♥♥Mummy Adriana♥♥: September 2011

FAMOUS DARLINGS

Wednesday 28 September 2011

~ Lagu nie Adriana SUKA~



Im into you by JLO

Hye darlings..Sihat kew sume? Hope sume dalam keadaan yg baik,sihat dan happy2 slalu. ;-) Well mummy just nk share lagu favourite ank dara mummy si Adriana...woooooo baru one month plus taw tpi da pandai dgr lagu...;-) Mummy x sengaja pasang lagu nie mase ngah dodoi Adriana...wah tetiba jew dia senyummmm (^_^),then bile lagu abis jew dia nangis...~! Thats meant im a mummy to a rock star to be~! Hihihihi...xpewla lau setakat dgr yew Adriana....xmo la jadi penyanyi nie. Nyanyi utk mummy ngn daddy jew ea...Muahahhaha Jom dgr darlings...;-)






Tuesday 27 September 2011

~Puding Lychee MIxed Fruit~

Assalamualaikum Darlings...


Mummy baru teringat nk kongsi resepi nie. Sangat simple dan senang disediakan. Resepi mummy suke slalunye bole diubah bahan2nye mengikut citarasa masing2. Yela kan selera kite nie lain2...hehehe. Jom la darlings, xnk ckp byk la..kite view jew ea ~jommm...(*_^) Cooking with Love~

Ingredients.

* 3 tin susu cair 
* 2 kotak kecil kismis
* sepeket Jelly (lihat gmbr dibwh)
* 2 tin lychee
* 1 tin fruit cocktail
* Gula (ikut selera anda/jika mahu manis boleh letak lebih/kurang)
* 400ml air 

Methods.

1) Panaskan susu bersama gula dan air. (sejukkan seketika)
2) Untuk sukatan gula, anda boleh pilih utk campur lebih/kurang mengikut tahap kemanisan yg anda suka. Namun perlu diingat, air daripada lychee sudah manis. For me, lebih suke sekadar manis buah ;)
3) Masukkan kismis,jelly,lychee, dan fruit cocktail. Kacau rata.
4) Puding anda siap utk dimakan ;)

P/s: Anda boleh menambah ais kedalam kuah puding (^_*)
* Buah-buahan seperti anggur dan strawberry juga boleh dicampur dlm puding nie.
* Anggaran makanan utk 8 orang.


 mummy pilih susu nie~ ;-)

 fruit cocktail yg nie mmg sdp..yg penting HALAL ;-)

 Lychee utk puding...~


 Jelly nie mummy pilih..pakai jelly yg lain pun bole (^_^)
Da siap hidang pun....~ (*_^)


 Selamat mencuba Darlings...;-)mudah jew kn? Anak2 kecil sgt suke mkn makanan yg cm puding diatas...pstttt lau nk amik ati si kecil kite boleh la buatkan utk mereka (*_^) Cooking with Love.


Darlings,
Jom tgk blog resepi nie..sgt best~mummy slalu skodeng~hihihi
Klik ajew kt bawah tu...~


Sky Blue's Kitchen 
 




~ Demam Shawls~

Hola darlings...weeee dah brape ari nie mummy x post aper2, busy ngn mylittle Adriana. Biasala kn itulah tanggungjawab seorang mummy~! Yeayyy hidup mummy2 dan ibu2 sedunia. Bayangkan hidup kite tanpa ibu...for sure xde tempat bermanja,tempat mengadu suka dan senang dan cm2 lagi. So saper yg masih ader ibu, TOLONG HARGAI IBU ANDA yew darlings.Lately, mummy jatuh cinta la ngn shawls yang ader kt pasaran skang. Lebih2 ag skang byk butik2 online yg menjual shawl-shawl cute,cantik and gorgeous. Actually bertudung nie masih baru lagi (wat diri mummy). Pada mulanya didesak oleh mr.hubby yg seboleh2nya nk mummy bertudung. Cam not fair kn paksa2 orang nie? For me biarlah niat tu datang sendiri dan yang penting bertudung kerana Allah,bukan kerana siapa2. Btul tak darlings? So mummy pun start la pakai gak bulan June yang lalu. Mummy tau sume orang cakap mummy cantik sgt pakai tudung ea...lebih ayu,hihihihi angkat bakul sendiri yew~  Hari demi hari mummy mula jatuh cinta dgn penghijrahan mummy yang baru nie..Mungkin Allah dah turunkan HidayahNYA wat mummy. Alhamdulillah tiada lagi perasaan ragu2 dan mummy bangga. Mummy pun start mengumpul tudung dan shawl...weeeee perasaan membuak2 bile mummy nmpk shawl dan tudung yang cantik2~ Wajib beli...hehehehe. Mummy pun x pandai sgt nk pakai shawl yg belit2 nie...alamak ngan si Adriana lagi,for sure x cukup masa nk membelit. Tapi darlings, kat youtube byk tutorial yg ajar kite cara2 nk pakai shawl nie...sgt menarik,sampai naik juling mata mummy tgk~! Hehehe hopefully dapatla mummy praktikkan nnt yew~ skang nie pun mummy nk usha2 shawl yg cun utk Majlis wt Adriana yang akan datang ;-),
Oklah darlings, mummy cume nk pesan lau kite nk bertudung biarlah niat kite ikhlas. InsyaAllah niat baik kite tu akn diberi ganjaran Hidayah olehNYA..Amin.




