♥♥Mummy Adriana♥♥: ~Ketam Lemak Cili Padi~

FAMOUS DARLINGS

Wednesday, 21 September 2011

~Ketam Lemak Cili Padi~

Hye darlz..jom try this recipe. Actually ketam bukanlah one of my favourite tapi bile dah lama x mkn sedapla pulak..;-) Resepi nie boleh diubah mengikut citarasa you all masing2..Enjoy...;-)


Ingredients. 
* 1kg ketam ( size sederhana )
* 10 biji cili padi ( boleh ditambah/kurang ikut citarasa anda)
* Sebiji bawang merah besar
* 3 ulas bawang putih
* 1 tin susu cair ( boleh digantikan dengan santan)
* 2 helai daun kunyit ( potong kasar)
* 2 sudu serbuk kunyit
* Minyak untuk menumis
* Garam secukupnya


Methods. 
1) Kisar bawang merah, bawang putih dan cili padi.
2) Ketam dipotong dua supaya lebih kecil (memudahkan kite untuk makan nnt)
3) Tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik bau. Masukkan serbuk kunyit dan kacau rata. Perlahankan api supaya rencah masak dengan sempurna. Tunggu dalam 3 minit, kemudian masukkan susu cair. Penggunaan susu cair ialah untuk menggantikan santan supaya masakan kita lebih sihat dan tidak berlemak. 
4) Masukkan ketam yang sudah dipotong tadi, dan tunggu sehingga kuah agak pekat.
5) Last but not least, masukkan garam dan daun kunyit yang dipotong2 kasar.
6) Hidangan siap dan boleh dimakan dengan nasi panas..Selamat Mencuba! ;-) 










0 Pretty Darlings:

Hye Darlings...

Jom link exchange kt sini,mummy will follow you back..ARIGATO (^_*)

Copyright © 2011 Reserved to Mummy Adriana's
Design by Azhafizah.Com