah baju...sobsss! Beli ready made je untuk kami bertiga. Adriana pon kena pakai pink tau! Wajib tu..hihi.

 Hari raya pertama...tahun kedua bersama anak yang kiut miut :P kuyu aja mata si Adriana...ni mesti kes ngantuk! Mana taknya malam raya tawaf satu rumah tokwan. Baru dapat kaki...eksaited kemain! Sama ke muka daddy dengan Adriana? Haha rasanya tang hidung yang sama..........:P

 Kemain susah nak pandang kamera! Mehhh tengok sini.....


 First time Adriana pakai baju kurung. Terasa comel,sopan santun anak dara mummy :) Dah pakai baju kurung pon lasak tetap sama! Nasib baik kain tak koyak...haha


 Ini family saya! Naik la berat badan during puasa...banyak orang yang kurus yek? Agaknya kuat mencekik masa bulan puasa kot...Takpelah montel-montel pon still famous amous...hahaha kau hado? :P


 On the way pergi rumah sanak saudara daddy (belah arwah mak mertua). First raya memang habiskan round rumah dorang. Takut tak sempat nak singgah! Adriana sangat mengantuk masa ni...buat perangai tak sudah-sudah. Mummy pon tak sempat nak bermakeup sakan..beg blusher & eyeshadow tertinggal kat rumah. :( Takde kerja nak mengulang pergi ambik pulak. Sudahnya tempek apa yang ada je...


 Raya Kedua...yeayyyyyy on the way balik ke Johor! Seronok sangat....:) Jalan jem yang amat-amat from Seremban sampailah Yong Peng. Nasib baik kereta auto. Kalau manual..dengan kaki daddy sekali jem. Hihi

 Gelagat si Adriana dalam kereta. Bukan boleh duduk diam...ada je agenda dia. Dah penat, nangis nak tido :)


 Berhenti di RNR Seremban. Suka anak dara ni dapat minum air sendiri. Alololololo comel la....:)


 Masa ni dah sampai JB. Hari kedua, raya keempat. Nak pergi jelajah saudara mara ayah dekat Mersing sampai Rompin Pahang. Penat sehhh....seharian on the road. Terasa macam ulang alik ke KL pulak. Yela..dari Pasir Gudang ke Rompin Pahang tu at least ambik masa 4jam perjalanan. Kannnn sama dengan JB-KL. Saja la nak ambik hati ayah...sekali sekala bawak dorang berjalan. Tahun ni memang ayah rilek tak payah drive. Naik satu kereta je dengan kitaorang :)


 My second sister with her hubby Amir. Dorang pon naik satu kereta dengan anak beranak dorang. Laju kemain si Amir bawak kereta. Tau-tau je dah ada dekat depan...:) Nanti tunggu daddy beli Subaru boleh la kita race yek. Kehkeh..


 Ni dekat rumah makcik ayah a.k.a Mak Itam dekat Felda Selendang (Pahang). Sebelum sampai sini Adriana pakai baju kurung. Al kisahnya muntah dekat jalan Mersing :( Kesiannn sangat! Jalan memang bengkang bengkok ler...siapa tak tahan konfem muntah! Salin la baju yang ada ye anak...


 Susah sangat nak tangkap gambar mama ni. Dia suka candid aje :) Hehe...Kat belakang tu my baby brother Paksu Uddyn...Mak Ngah pon ada sekali. Makan kueh mueh dekat rumah orang memang tak malu-malu. Haha


 Phewiittttttt...............siapalah yang cantik sangat tu! Haha...muka isteri mithali je kan. Raya kelima dirumah mak si Amir. I'm wearing jojet shawl 2tones from Ramadhani Hijabs :) Hari tu lepas mengunjung ke rumah mak mertua adik mummy...kitaorang beraya pulak ke Batu Pahat kampung mama :) Nak la ambik hati mama jugak kan.


 Fiza & Mama sedondon kaler turquoise. Jelesnya....dah la gojes pulak tu baju dorang! Hahaha..... mama memangku si Irish tembam. Ehhhhhh Adriana buat apa tu sayang...(working on something la tu)


 With Yuyi my only niece. Sama tak muka makyong dengan yuyi. Ramai yang cakap yuyi anak mummy. Hahaha memang la anak...anak saudara :) Nama sebenar Sayangku Ellyxandria..tapi disebabkan panjang sangat mama panggil Yuyi aje. Ha lekat sampai sekarang :) Rinduuuuu pulak dekat yuyi :(


 Adriana bukan suka orang nak pegang-pegang dia. Hahaha.....ambik la gambar dengan nenek. 