Darlings,
Jom tgk shawls kt online butik fav mummy :-
Klik jew kt bawah nie...Enjoy (*_^)


Butik Pinkku
VivaDea
Shawl Ayu Cinta




wee..cun kew mummy ngn shawl nie?Hihiihih (^_*)





Sunday 25 September 2011

~ Mee Bandung Cik Sal~

Hola darlings...finally barula ader masa utk upload resepi kt blog nie..bukan aper sibuk uruskan anak dara mummy tu..hihihi,Adriana mmg x kasi can mummy dia ngadap laptop je...;-) Resepi Mee Bandung Cik Sal nie sempena nme my mum Puan Salmah Sajat..my mum created this recipe mengikut citarasanya..mgkin ader versi2 resepi mee bandung yang lain...Jom darlings kite cube (*_^) Cooking with love. 





Ingredients. 

* 2 biji bawang besar
* 8 ulas bawang putih
* 50g udang kering
* 8 sudu besar cili boh (boleh ditambah/kurang ikut selera)
* 1 botol kecil sos cili
* 4 sudu besar sos tomato
* 6 biji telur
* 2 batang carrot
* 200g kobis bunga
* 6 keping fishcakes
* 500g udang size sederhana
* 500g daging
* 300g sotong 
* 200g kacang tanah tumbuk (boleh didapati dikedai-readymade)
* 1kg Mee 
* Garam dan gula secukupnya
* minyak untuk menumis
* 1 liter air.(kurang atau lebih bergantung kepada kepekatan yg anda mahu)
* Daun sup dan bawang goreng (untuk hiasan)

Methods. 

1. Kisar bawang merah bersama bawang putih juga udang kering.
2. Rebus daging sehingga empuk ( air rebusan digunakan untuk kuah mee nt)
3. Tumis bahan yg dikisar bersama cili boh sampai naik minyak, then masukkan air rebusan daging tadi. If tak cukup boleh dicampurkan dengan air biasa. Kepekatan mengikut citarasa anda.
4. Masukkan sos cili dan sos tomato dan digaul sebati.
5. Setelah itu bolehlah kita masukkan carrot,kobis bunga juga fishcakes.
6. Apabila carrot sudah empuk, tambahkan udang,sotong juga daging didalam kuah mee.
7. Pecahkan telur.(tunggu 5minit barulah dikacau,utk mengelakkan telur pecah x sekata)
8. Akhir sekali masukkan kacang tanah, gula dan garam , tunggu sehingga kuah agak pekat.
9. Hiasi dengan daun sup dan bawang goreng. (boleh juga diganti dengan daun bawang)
10. Celur mee selama 5minit.
11. Mee bandung anda siap dihidangkan ;-) 


Anggaran makan :- 6 hingga 8 orang

merebus daging lebih mudah dgn periuk electric nie..;-)
*petua daging cepat empuk~masukkan sebatang sudu semasa merebus daging. (^_*)

kuah mee in the making...~

yummy x sbr tunggu..~

kuah yang da siap dihidang...~

mee yang siap dicelur...~

jom makan darlings...~

Selamat mencuba darlings...;-)






Saturday 24 September 2011

~ Happy Birthday Mummy Adriana~

Sedar x sedar dah pun sambut hari lahir yang ke 25. Cam sekejap jew masa berlalu...rase cm baru abis sekolah, tapi da kahwin and ader si comel pun. Bagi me, hadiah atau pemberian sempena birthday nie x la begitu penting dibanding dengan ingatan ikhlas dari orang2 yang tersayang. Btul x? Bila kite terima msg ucapan birthday x kira lah dari sesiapa pun surely kite akan tersenyum for the whole day...tapi if orang yang kita syg pun x ingat confirm muke kite masam mencuka. Apalah salahnya lau kite mark atau set reminder utk tarikh2 penting orang yang kita sayang (if kite nie pelupa). Itu akan mengingatkan kite akn hari bahagia mereka dan kite x akan melepaskan saat2 itu. For me di umur yang dah nk abis remaja nie (hehe perasan la plak) me cume berharap utk dapat berkongsi saat2 yang membahagiakan bersama ank ( Adriana Ramadhani) dan suami yang tersayang x lupa juga family yg selalu bersama dikala susah dan senang.

