♥♥Mummy Adriana♥♥: ~Kisah Aku Dan Hijab~

FAMOUS DARLINGS

Wednesday, 10 October 2012

~Kisah Aku Dan Hijab~

Assalamualaikum Darlings :)

Selamat berhari Rabu! Hihihi...mesti ramai yang terkial-kial nak bangun pagi pergi kerja kan. Konpem liat, bercinta dengan katil. Rutin harian mummy macam biasa jugak la, bangun kejutkan suami dan anak...(eh,cam iklan radio Sinar tu pulak!)

Bila belek-belek majalah fashion esspecially Hijabista,Dara,Nur (for hijab woman)..mummy nak sharing loving la kisah mummy dengan hijab. Sebelum ni mummy pernah sharing dekat ENTRI INI. Hari ni nak tambah dengan detailnya kenapa mummy berhijab. :)

Mummy percaya setiap orang ada sebab tersendiri kenapa mereka memilih untuk berhijab. Semua orang pernah melalui fasa hidup sebagai seorang remaja. Siapa tu remaja? Haha remaja untuk korang yang berusia 13-25 tahun aje. Lepas tu jangan nak perasan kak jah nak cakap diri tu remaja lagik! Takde maknanya senah. :) Zaman remaja ni selalunya kita pentingkan kawan. Bagi kita, kawan adalah segalanya. Kalau boleh hidup dan mati pon untuk kawan jugaklah kan. Apa aje yang kawan buat....sekejap je berjangkit kat kita. And then kita pon copy cat la kengkawan ni. Mummy pon tak terkecuali.Sama aje memasing.

Sebelum berhijab, rambut memasing kemain kaler warna warni kan. Kadang tu macam warna pelangi pon ada. Hahaha ni point dekat diri sendiri jugak. Bab-bab rambut ni penting la sangat. Pantang dengar kawan kata rebonding, kaler kan rambut la, curl la apa la...semua nak ikut. Kalau kena gaya takpe. Ini dah lah kulit pon hitam si tampuk manggis..ada hati nak rambut blonde macam california girl. Hihi. Erkkk sekali lagik shoot kat diri sendiri tau! Takde kena mengena dengan orang lain.

Zaman kanak-kanak gonjeng mummy suka rambut pendek. Masa tu boyish sikit la. Lagi satu pakai tudung ke sekolah, panasnya....:( merungut la sebab tu nak rambut pendek! Serious sangat pendek, hahaha sometimes i put hair gel on my hair and biarkan terpacak! :P Terasa sangat macho dengan rambut yang begitu. Hihi. Ingat lagi first IC yang mummy buat pon muka sebijik macam budak lelaki! Ohhhh kalau tengok sekarang ni...memang memalukan! Dah la dulu gambar IC hitam putih kan. Ya rabbi sangat tak cun!

Meningkat ke zaman remaja, mula la nak mencantikkan diri. Secara jujurnya, mummy mula simpan rambut panjang masa di tingkatan 3 dan seterusnya. Sedar-sedar je rambut dah panjang macam Rapunzel! Hahaha siapa prince charming yang nak naik menara using my hair? =D Pergi sekolah aje bertudung, after that memang free hair. Habis aje sekolah, rambut pon berubah-ubah kalernya! Bukan apa untuk kepuasan hati. Tak niat pon nak banding-banding dengan rambut orang lain. Hahaha, dont blame me coz i am beautiful :P Perasan jap! Wooohaaa.

Masa bercintan cintun dengan daddy pon i'm still free hair with sexy outfit! Kehkeh. I love short skirt,leggings,baby t...semua yang ketat-ketat aje la. Mummy terfikir lepas kahwin memang berazam pon untuk mengenakan hijab, buang semua sexy outfit. Okay...right afer kahwin benda tu tak jadi jugak. Sampai la satu masa bila mummy bergaduh dengan daddy, suddenly dia sebut pasal cara mummy berpakaian, and guess what he told me to wear hijab!! A BIG NO from me. Mummy tak suka kena paksa-paksa la. And mummy rasa, biarlah kita berhijab ikhlas kerana Allah!

Oleh sebab, daddy yang sangat memaksa, keesokan hari dia terus ajak mummy pergi beli tudung, shawl. Are you serious? Hahaha sangat janggal la nak pakai tudung bagai ni ! Itu kata hati mummy la. Mula menghijabkan diri pada June 2011. So dah lebih setahun mummy berhijab. Dalam keterpaksaan memakai hijab...akhirnya mummy sendiri jatuh cinta! Kuasa Allah kan....DIA bagi mummy hidayah sempena penghijrahan mummy. Terasa cantik berganda-ganda lagi dari sebelum berhijab. Rasa tenang.....

