♥♥Mummy Adriana♥♥: ~Western Food Di N8 Restaurant~

FAMOUS DARLINGS

Saturday, 13 October 2012

~Western Food Di N8 Restaurant~

Assalamualaikum Darlings :)

 Mummy memang la pecinta western food! Tapi taklah mengamalkannya selalu. Banyak sangat lemak berkrim disukai ramai. Hehe. Mummy ni selalu la merungut kat daddy, nak makan western food!Western food! Western food! :) Hari tu daddy berbaik hati nak belanja kami 3 beranak di Restoran N8 Kulim. Kena bodek time dia gaji :)!Orang-orang Kulim ada sini ke? Haa mohon angkat jari kaki. Kikiki. Restoran N8 memang senang nak cari sebab dia berhadapan dengan jalan besar dan nearby Tesco Kulim. Gambar atas tu suasana kat N8. Daddy cakap dulu before dorang bukak restoran, kat sini ialah showroom kereta mewah! :) Bahagian dapur dorang bekas office! Woo takyah ubai suai banyak sangat kan? Luas....dan santai!




 Masa kitaorang pergi ni hujan lebat tau! Tu yang nampak tak ramai pelanggan kat sini. Dulu lagik ramai orang sebelum dorang tukar chef yang masak tu :) Daddy pon cakap gitu la. Dia kan orang Kedah lagi expert dari mummy. N8 memang luas dan selesa. Kalau nak buat family dinner ramai-ramai haa elok sangat la kesini. Harga makanan pon sangat berpatutan! 


 Biasalah kan...apa-apa pon air la yang sampai dulu :)


 Kemain lipstikku! :) Maskara macam biasa la tak sompek nak tempek kat mata! Alahaiiii nak pergi dinner je pon kak jah. Kang melaram sakan, daddy cakap apa pulak. Dah sewel ke bini aku ni. Hahahaha :P Adriana ni suka taknak pandang kamera ea....biasa dia!


 Satu je yang kurengggg kat sini. Cuba teka? Hurmmm TV depa kecik sangat ler. Ya ampun memang tak nampak dari jauh. Dah la rabun sikit-sikit ni. Mintak jasa baik tuan punya kedai letak skrin besau terus. Ha baru puas nak makan sambil tengok TV. Jangan lupa tambah sound system sekali ye..:) Takmo la TV nampak gambau je..tapi bisu! Hahaha memandai mummy!


 Anakku sayang, bucuk-bucuk! kalau pergi makan memanjang buat perangai :( Nak duduk atas meja, camna nak makan Adriana oiiii :P


 Tengok tu.....duck face! Mengada tau....takmo kawan budak ni! Hahaha


 Uwaaaaaaaaaaaaaaaaa! Mummy marah kita! Mummy jahat marah kita! Hahahaahaha :P


 Tokwan calling-calling kejap kat luar. Haa dekat luar pon ada seat jugak macam yang tokwan duduk tu. Kalau hari tak hujan boleh la duduk luar...kalau hujan, baik la masuk dalam! Sejukkkkk woooo...menusuk ke hati :)


 Mehhh nak promote sikit air paling sedappppp sangat kat sini! Ambra Asam Boi....perghhhh terasa sangat ambra dia! Bahasa Johor air Kedondong Asam Boi :) Hihi

 Taraaa.....makanan kesukaan Queen. Hehe. Chicken Chop with blackpepper sauce. Murah tau..tak sampai pon RM10, tapi kesedapan menuju ke bintang :)


 Fish and chips.... Mummy rasa tak berapa nak sedap sangat la! Hahaha jangan marah tuan kedai. :) heyyy bagus apa saya tolong komen..for continual improvement! :) Harga pon bawah RM10 jugak!

 Suamiku syurgaku....:) Ecehhhh nak bodek sikit! Hehehehe

 Tokwan tak minat sangat western ni. Orang-orang tua macam mana pon nak makan nasi jugak! :)



 Kan elok duduk dalam baby seater. Ini tidak.....meroyan atas meja ye anak! 


 Ehhhhh rasanya mummy cuma order chicken nugget je untuk Adriana. Tak sangka pulak datang dengan pakej. Kemain sauce banyak benauuu...nugget cuma berapa ketul jek! Hahaa


 Konon order untuk anak...tapi daddy yang sapu bersih! :)


 Lepas melantak fish and chips yang tak berapa nak best tu...tokwan order pulak Nasi Goreng Kungfu. Dia cakap tak kenyang la makan tadi tu! Hahahaha kesiannya tokwan. Hujan pulak kan...memang lapar habis la.


 Low profile...hihihi:) Dorang dua beranak minum fresh oranges :)



 Muka bakal doktor pakar nie! Hihi! AMIN..moga Allah makbulkan doa mummy. Merengek aje si amoi! Aisehhh..kacau daun la mummy nak bersantap!

Licin tapi tak menjilat jari! Hehehehe. Pada korang yang suka makanan ala barat tu bolehlah singgah sini! Harga pon tak mahal tau. Banyak lagi pilihan-pilhan menu dorang! Boleh bagi 4 twinkle twinkle little stars :)

Tata darlings...:)



15 Pretty Darlings:

~Beb~ said...

anakkkkkkkkkkkkkkkkk! anak mu sgt comel

faie mohamad said...

comelnye adriana.. nak2 time die nangis tu... huhu

Mummy Adriana said...

@~Beb~

yuhuuuuuuuuu! Thanks :) hihi

Mummy Adriana said...

@faie mohamad

Nangis kena marah dengan mummy sebab mengada :P

Azhafizah Md Nor said...

sedap mata memandang sedap lagi merasainya..wah kak,ni memang menambah lemak tepu ni..yaya,amoi sorang tu..nape cute sangat.pinjam mata sepet tu jap leh?hehe

Azhafizah Md Nor said...

sedap mata memandang sedap lagi merasainya..wah kak,ni memang menambah lemak tepu ni..yaya,amoi sorang tu..nape cute sangat.pinjam mata sepet tu jap leh?hehe

Phat said...

lapa perut den

misz_eyza said...

terliur hehe nanti leh mummy treat bila kita ke sana ea....

Alin Marlini said...

1. Kak Alin pun suka western ni
2. memang lawo lipstik tu...
3. Abah Kak Alin pun tak br gemar western ni..

Sharidawati Shahrudin said...

chicken chop? nyummyyyyy

Mummy Adriana said...

@Azhafizah Md Nor

akak kalau bab tambah lemak no 1...hahaha! pinjam la mata bear2 dia...:P

Mummy Adriana said...

@misz_eyza

kalau eyza dtg kulim boleh je i belanja...:) pakai duit daddy la! hihi

Mummy Adriana said...

@Alin Marlini

a'aa orang tua kurang la bab2 western ni..tapi orang muda cam kita kemain tekak omputeh! hhaha

Mummy Adriana said...

@Sharidawati Shahrudin

ye :) sebab tak makan lamb chop! hehehehehhe :P

gadis oren said...

comeynyer anak akak ! nk pinjam boley ? hehe

Hye Darlings...

Jom link exchange kt sini,mummy will follow you back..ARIGATO (^_*)

Copyright © 2011 Reserved to Mummy Adriana's
Design by Azhafizah.Com