 Thanks to my dear mum for this tasty blueberry cake..Love you ma...

Semoga me akn dipanjangkan umo utk melihat Adriana membesar didepan mata dan Allah memberikan rezeki yang melimpah ruah. Syukur pada Allah atas kurniaan nikmat dihari lahir yang ke 25 nie...;-)




Thursday 22 September 2011

~ 11 Tahun Pemergianmu~


Masih terngiang lagi suara adik ditelinga nie..walaupun sudah agak lama, namun memori bersama tetap segar dalam ingatan. Adik lahir masa kakak berada di darjah 4 (sekolah rendah). Pada hari mama lahirkan adik, kakak happy sgt coz dpt share birthday dibulan September, apatah lagi hanya berbeza sehari. Adik manja..naughty dan adoreable. Kakak masih ingat semua kegemaran adik. Sempat kakak bancuhkan adik air teh O fav adik beberapa jam sebelum adik pergi. Ya Allah, tak tertahan airmata kakak nie bile terkenangkan sume tu. Kita semua merindui adik...mama,ayah,abang and kakcik pun rindukan adik. X pernah sekali pun kite lupekan adik. Adik pun dah tenang di sana. Kakak doa semoga roh adik ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. AL-FATIHAH.

NOTE :


AL-FATIHAH TO MY DEAR LATE BROTHER.
MUHAMMAD YUSRI (1996-2000)




Wednesday 21 September 2011

~ Mummy Masterchef ~


Hye everyone..x sabar rasenya nk tunggu MasterChef Malaysia launching. Me adalah seorang daripada berjuta peminat MasterChef. Bermula dengan Masterchef US diikuti dengan Junior Masterchef Australia juga Masterchef Australia. Minat sangat dengan bidang masakan nie..Pernah suakan hasrat pada hubby,,,tpi jawapan from him was " lebih baik mummy jadi masterchef kt umah aje...hihihihi"  Biar apepun komen dari my dear hubby, itu xkn wt me utk putus asa dan meneruskan minat dalam bidang nie..;-) Mesti ramai kan chef2 amatur kt Malaysia nie. Maklumlah Malaysia kaya dengan masakan yang sememangnya lazat hingga menjilat jari, hihihi~ Me dah tengok senarai judges utk MasterChef Malaysia, tapi agak terkilan because there is no Chef Wan. Nape xde ea? Bukan ke Chef Wan antara yang top kt Malaysia nie? Digantikan pulak dengan ank beliau iaitu Chef Riz..Bukanlah meragui kebolehan anaknya,,tapi if ader Chef Wan lebih riuh rendah suasana and his skills was so good! Apepun me ucapkan GOOD LUCK utk sume yang join MasterChef nie. You all memang berani dan percayalah..tidak sia-sia utk kite ketengahkan bakat masakan kite..;-) Cooking with Love..(*_^)


Jom singgah kat page dibawah nie :-


Masterchef Malaysia
Masterchef Australia
Masterchef US















~Ketam Lemak Cili Padi~

Hye darlz..jom try this recipe. Actually ketam bukanlah one of my favourite tapi bile dah lama x mkn sedapla pulak..;-) Resepi nie boleh diubah mengikut citarasa you all masing2..Enjoy...;-)


Ingredients. 
* 1kg ketam ( size sederhana )
* 10 biji cili padi ( boleh ditambah/kurang ikut citarasa anda)
* Sebiji bawang merah besar
* 3 ulas bawang putih
* 1 tin susu cair ( boleh digantikan dengan santan)
* 2 helai daun kunyit ( potong kasar)
* 2 sudu serbuk kunyit
* Minyak untuk menumis
* Garam secukupnya


Methods. 
1) Kisar bawang merah, bawang putih dan cili padi.
2) Ketam dipotong dua supaya lebih kecil (memudahkan kite untuk makan nnt)
3) Tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik bau. Masukkan serbuk kunyit dan kacau rata. Perlahankan api supaya rencah masak dengan sempurna. Tunggu dalam 3 minit, kemudian masukkan susu cair. Penggunaan susu cair ialah untuk menggantikan santan supaya masakan kita lebih sihat dan tidak berlemak. 
4) Masukkan ketam yang sudah dipotong tadi, dan tunggu sehingga kuah agak pekat.
5) Last but not least, masukkan garam dan daun kunyit yang dipotong2 kasar.
6) Hidangan siap dan boleh dimakan dengan nasi panas..Selamat Mencuba! ;-) 










