♥♥Mummy Adriana♥♥

FAMOUS DARLINGS

Monday, 10 September 2012

~Ayam Masak Merah Mummy Masterchef~

Assalamualaikum Pretty Darlings :)

Di hari Isnin yang berbahagia ni...mummy nak kongsikan satu resepi ala-ala masterchef. Haha bukan apa, sebab mummy berangan nak jadi Masterchef...cuma hajat tak kesampaian. Resepi ni diwarisi daripada my mum dan diolah oleh mummy sendiri mengikut citarasa mummy! Ini lauk favorite daddy and me! :)

Bahan-Bahan.(Anggaran makan untuk 3-4 orang)

1) Setengah ekor ayam.
2) 2 biji bawang merah.
3) 3 ulas bawang putih
4) Cili boh.(ikut tahap kepedasan anda)
5) 3 ulas serai
5) 3 biji tomato segar.(dipotong dadu)
6) Daun sup
7) Garam/Gula secukup rasa.
8) Penambah perisa.

Cara-Cara Memasak.

1) Gorengkan ayam separuh masak ( tidak terlalu garing).
2) Kisarkan sebiji bawang merah,bawang putih dan serai.
3) Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar tadi bersama cili boh. Jika anda penggemar pedas, boleh lebihkan cili boh, atau jika tidak masukkan sedikit sahaja.
4) Tumis sehingga kering dan naik minyak. Pastikan dalam api yang sederhana untuk mengelakkan rempah dari hangus dan tidak masak dengan sempurna.
5) Masukkan tomato yang dipotong dadu. Bagi sesiapa yang tidak gemar tomato segar, boleh gantikan dengan sos cili. Namun masukkan berperingkat (rasa dulu tahap kemasamannya). Dikhuatiri terlalu masam.
6) Mayang sebiji lagi bawang merah yang tinggal juga daun sup. Masukkan ke dalam bahan yang ditumis tadi. 
7) Masukkan ayam...dan gaul rata hingga rempah sebati dengan ayam. Tambahkan garam/gula dan penambah perisa. Ketika menggoreng ayam, jika kita gaul garam terlalu banyak..rasa dulu masakan anda sebelum menambah garam. Ini kerana, garam yang ada pada ayam yang telah digoreng akan meresap ke dalam kuah. :)
8) Masakan anda siap dihidangkan! :)

Menu mummy for today! :) Fresh from wok :P 

Selamat Mencuba...
Tata darlings (*___^)


~Happy Birthday Adriana Ramadhani~

Assalamualaikum pretty darlings :)

Adriana Ramadhani is one year old! Memang tak terasa pon masa berlalu dengan pantas....anak kesayangan mummy is a little girl, bukan lagi little baby :)

I had tears on my eyes. Ibu mana yang tak happy bila anak yang dilahirkan membesar dengan baik. Dikurniakan kesihatan yang baik...tahap kecergasan yang bagus! Mummy so proud of you my little Adriana. 11 Ogos 2012 genaplah usia Adriana Ramadhani setahun. Setahun yang sangat bermakna buat mummy dan daddy. Apa yang boleh mummy ucapkan...selain bersyukur kepada Allah Swt atas kurniaan yang sangat-sangat berharga ni.

A few days before Adriana turns one year, ada lagi satu hal yang  menggembirakan :) Guess what????? Adriana dah pandai jalan! Haha finally she's got legs..:P Ya ampun, bila dapat kaki ni berjalan aje tak sudah-sudah. Tak kisahla umur berapa pandai jalan pon...yang penting Allah dah bagi nikmat tu pada Adriana. :) Boleh beli kasut banyak-banyak ye little darling!

