♥♥Mummy Adriana♥♥: ~Salam Aidiladha~

FAMOUS DARLINGS

Sunday 28 October 2012

~Salam Aidiladha~

Assalamualaikum Darlings :)

Mummy rasa masih tak terlambat lagi nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Juga tak lupa kepada jemaah haji, semoga anda mendapat haji yang mabrur...amin!

Sources : petik-petik dekat google :)

Walaupon hari raya ni yang pertama tanpa daddy selepas kahwin. Sedih jugak....:( Mummy takde mood sangatlah raya korban tahun ni.Semua biasa-biasa aje. Yela lagipon raya ni sebenarnya kemenangan bagi jemaah yang menunaikan haji. 

Lagi satu, dapat berita pasal suami sepupu daddy yang kembali ke rahmatullah petang raya kemarin. Arwah Abang Saufi ni dah lama jugak sakit. Katanya kanser usus. Kesiannn sangat :( Dah la anak-anak arwah masih mentah lagi. Pada balu arwah; Kak Khozimi ( quite rapat dengan mummy) takziah. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Kalau dah sampai masa dan perjanjian arwah dengan Allah siapalah kita untuk menghalang malaikat maut! Doakan sahaja yang terbaik. Daripada arwah terlantar sakit & menderita lebih baik jika arwah tenang disana. :( 

Last mummy jenguk arwah masa dia jatuh masa nak sujud (solat). Lepas tu mummy tak jumpa sampailah arwah meninggal. InsyaAllah Selasa nanti sampailah mummy ke rumah arwah. Buat anak-anak arwah, maksu harap korang tabah! Kalau nak buat apa-apa tu ingatlah ayah kita yang dekat kubur tu. Jangan takde ayah, macam lampu hijau untuk buat perangai sesuka hati. Jaga mak elok-elok!! Mak tu amanah buat korang jaga sampai ke akhir hayat dia pulak. Maksu pon sedih....tapi kita semua akan melaluinya jugak satu hari nanti!

Salam Aidiladha sekali lagi dari mummy dan Adriana Ramadhani...mungkin pengorbanan mummy sebagai isteri ialah cuba menepis ego yang sangat tebal ni mencari kebahagiaan menuju Jannah! AMIN. 

Tata Darlings :)




2 Pretty Darlings:

mrs eyza said...

tersentuh baca ayat last mummy tue...


'pengorbanan mummy sebagai isteri ialah cuba menepis ego yang sangat tebal ni mencari kebahagiaan menuju Jannah!'

takziah buat keluarga arwah. semoga arwah tenang di sana. betul tue mummy. daripada menderita lebih baik lepaskan arwah dengan redha.

Unknown said...

hati seorang isteri ni sangat rapuh eyza....:( sobbssss sedih pulak! thanks eyza!

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Hye Darlings...

Jom link exchange kt sini,mummy will follow you back..ARIGATO (^_*)

Copyright © 2011 Reserved to Mummy Adriana's
Design by Azhafizah.Com