 Banyak betul kueh raya dekat rumah mak si Amir ni a.k.a Mi tok. Sempat hidang lontong lagi kat we all....sangat sedap sampai menjilat jari! :)


 Mama & me :) Sayanggggg mama! Original beauty 


 Mak yong kalau bab posing mosing memang suka! Tak banyak gambar raya dalam koleksi mummy! Setengah kat dalam handphone Fiza yang tak sompek nak di bluetooth ke bb mummy. Tahun ni pulak mummy kurang bergambar. Tak kisah ke handphone. Masa yang ada cukup-cukup untuk family aje :)
Tahun depan pulak la kita bergambau sakan yek.

 Masa ni dah nak bertolak balik kedah :( Sedihhhh sangat! Raya keenam kalau tak silap. Berhenti makan di RNR Pagoh. Bergambau depan Baskin Robbins. Niat dihati memang la nak mencekik ice cream. Dek kerana ramai benau kat situ, malas nak bersesak-sesak la. Rimas I...hahaha. Nampak flawless tak muka mummy? Ececehcehceh...haha pakai two way cake from SimplySiti. Fiza yang bagi...Mekasih banyak dik...nanti bagi kat aku lagik! :)

 Buat muka mengada.....dah mengantuk kan...


 Ehhhh gambau ni terlepas ke bawah pulak! Takpela....tempekkan aje! Memasing sibuk bergambau dengan family sendiri. Kita didepan pokok mangga. Boleh la tu labu....haha

 Yang ini pon kebawah jugak! Me and my baby brother. :) Miss u adik!


Masih control cun....sebenarnya dah tak larat nak dukung si Adriana. Cover jugak...hahaha.

* Gambar ayah takde....nanti copy paste dari FB adik. :)

Puas jugak la berjalan this raya. Memang tak lekat dirumah...balik-balik untuk tido aje. Gambar yang ada dekat mummy pon tak banyak. Tak sempat nak bluetooth gambar dari handphone adik-adik. Jumpa raya tahun depan tau! :) 

Tata darlings.


Sunday, 13 May 2012

~Setiap Hari,,Hari IBU~

Assalamualaikum Darlings....:)

Hujan lebat dari malam tadi memang buat mata tak buleh nak bukak sampai pagi! Haha...tido sakan tiga beranak. Yang awal bangun pon si budak Adriana. Kang mula dia merayap satu rumah. Main senyap-senyap aje. Nangis pon nak susu :)

Eh...tadi pagi dapat suprise SMS daripada mama.


"Salam...Selamat hari Ibu,semoga jadi ibu yang prihatin dan penyayang...senyum selalu. AMIN"

Menitik air mata duyong mummy. Bukan sedih tapi sangat touching la. Thanks mama! I love you too. Biar pon jauh..tapi mama dekat dihati...dan selalu dihati!

Bagi mummy, setiap hari adalah hari ibu. Tak perlu pon tunggu setahun sekali untuk meraikan ibu kita.Kan? Bila dah bergelar seorang ibu a.k.a mummy famous nie, :P barulah terasa betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Dari dalam kandungan...sehingga melahirkan, kita hanya mementingkan keadaan bayi kita dibanding kesihatan kita sendiri. Sampailah pula saat membesarkan anak...semuanya kita kaum ibu buat tanpa mengeluh. :) Hati rasa tenang melihat anak membesar didepan mata (*___^)

Seorang ibu tak pernah mengharapkan apa-apa balasan apatah lagi hadiah yang mahal. Namun cukup dengan kita mengingati ibu, menghargai apa yang telah ibu korbankan buat kita :) Ucapkan terima kasih juga sudah cukup membuat ibu kita tersenyum lebar.

Selamat Hari Ibu buat mama yang mummy sayang, Puan Salmah Binti Sajat...juga arwah ibu mertua yang sudah setahun pergi menghadap Illahi..Puan Hajjah Rokiah Binti Mat Isa (1950-2011). Sesungguhnya cinta ibu itu membawa kita ke syurga.AMIN. Oh ye, tak lupa juga buat diri mummy sendiri :) hehe, dan rakan-rakan blogger yang sudah bergelar ibu, mahupon bakal bergelar ibu.

