♥♥Mummy Adriana♥♥: Jadi Mummy Kali Kedua (Part II)

FAMOUS DARLINGS

Thursday, 27 February 2014

Jadi Mummy Kali Kedua (Part II)

Lepas aje discharged dari HSI, tak lama tu kan raya cina. Fiza ajaklah kitaorang semua pergi jenjalan ke Tanjung Balau & Desaru. Memang dekat sangatlah. Cuti-cuti dalam negeri sendiri jek. Hehe. Oleh sebab dorang ni plan last minute, semua chalet & homestay fully booked. Haaaa tu la lain kali cari la awal-awal. Puaslah mummy menggoogle homestay dekat Bandar Penawar tu. Dalam hati takkan takde satu pon kan yang kosong. Survey punya survey dapatlah satu. Okay cerita ni kita sambung dalam next entry ^_^

4hb Februari 2014.

Sebenarnya since discharged  dari HSI tu mummy memang malas dah nak pergi checkup kat klinik lagi. Kira ajelah tendangan baby sendiri. Agak-agak kalau rasa lain macam so pergi hospital kan? Oleh sebab hari ni due date mummy, ajakla si daddy pergi klinik I-Sihat je nearby rumah mama tu. Tak kuasa la nak jejak kat klinik kesihatan yang penuh sesak dengan orang ramai,kena amik nombor giliran segala bagai. Ohhhhh nooooo!

Mummy explain la dari A-Z kenapa mummy datang klinik. Haaa jangan tak tahu kalau mummy pergi jumpa doktor, segala soalan yang terasa nak ditanya mesti mummy tanya. Hehehe biarlah kita rasa berbaloi bayar service doktor. Okay first suruh doktor tu amik darah untuk FBC (nak check HB) sebab mummy punya darah merah cair. Mummy ada thalassemia trait. So selalunya HB memang low. Sesiapa yang pregnant tu mesti tau kan? Dah amik darah, petang sikit tunggu resultnya keluar sebab depa hantar makmal dulu. Memang niat nak pergi serah diri dekat hospital la, suruh jugak doktor tu buat surat rujukan nak bawa ke hospital. Sebab mummy tau kalau datang buta-buta memang kena balik rumah lagi jawabnya!

Perasan tak yang kita kena kira pergerakkan baby dari jam 9 pagi-9malam and make sure cukup 10 tendangan? Haaaa ni lagik satu hal...entah kenapa si Arzu kurang menendang on that day. Maybe sebab Arzu kerap mengeras & menolak ke bawah. So dalam istilah medic ni dipanggil reduced fetal movement.

Lepas je staff klinik tu bagitau yang HB mummy low as 8.9mg aje, doktor terus je suruh pergi hospital. Wahhh semangat berkobar-kobar ni. Kalaulah Arzu lahir 4/2 ni kan best...sebabbbbbbb hari tu is our wedding anniversary. Cehhhh cuma dapat berangan jela.

Decided untuk pergi Hospital Sultanah Aminah JB. Dah daftar di wad saringan..kena buat CTG & VE again. Pergi berdua je dengan daddy. Kalau mama temankan siapalah nak jaga Adriana pulak kan..dah tentu budak-budak bawah 12tahun memang tak boleh masuk dalam wad. And guess what..again and again doktor lelaki lagi. Alahaiiii dah rasa tak heran pulak. Ramai benau heee doktor lelaki yang jadik doktor sakit puan ni? Macam-macam soalan pulak si doktor ni tanya...haishhhhh macam nak naik bengang jek. Tapi takpela kan, sebab dah rasa sakit so jawab jela. Still...................jalan masih tertutup rapat! Ahakssss...:( kecewa lagik sekali. Dalam hati janganlahhhhh dia suruh mummy balik pulak. Kali ni nekad apa pon jadi ni last la jejak kaki kat hospital...and mesti balik bawak baby!!! Perghhhhh determined sungguh...:P Sorang doktor perempuan nama Hafizah..dia scan perut mak buyung mummy. Okay puan, kejap lagi daftar masuk wad dulu, kalau esok tak bukak jalan jugak kita terpaksa masukkan ubat la (induce). Sebelum ni puan pernah caesar kan? Jadi peluang untuk bersalin normal mungkin 50-50 aje. Ohhhhh dengar dengan perasaan lega!!!

Admit wad dalam jam 9 malam, Wad 3E,katil no.3 :) Daddy pon hantarla..bawakkan beg semua pergi wad. Then suruh daddy tapaukan nasi goreng ayam kat Dataran JB tu. Memang sedapppppp sesangat sampai menjilat jari. Dah la nasi tambah,memang sesi menambah lemak yang sedia ada. Hehe. Muka macam jakun bedah tengok punyalah ramai manusia dalam wad tu. Kan HSA hospital lama...jadi kalau wad kelas tiga tu memang meriah nau.