Baju-baju yang dulu pon banyak mummy tak pakai lagi. Kalau ada pon mummy cover dengan cardigan. Lagipon sekarang fashion muslimah memang macam cendawan tumbuh kan. Sangat banyak pilihan....siapa kata berhijab tak boleh berfashion? Asal kena gayanya..dan menutup aurat, InsyaAllah cantik :)

 Lepas berpantang muka dan badan nampak selim melim sikit :) hihi. Ni cotton shawl yang pertama dalam koleksi mummy! Tak pandai nak belit or pintal bagai. Main pakai aje tu..:)


 Hari cukur jambul Adriana. This is my first pashmina! Sayang sangat...dah la cantik berbutterfly :) Masih simpan dan pakai walaupon dah berlubang terkena iron :(


 Ni pashmina pink pertama! Haha semua pon yang pertama kan..maklumla orang baru berhijrah :) I love this plain pashmina! High quality dan sangat sejuk....:)


 Lepas berhijab rasa macam makin cunnnn! Hahahahha


 Cotton shawl polkadot ni mummy beli RM10 je! Memangla nipis.....kalau pakai pin banyak2 habis lubang merata! Mana hilangnya pon tak tau....:)



 Syria mummy yang pertama jugak! Sebelum ni memang tak tau apa tudung syria dan tak tau pakai!! See? Hahaha sangatla outdated pasal tudung-tudung ni. Sampai sekarang mummy masih penggemar tegar syria! Senang pakai....jimat masa! Hey i'm a busy mommy! :)


 Modelling for Ramadhani Hijabs :) 


 Bawal Leopard kegemaranku! Masa ni tengah berniaga kat booth Ramadhani Hijabs! :)


My cat's eyes.....Meoowwwwww! :)

Berhijab bukanlah sekadar menutup aurat..its more on becoming a great muslimah! Semoga korang semua pasang niat yang sama, berhijab dan menutup aurat kerana Allah! Mummy teringat kata-kata pengasas Sendayu Tinggi. She said " Saya berpurdah dan berhijab bukan nak menunjukkan saya alim atau apa...sebab saya sedar yang segala yang INDAH itu sangat eksklusif, dan tidak seharusnya didedahkan!" :)

Tata Darlings! 

11 Pretty Darlings:

imie fatiema™ said...

wowee u publish photo2 yg sgt awesome ler,jelesnya especially photo last tu sgt chantek la dear..tak terlambat,ai ucap SYABAS dear sebab dah berhijab.. sometimes retis bg statement,tunggu hidayah utk berhijab..wohoo ai rasa sebenarnya hidayah jgn ditunggu sahaja,ada baiknya hidayah dari Allah tu kita cari sendiri + doa minta kat Allah..insyaalah...daaa

Mummy Adriana said...

@imie fatiema™

Ohhhhh Thanks banget my dear! Memang pon...tak kuasa la retis2 ni! Haha, actually hidayah takkan datang kalau kita tak cari atau minta dariNYA :)

J said...

muka mummy mcm Chinese la..mata sepet. :)

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

bila hidayah Allah sampai...apapun tak boleh menghalang kan?:) semoga kita akan selalu menjadi muslimah yang solehah...amin..:)
salam kenal,
yayansmum

misz_eyza said...

itulah alkisahnya...

btw, tahniah mummy sebab melakukan satu perubahan yang besar dalam hidup... seyes mummy, bila berhijab nie nampak mummy lagi cun melecun.

Mummy Adriana said...

@J

I am! :) kita memang ada darah cina jugak...kulit india hitam :) kiki

Mummy Adriana said...

@YaYaNsMuM a.k.a YM

Betul tu ! Siapa yang boleh menghalang takdirNYA :) Thanks sayang for dropping here

Mummy Adriana said...

@misz_eyza

Hahaha i know! :)

J said...

patut la ada iras cina.. hehe..
cerita psl entri mummy ni.. semua ni ketentuhan ilahi dan kesedaran hati.. skrng ni mcm2 fesyen org btudung, lawa2, suka tgo.. :)

Azhafizah Md Nor said...

itulah yang terbaik ^___________________^

Alin Marlini said...

hehehehe......comey2...

Hye Darlings...

Jom link exchange kt sini,mummy will follow you back..ARIGATO (^_*)

Copyright © 2011 Reserved to Mummy Adriana's
Design by Azhafizah.Com