♥♥Mummy Adriana♥♥: ~Jangan Ada Orang Ketiga~

FAMOUS DARLINGS

Thursday 15 November 2012

~Jangan Ada Orang Ketiga~

Assalamualaikum Darlings :)

Hati memang gelisah...berbelah bahagi. Kalau diluahkan dekat FB or Twitter belum tentu rasa lega. Sejak sampai ke rumah mama Isnin lepas, kepala hotak mummy memang tak boleh berhenti dari memikir,fikir,fikir....! Kalau boleh mummy memang nak pergi jauh-jauh. Nak bawak Adriana sekali, nak pergi kat tempat yang takde siapa pon kenal kami. Nak pergi jauhhhhhhhh, biar semua pon tak dapat cari :(
Hurmmm sedihhhhhhh sangat :( Allah je tahu betapa perit hati mummy sekarang.

Mummy bukanlah nak mengaibkan sesiapa or mendedahkan pekung didada. Tapi mummy rasa perlu untuk sharing loving dengan korang semua! Siapa yang tak impikan rumahtangga yang bahagia kan? Kekadang takdir ada cerita yang tersendiri. Kita sendiri pon tak mampu nak baca apa yang tersirat. Semua mahukan perkahwinan yang dibina atas rasa cinta, suka sama suka kekal ke akhir hayat. Sekali lagi....sedangkan lidah pon tergigit inikan pula suami isteri.

Kita semua pon manusia biasa aje. Yang memang kekurangan...tiada yang sempurna. Bagi mummy, biarlah suami isteri tu menjalani kehidupan seadanya..menempuh segala rintangan bersama,susah senang bersama tanpa perlu ada orang ketiga. Orang ketiga bukanlah bermaksud pasangan kita curang or ada orang lain...tapi lebih kepada orang luar yang memang tak senang melihat kebahagian kita. Tak kira la siapa pon they all ni, dalam rumahtangga kita berdua as hubby & wife they all tetap orang ketiga.

Okay...mummy pon malas nak guna bahasa formal sangat. Kalau ada orang yang berkaitan baca entri mummy ni, jangan nak judge mummy sesuka hati. Korang tak rasa apa yang mummy rasa...korang takkan faham kalau korang tak melaluinya sendiri. Kenapa mesti korang busy body hal rumahtangga orang lain????!! Takde kerja lain nak buat?

Mummy pon tak tahu nak stori mori camne. Tapi yang pasti mummy meluat+benci sangat-sangat dengan orang-orang yang busy body ni. Boleh kau tengok or cermin diri kau dulu? Tak payah nak perasan bagus. Kalau setakat sembahyang tunggang terbalik, tapi hati busuk macam longkang nak buat apa? Hati memang tak pernah tenang....selalu aje nak mendengki orang! Memang padan la hidup takkan pernah senang.

Kenapa kan kita mesti nak ganggu hidup orang? Kau dapat duit ke? Ataupon kau dapat emas berkepuk-kepuk? Hurmmmmm.....! Kalau hati tu dah busuk, rezeki pon takut la nak masuk. Ada je masalah dalam hidup kau...tengokkan ajela. Tak cukup dengan hasad dengki, kau aniaya pulak orang. Kenapa? Sebab kau boleh ketawa atas penderitaan orang lain? Macam tu dah cukup buat kau happy yek? Memang dasar akal cetek la kau ni. Kesiannnnnnnn sangat kan Allah bagi akal kau tak guna....so apa bezanya kau dengan lembu? At least lembu tak pernah dengki walaupon hanya ada otak dan tak boleh berfikir.

Jangan kau ingat orang tak tau apa yang kau & family kau buat. Semua orang dah canang cerita yang sama! Kalau la betul kau tu baik, kenapa orang-orang asyik cerita pasal keburukan je. Ha? Kenapa...kenapa...kenapa! Kau fikir la sendiri kan. Tak guna berlagak macam alim, tapi hakikatnya kau lebih jahat dari Iblis. Memang kau iblis yang bertopengkan manusia.

Kesabaran orang pon ada hadnya. Takkan selamanya nak berdiam diri biarkan kau menindas orang sesuka hati. Allah akan balas segala yang kau buat tu....dengan bayaran tunai! Jangan fikir kau dapat lari. Hukum dunia pon belum tentu kau dapat lari..inikan lagi hukum Allah. Haisshhhhh tak tau la camne kan. Hanya Allah je tau betapa aku bencikan kau.

Kalau betul la ilmu agama kau tu kuat didada...kau tak tahu ke apa hukumnya cuba meruntuhkan rumahtangga orang lain? Ha? Nak aku bagitahu ke? Dosanya sama macam kau meruntuhkan masjid. Takkan terselamat la kau dunia akhirat.Lagik satu kau ingat sikit yek,,Allah tu Maha Kaya,Maha Adil,Maha Mendengar,Maha Mengetahui...dan apa yang kau buat takkan terlepas daripadaNYA.

Mummy nak tanya apa pendapat korang..kalau korang duduk ditempat mummy. Adakah korang fikir sama macam mummy fikir? Please sharing loving pendapat korang yang bernas tu darlings :) Moga-moga dapatlah sejukkan hati mummy ni. :) Thanks sebab sudi baca luahan hati mummy yang paling dalam ni!

Tata Darlings <3





8 Pretty Darlings:

faie mohamad said...

mummy, be strong ea.. saya tahu mummy kuat. ujian rumah tangga mampu mematangkan kita. mungkin ia hanya secebis pngalaman yg mmpu buat mummy bertambah kuat. serahkan segalanya pada Ilahi. Insyaallah Dia yang menentukan segala..

Unknown said...

Thanks sayang! :( sedihhh sangat!

~Beb~ said...

Assalam kamuuu..

Sabar manyak2 k? Mcm2 mulot org, mcm2 perbuatan org.. Semoga kita terus diberi kekuatan utk menempuhi segala dugaan2 nih. InsyaAllah..

Unknown said...

RT BEB :

waalaikumsalam! terima kasih sayang! Allah je tempat mengadu

Aalia Shahira said...

mummy , kuat ye demi adriana :) dugaan rumah tangga .. kita kena kuat kalau tak , lagi suka dorang nak kacau .

Unknown said...

RT AALIA : Thanks sayang! orang suka dengki tengok kebahagiaan kita!

sarahhernyzar said...

as'salam mummy..
sara doakan moga kebahagiaan rumahtangga mummy hingga jannah. kekuatan dan kesabaran perlu ada dlm mengemudi bahtera rumahtangga. wlpn sara belom kahwin tp sara bnyk belajar dari pengalaman org sekitaran sara. be +ve and be tough. Allah always with us.

XOXO~!!!

Unknown said...

@sarahhernyzar

Thank you sayang! mummy doakan kebahagiaan juga untuk sara! AMIN <3

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Hye Darlings...

Jom link exchange kt sini,mummy will follow you back..ARIGATO (^_*)

Copyright © 2011 Reserved to Mummy Adriana's
Design by Azhafizah.Com