~ Adriana Oh Adriana~

~Muke manjew mummy yang susah tido..Hihi~
   


   Masuk hari ketiga mylittle Adriana xnak tido malam. Yang mengantuknye mummy jugakla. Dah puas mummy dodoi still Adriana besar mata lagi..Kadang2 mummy fikir mungkin ini dugaan untuk besarkan ank. Memang sangat2 menguji kesabaran...tapi itulah pengorbanan dan harga yang harus dibayar oleh seorang ibu. Hampir sahaja hilang sabar, namun bile terfikir yang Adriana ialah Anugerah Terindah yang tidak patut disia-siakan, mummy pun masih boleh tersenyum lagi melihat gelagat puteri kecil. 
   Mungkin banyak yang Adriana nak borakkan dengan mummy..cume mummy jew yang x bole faham lagi bahasa baby Adriana..Hehehe...comel and adoreable bile Adriana cube nk berborak ngn mummy..Xpela apepun, mummy terpaksa gak bersengkang mata demi ank dara mummy sorang nie...;-) Mummy will always be with you darling...Lots of Love

America's Next Top Model Cycle 16 (new)


Hye darlz...America's Next Top Model Cycle 16 is now on StarWorld (Astro channel 711) every Monday and Tuesday at 8.55pm. Me mmg sgt adore kt Tyra Banks. Walaupun banyak halangan semasa mahu mencapai cita2 sebagai supermodel, Tyra x pernah berputus asa. Pernah ditolak oleh 6 Modelling Agency, namun sekarang lihatlah begitu gahnya nama dan branding Tyra Banks...This is one of my favourite TV show, Jgn lupe tune in yew...;-)

Tuesday 20 September 2011

~ Lepas tempoh berpantang ~

Alhamdullilah by yesterday me and Adriana Ramadhani dah melepasi tempoh pantang. Lau ikut my mum cume amik 40 hari jew. Sepanjang berpantang nie xde apa yg tidak diingini berlaku. Terima kasih Ya Allah kerana anugerah yang tidak terhingga. Sesungguhnya me sangat bersyukur dikurniakan seorang puteri hasil dari cinta yang suci. Adriana membuatkan me lebih tabah dan kuat untuk menjalani hari2 yang mendatang. Mummy syg sgt kt Adriana, mummy harap Adriana membesar menjadi anak yang bijak dan solehah. Doa mummy sentiasa mengiring Adriana. Pas nie bleh la kite balik ke kedah yew darling mummy..almost 2 months we have been here at grandma house. Mesti nenek nangis nk berpisah dengan Adriana nnt kan? Hehe..TQ so much to my dear mum yang x jemu2 menjaga kami berdua dlm tempoh pantang nie..Tak terbalas rasanya jasa mama wt kami...Love you so much mama. Now im a mother same like you,,and i have to raise my kid with lots of love..You really taught me well. (*_^)


My Litte Adriana


Sunday 18 September 2011

~Its a new journey~

Assalamualaikum..wbt..

Hye its me Mummy Adriana. Blog nie specially dedicated to my little Adriana Ramadhani who is my daughter. Me bukanlah orang baru dalam penulisan blog nie, cume sejak berkahwin segala aktiviti penulisan blog tergendala. Yang ada cumela Facebook semata-mata. Tapi itu x menghalang dari meneruskan minat dalam bidang nie. Disini gak me nak kongsikan semua resepi homemade yang fresh dari my little kitchen. Bila kita dapat memasak dengan perasaan cinta dan kasih sayang, automatically makanan tu menjadi sedap ;-) lebih2 lagi masakan buat orang2 yang kita sayangi. Tuhan beri kita akal dan kelebihan, maka tidak salah jika kita berkongsi masakan dan resepi itu bersama orang lain bukan ? Selebihnya hanyalah kisah peribadi dari kocek mummy...;) The way i raise my little Adriana. InsyaAllah me akan update my blog nie dari semasa ke semasa dengan resepi2 yg menarik buat tatapan semua...Salam Ukhwah dan perkenalan dari MUMMY ADRIANA...~

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Hye Darlings...

Jom link exchange kt sini,mummy will follow you back..ARIGATO (^_*)

Copyright © 2011 Reserved to Mummy Adriana's
Design by Azhafizah.Com