♥♥Mummy Adriana♥♥: ~Family Love Trip~

FAMOUS DARLINGS

Tuesday 6 November 2012

~Family Love Trip~

Assalamualaikum Darlings :)

Rasanya macam lama tak update entry dengan gambar-gambar comey kan? Hihi...mummy kan busy the body :P Nak stori mori la pasal family trip during Hari Raya Aidiladha yang lepas. Ralat sangat sebab tukar my bb dengan handphone daddy. Jadik takde la gambar from my camera. Semua menumpang di kamera adik-adik & cousins. :)

Sempena raya haji mama rancanglah trip ke Kajang (rumah Mak Andak). Kononnya mummy & daddy dari Kedah la, jumpa kat Kajang je nanti. Tapi dah pompang,ngok ngek sana sini....mummy berdua je with little amoi. Daddy cuma hantar kitaorang dekat JB then terus balik Kedah. So kiranya mummy with amoi pemberat kereta la. Hihihi.

Kesian mak andak...sebab dia sorang je yang duduk Kajang, jadi kitaorang pon tak pernah beraya ke rumah dia. Selalu pon jumpa dekat kampung je ataupon dia datang rumah mama (Pasir Gudang). Jadi, mama saje la nak jenjalan plus happy-happy adik beradik kan. :) Mummy dah lama jugak tak bermalam kat Kajang. Biasanya mummy singgah aje, hantarkan barang-barang yang mama pesan then terus balik Kedah. Tak salah kan sekali-sekala kita pulak yang singgah!

I jadik single mother untuk seminggu. Mengusung anak dara nan manja banget! :) Raya haji di KLCC. Lama benor tak jejak kaki. Seyes....! Rasanya last pergi masa zaman bujang sexy tahun 2010 kot! Wooohaaa berkerak dah. Hehe.Lotih den menggendong si amoi :( 


 Ops....abaikan perut buncit mummy tu! Hahaha stressnya badan naik mendadak semenjak jadik Queen dekat rumah ni :P Siapa budak handsome sebelah mummy ni....yang penting bukan boypren yek! Azri my cousin. Anak mak andak yang sulung. 


 Naik satu kereta aje. Jimat minyak+tol...ayah pon tak penat nak drive. Dah tua ni turn anak-anak pulak bawak jenjalan. Nasib baik Innova Mak Ngah Cda ni besauuu...selesa sangat even mummy dengan Adriana duduk belakang. 


 Alolololololo comelnya anak mummy ni! Dengan puting wajib dia tu...haha! Ambik gambau je pon. Malas nak masukkan syiling! Ada kang si Adriana tak nak balik....ha sudah! :P


 I love Estee Lauder...tak shopping apapon that day. Semuanya window shopping je :P


 Paksu Uddyn dengan cousin gaduh dia...Wazir, anak bongsu mak andak! Wazir memang budak hyperactive! Kalau dengar mak dia cerita pasal si Wazir memang gelak sampai perut kembung!! Tapi tu la kenyataannya...bebudak hyper ni kena bagi perhatian lebih! 


 Me dengan mak andak....:) sama cantik kan? Hihi. Mak Andak ni kakak mama. Dorang berdua je la adik beradik perempuan!  Baju kuning kat belakang terselit tu Pak Ngah Amir..


 Mama with mak andak! macam copy paste je kan muka dorang! Mak andak memang sporting habis....makcik paling gila-gila! Hihi


 Adik dah lebih tinggi dari kakak tau :( sobsss terasa nau diri rendah sekarang ni. Haha apepon me tetap gojes...buekkk! 

 Aunty Fiza aka chot ni pon tinggi menggalah. Mummy duduk paras telinga dia ajela. Mencik! Haha. Tengok muka mummy terasa tembam gila la...:( kena diet ni, makan sayur banyak-banyak :P


 Si cantik baju merah Ain...anak mak andak no 2. Kecik molek jek, tapi ramai peminat! Haha tak nampak muka anak mami tu? Sebijik muka bapaknya :) Snap snap snap....


 Mak ngah cda with little Irish....montel sangat! Rindunya makyong dengan Irish..nanti kita jumpa lagik ye sayang :)


 Semua selim melim kau....hahaha mencik! :P


 Lenguhhhhhh tangan tak terkira la. Tak boleh kasi Adriana jalan...habis satu KLCC dia tawaf nanti. So kena lah gendong jugak, memandangkan stroller dekat rumah Kedah..:( anak-anak memasing pandang kat air belakang tu..:P


 Geng bas sekolah. My adik baru je darjah 6 dah tinggi melampai. :) Esok result UPSR dah keluar kan...yohooo suprise!


 Nenek with little Irish....senang bonar nak jaga budak ni. Kasi makan kenyang-kenyang...senyap la dia! Kalau nangis pon nak susu je...alolololo bagus!