Pada ibu-ibu kat luar sana yang ada anak kecil seperti mummy....biarkan pertumbuhan dan pembesaran anak berlaku dengan semulajadi. Maksud mummy, tak payah la nak risau sangat kalau anak kita lambat berjalan...lambat cakap, lambat tumbuh gigi. See? Hal-hal ini yang selalu kita para ibu risaukan bukan? Setelah melalui setahun yang awesome dengan Adriana, mummy rasa semua itu perkara biasa. Ia akan jadi bila tiba masanya. No need to worry. :) Biarkanlah orang sekeliling bertanya...bercakap mengenai perihal anak kita..! Ignore saja...bukan dia yang melalui semua tu. Hanya kita sebagai ibu yang tahu ;)

Untuk ulang tahun kelahiran yang pertama ni, mummy sebenarnya takde majlis pon. Lagipon masa tu bulan Ramadhan kan. So mummy hanya belikan Adriana little cake untuk suka-suka. :)


 Selamat hari lahir sayangku Adriana Ramadhani :) nanti mummy buatkan birthday party after raya~


 Gambar si Aiman (hubby's nephew) pon ada! Haha...sebenarnya potong kek kat rumah si Aiman...berjiran dengan tok wan Adriana.


Tara........daddy kena tolong la ye potongkan kek. Kalau Adriana buat sendiri memang huru hara la jawabnya. :P 


Okay dah penat, mulalah cari mummy nak tido...LOVE YOU sweetie :)

Buat Anakku Adriana Ramadhani,

Selamat Hari Lahir anakku. Terima kasih untuk setahun yang happy buat mummy & daddy! Doa mummy sentiasa mengiringi Adriana....mummy terlalu sayangkan Adriana! Semoga anak mummy ni jadi anak yang cerdik pandai, anak solehah dan insan yang berguna! Ikhlas....Mummy



Friday, 7 September 2012

~Mummy Returns~

Assalamualaikum darlings.....:)

Ya Allah....lamanya tak tengok blog pink kesayangan ni! Kangennnnnn bangetttt.............! Apa khabar darlings? Hopefully korang sihat-sihat aje..bahagia disamping orang tersayang. >.<

Dah berapa bulan tak update stori mori apa-apa! Seriously banyak sangat yang nak dikongsikan. Sebenarnya mummy bukan takde masa nak update, cuma masalah internet yang memang menggila! Plus laptop mummy yang old school ni dihantar servis dek kerna usianya yang memang dah matang. Hehe kalau umur anak pon dah masuk darjah 1 sekarang.

Past few months memang banyak benda yang terjadi dalam hidup mummy! Nanti stori mori satu persatu....:) Dah lama jugak tak menjenguk ke blog kengkawan a.k.a blogwalking. Rindu nak baca entri korang yang gempak tu. Nak update blog through blackberry memang taklah kan...dah la kecik benau! Tak nampak apa pon...hahaha. So mummy tunggu laptop dengan internet okay barulah mummy mulakan.

Eh....Adriana Ramadhani is OneYear old tau! Dah pandai jalan pon anak dara mummy tu. Sekejap je kan masa berlalu.....:) mummy masih merindui my little baby girl. Okay-okay nanti kita sambung cerita pasal Adriana!

Bulan Ramadhan dan Syawal pon ada ceritanya yang tersendiri. Tak sabar sehh nak berkongsi cerita dengan kamu kamu kamu semua......:) Rasanya tak terlambat lagi kan mummy nak ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" pada semua bloggers dan readers yang pernah berkunjung ke blog picisan mummy ni. Ampun dipinta....Maaf Zahir & Batin.

 Rasanya baru semalam i gave birth to Adriana! Now she's a big girl :( Rinduuuuuuuu masa baby!



Comelnya anak mummy tido....:) Masa ni kita tunggu daddy balik kerja! Sampai tetido....

Jumpa lagi darlings dari semasa ke semasa. Semangat nak menaip entri..mengedit gambar! Yeayyyyyy lepas rindu dengan blog pink! LOVE YOU (*____^)





Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Hye Darlings...

Jom link exchange kt sini,mummy will follow you back..ARIGATO (^_*)

Copyright © 2011 Reserved to Mummy Adriana's
Design by Azhafizah.Com