 Tiga generasi, mama, mummy and Adriana Ramadhani :)


Adriana baru je 20hari masa nie. Hari raya pertama last year :) Mama tetap paling cun! Hikss


Ibu kita adalah contoh paling baik. Role model buat kita kan? Tak payah nak banggakan sangat artis or sesape! Ibu kita lebih agung dari itu. :) Tanpa seorang ibu siapalah kita? Darjat ibu terlalu tinggi disisi Allah sampaikan Allah berfirman bahawa syurga itu terletak ditelapak kaki ibu. Eh jangan pulak pegi tengok tapak kaki ibu kita! Haha...maksudnya, jika kita menghargai ibu kita, menjaganya dengan penuh kasih sayang maka kita dijanjikan syurga oleh Allah. Redha Allah juga terletak pada redha ibu kita :)

Selamat Hari Ibu darlings :) Lots of love!

Tata darlings (^_____~)







Tuesday, 1 May 2012

~Selamat Hari Pekerja~

Assalamualaikum Darlings....

Ehhh jap je dah tiba pon 1st May kan? Almost half of the year la....Hishhh begitu pantas masa berlalu. Dah tercapai ke suku atau separuh dari azam untuk tahun nie? Huahahaha...mummy tanya cam kompiden je kan, padahal diri sendiri pon terkontang kanting! Aisehhhh cam ne nie :)

Korang sume mesti cuti. Wah bahagia je rasa dapat melekat lama-lama kat tilam empuk. Pastu bangun mandi dan bersiap kuar jenjalan! Ye dak? Hhaha mummy jugak la yang keje :( Huhh sedihnya kerja di Hari Pekerja! :P Mummy punya cuti masa orang lain sibuk kerja! Takpe-takpe....cari rezeki halal tu satu ibadah. :) Mintak Allah murahkan lagik rezeki mummy sefamily!

Semalam..seharian duduk dalam kereta. Kebas ha bontot beyonce mummy nie..:P mana ngan Adriana lagik. Settlekan perkara-perkara penting...yang sangat urgent needed! :( Nasib la daddy yang drive kan...buleh la rehat-rehat je. Bila dah selesai sume hal-hal penting VIP tu legalah sikit. Tapi penatnya memang maha dasyat! Sakit sume badan :( Dah la makan sebanyaknya sampai tak ingat dunia! Hahaha....rase perot nak meletup duduk dalam kereta! :)

Apa yang korang faham pasal Hari Pekerja? Bagi mummy....setelah penat lelah bekerja, kita patut menghargai diri sendiri. Memangla ekonomi sekarang pon tak berapa nak bagus kan, belanja pon sejimat yang buleh! Tapi tak salah lau kita hadiahkan diri kita dengan barang mewah mungkin?? =D Bukan selalu pon nak manjakan diri. Lau selalu bukan manja lagik...tu dah masuk gedik plus mengada-ngada. Hahaha...Dapat gaji je mesti fikirkan untuk sisihkan bagi bayar benda-benda yang penting dulu kan? Belom lagi segala ngan bayar pengasuh anak la, duit yuran tuisyen anak la, duit undi ngan kengkawan opis la...:P Poning kepala ha nak memikir banyak sangat nak dibayar! Hikss.....jadi mummy rasa sekali sekala buleh sisihkan sikit untuk diri sendiri yang penat bekerja! :) Penghargaan untuk diri sendiri. Nak dapat hadiah dari suami mungkin la setahun sekali masa birthday je? Kannn? :P Lain le sape-sape yang ngah bercintan-cintun, mesti banyak hadiah berderet-deret....:)

Selain daripada beli hadiah untuk diri sendiri...buleh jugakkan kan pergi bercuti! :P Ikut bajet la...tak yah la nak ke oversea bagai! Kan ke Malaysia banyak tempat-tempat menarik tertarik....google la! Lau mummy pilih pulau la...sebab suka sangat-sangat ngan laut :P Hehe buleh berangan cam cerita Baywatch...tapi tak la seksi maut cam Pamela Anderson tu. :) Mesti best dapat bercuti ngan family...jauh dari kesibukan kerja. Release tension...lupakan sekejap masalah yang melanda tak henti-henti cam tsunami....:) Mummy pon ngah planning nak pergi satu pulau nie...Lau jadik nanti mummy will update dalam blog! Wahhh tak sabarnya...bunga-bunga cinta hati nie...=D

Okla darlings famous amous...SELAMAT HARI PEKERJA buat semua yang bekerja!

* Akak yang kerja jual pisang goreng pon bercuti di Hari Pekerja tau! Hahaha makan roti cicah kopi jela kat umah...sobss !


Tata Darlings!




Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Hye Darlings...

Jom link exchange kt sini,mummy will follow you back..ARIGATO (^_*)

Copyright © 2011 Reserved to Mummy Adriana's
Design by Azhafizah.Com