♥♥Mummy Adriana♥♥: ~ Mee Bandung Cik Sal~

FAMOUS DARLINGS

Sunday, 25 September 2011

~ Mee Bandung Cik Sal~

Hola darlings...finally barula ader masa utk upload resepi kt blog nie..bukan aper sibuk uruskan anak dara mummy tu..hihihi,Adriana mmg x kasi can mummy dia ngadap laptop je...;-) Resepi Mee Bandung Cik Sal nie sempena nme my mum Puan Salmah Sajat..my mum created this recipe mengikut citarasanya..mgkin ader versi2 resepi mee bandung yang lain...Jom darlings kite cube (*_^) Cooking with love. 





Ingredients. 

* 2 biji bawang besar
* 8 ulas bawang putih
* 50g udang kering
* 8 sudu besar cili boh (boleh ditambah/kurang ikut selera)
* 1 botol kecil sos cili
* 4 sudu besar sos tomato
* 6 biji telur
* 2 batang carrot
* 200g kobis bunga
* 6 keping fishcakes
* 500g udang size sederhana
* 500g daging
* 300g sotong 
* 200g kacang tanah tumbuk (boleh didapati dikedai-readymade)
* 1kg Mee 
* Garam dan gula secukupnya
* minyak untuk menumis
* 1 liter air.(kurang atau lebih bergantung kepada kepekatan yg anda mahu)
* Daun sup dan bawang goreng (untuk hiasan)

Methods. 

1. Kisar bawang merah bersama bawang putih juga udang kering.
2. Rebus daging sehingga empuk ( air rebusan digunakan untuk kuah mee nt)
3. Tumis bahan yg dikisar bersama cili boh sampai naik minyak, then masukkan air rebusan daging tadi. If tak cukup boleh dicampurkan dengan air biasa. Kepekatan mengikut citarasa anda.
4. Masukkan sos cili dan sos tomato dan digaul sebati.
5. Setelah itu bolehlah kita masukkan carrot,kobis bunga juga fishcakes.
6. Apabila carrot sudah empuk, tambahkan udang,sotong juga daging didalam kuah mee.
7. Pecahkan telur.(tunggu 5minit barulah dikacau,utk mengelakkan telur pecah x sekata)
8. Akhir sekali masukkan kacang tanah, gula dan garam , tunggu sehingga kuah agak pekat.
9. Hiasi dengan daun sup dan bawang goreng. (boleh juga diganti dengan daun bawang)
10. Celur mee selama 5minit.
11. Mee bandung anda siap dihidangkan ;-) 


Anggaran makan :- 6 hingga 8 orang

merebus daging lebih mudah dgn periuk electric nie..;-)
*petua daging cepat empuk~masukkan sebatang sudu semasa merebus daging. (^_*)

kuah mee in the making...~

yummy x sbr tunggu..~

kuah yang da siap dihidang...~

mee yang siap dicelur...~

jom makan darlings...~

Selamat mencuba darlings...;-)






0 Pretty Darlings:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Hye Darlings...

Jom link exchange kt sini,mummy will follow you back..ARIGATO (^_*)

Copyright © 2011 Reserved to Mummy Adriana's
Design by Azhafizah.Com