 Handsome boy diapit oleh dua orang nenek gojes! i loikkeeee!


 Sebenarnya nenek suka candid je...:) kurang suka nak posing mosing ni.


 Atuk yang sibuk snap gambar! Haha bukan selalu pegi KL kan. Sajela nak buat kenangan :)


 Sikit hari lagik uddyn lebih tinggi dari ayah! :) 


 Kak yong aka yuyi dah potong rambut! Pendek bebenor la...! Memula dia segan tau...! Kiki, tapi takpe jap je nanti panjang la tu!


 Againnn...me with Azri.


 Orang ambik gambar je mummy pon sibuk la nak interframe jugak! Kat belakang mummy tu Pak Andak...sorila gambor kabur..:P


 Mak Ngah Cda & Irish...:P semua tak sompek nak masuk Petrosains..dah tutup pukul 630pm :P


 Sukanya dia.....! Si tembam Irish ni....senyum memanjang.


Oh yek..hari tu kitaorang sempat singgah rumah Uda(baju hitam) adik ayah yang tinggal di Balakong. Tak la jauh sangat dari Kajang. Kira rumah Uda ni nunnnnnn belakang sekali di Balakong. Hihi. Masuk sana sini...haishhh mau sesat kalau datang sekali lagik! Uda ni masih bujang okay! Ada sapa nak masuk jarum? :P
Dalam hati mummy masa dalam kereta " harap-harap rumah Uda bukan tingkat 5" tak sanggup nak mendaki tangga! Sekali betul.........................tingkat 5! Patah kaki kau naik tangga. Mengah bonar den rasa :( Kenapa lah takde lift! Ishhhh tak puas hati! Mana dengan dukung si amoi...memang semput memasing. Hahaha.....kenangan masin :P

Uncle Azri with Irish! After tawaf di KLCC, kita moved to Sentul. Niat memang nak melawat parents Pak Andak aka Atuk & Nenek Bi di Sentul. Kira last destination la for that day. Sebelum sampai rumah nenek bi, singgah KFC dulu isi perut. Memasing dah kebulur. Ingatkan nak makan dekat KLCC je, tapi semua penuh. Yela cuti kan + hari raya pulak. Manusia berduyun-duyun ha. So, carik KFC kat luar yang tenang. Pegi la makan di Sentul. 

 They all seronok bergambar. Mummy order dekat kaunter! Sukanya amoi dengan Aunty Ain. Oh yek, ni nak stori mori lagik satu hal yang memang menggeramkan! Sales girl yang ambik order kat kaunter tu sangat kurang hajar! Takde adab betul....tak pandai nak cakap elok-elok! heyyyyy geram betul la. Bukan bayar pakai daun pisang la budak oi! Lain kali staff cam ni wajib ditrain cara nak berdepan dengan customer! Bukan potong cakap customer, then nak tunjuk kerek! Menda? Ha? Gaji kau pon kita boleh bayar la...! 


 Sambil tunggu makanan....! budak demok dah lapor :P


 Snap lagik! 


 comel :) Gambor makan takde...tak sompek nak copy dari kamera dorang! Lagipon memasing meroyan lapar. Haha fokus makan, makan & makan !


Hari last ni, dah nak berangkat balik ke JB. Sebelum tu singgah dulu rumah Chik (adik ayah) di Ampangan. Makan la gulai lomak cili padi. :) Gambar pon tak sompek nak ambik :( ishhhh memang ralat bonar tak ada bb, selalu memang snap dekat bb je! 

Overall it was fun! Bukan selalu nak kumpul dengan family. Lagik best kalau daddy ada :( adik mummy yang bujang tu pon tak ikut! Biasala budak lelaki ni, memang dah taknak la family trip gini. Balik JB hari Sabtu. Pukul 8 pm lebih dah sampai Pasir Gudang. Tak penat sangat sebab tak drive :P mekasih driver kita, Mak Ngah Cda & Pak Ngah Amir. :) Nanti buleh join lagik! Hihi

Miss you guys so much! Muah!

Tata Darlings :) 

4 Pretty Darlings:

fatema said...

happeningnya dear, ai pun lama dah tak gi KLCC walaupun tak jauh sangat,biasanya kalau ada pcfair baru rajin gi

Unknown said...

kehkeh! rindu tau! lama kan tak singgah situ...:)

bicara mak dara said...

wahhhh bestnyaaa jalan jalan dengan keluarga kannnn

faie mohamad said...

bestnye dpt keluar jalan2.. dgn family pulak tu.. suke sgt tgk adriana yg manja.. teringin nk jmpa mummy ngn dia ^^

btw, ur mother nmpak muda sgt.. mcm kakak ngn adik :)

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Hye Darlings...

Jom link exchange kt sini,mummy will follow you back..ARIGATO (^_*)

Copyright © 2011 Reserved to Mummy Adriana's
Design by Azhafizah.Com