Macam biasalah tido tak lena. Nyamuk memang banyak!! Plus panas mendidih rasa. Jauh pulak dengan kipas. Aduhaiiiiii seksa tau ;( sampai ke pagi tak lena. Dengar pulak orang katil sebelah meraung-raung sakit nak bersalin lagikla mengganggu nak tido. Sabau jela dah nama pon wad orang mengandung/bersalin..hahaha.

5hb Februari 2014.

Seawal jam 6 pagi dah kena kejut dengan doktor pelatih..nama dia Dr.Fatimah. Muda lagi..rasanya baru aje jadi doktor tu. Dah la semalaman tak lena kan, pastu kena kejut tiba-tiba pulak...adoiiii senoneng kepala. Macam-macam la soalan doktor tu tanya. Setiap kali tukar doktor setiap kali lah soalan yang sama diulang-ulang.

Datang pulak medical officer Dr.Amrina tak silap la nama dia...kalau jalan masih tak bukak kita akan induce ye puan. Hahhhh memang lega sangat la dengarnya. Tak kisah la nak induce pon janji cepat-cepat keluarkan si Arzu ni. Bila time review dengan doktor pakar,faslitator dorang ni...ehhh tetiba pulak kata tak bagi induce. Suruh tunggu lagi 6hari jahhhhhhhhhh!!! Mak oiiiii macam kena panah petir je kat telinga ni. Dah tu nak suruh mummy berulang lagik balik umah ke? Ya Allah....pleaselah korang ek, macam mummy takde kerja lain nak ulang alik hospital aje :( Sedihhhhh!

Mula call semua orang..daddy,mama,makngah cda,makcu....:( nak mengadu la betapa stressednya mak buyung ni ha. Kononnya esok lepas buat VE, jalan tak bukak memang kena discharge la. Masa daddy & ayah datang melawat tengahari tu dorang cakap, kalau betul la susah sangat nak bukak jalan baiklah serah diri caesar aje. Kalau induce pon still jalan tak bukak, at last jawapan caesar jugakkan. So rugi masa nak tunggu 6hari kat umah.

Mummy memang cakap terus terang je dengan doktor tu, saya nak request untuk caesar. Dorang tak setuju...nak kena refer pakar dulu la, ape la, risiko yang nak kena tanggung la. Seorang ibu tu takkan cepat patah semangat...walau camne pon ibu akan amik ape aje risiko untuk selamatkan anak dalam kandungan! Percayalah...ibu seorang yang sangat mulia.

Doktor pon bajet nak brainwash mummy la kan...! Sorry! Kalau mummy cakap A, so A la...kalau B, then it will be B. So...sekarang ni siapa yang bersalin. Mummy memang dah tau risiko untuk caesar kali kedua sejak lahirkan Adriana lagik. Jadi dah faham sangat-sangat la.

Malam tu daddy hantar spagheti dari umah makngah cda. Yela hari tu birthday anak buah mummy si Yuyi. Makngah cda pon cakap kenapalah mummy pergi serah diri awal sangat, kalau tak boleh join dorang punya birthday party. Rasanya nak keluarkan si Arzu lebih utama dari segalanya...:) apa jadi tetap nak bersalin jugak. Boleh pulak si daddy ni menyindir cakap..esok mummy dah nak balik kan? Sambil sengih kambing masam dia tu..hahahaha saje nak sakitkan hati kita kan!

6hb Februari 2014.

Jam 5pagi orang sebelah dah kejutkan....baiknya dia tolong pukulkan nyamuk kat tangan mummy! Hahahahaa pleasela kan..HSA memang bukak tingkap selebar alam, manalah nyamuk tak banyak. Bangun tu berpeluh-peluh..so bila nampak doktor Fatimah tu dah meround nak checkup patient, mummy pon bagitau dia nak pergi mandi dulu.

Sementara tunggu doktor checkup tu after mandi, habiskan spagheti malam tadi. Minum milo panas, makan roti. Sarapan awal..sebab perut memang lapar. Masa doktor tu datang kat katil, dia tanya lagi..puan dah fikir masak-masak nak caesar? Dah bincang dengan suami? Ye....memang saya dan suami dah setuju. So dia pon panggil Dr.Amrina tu. Sebenarnya masa 5hb tu, mummy missed 2 kicks from Arzu inside the womb. Jadi Dr.Amrina pon setuju memandangkan mummy dah over 2days plus reduced fetal movements. 

Tetiba sorang doktor pakar, Dr.Jerilee datang kat katil mummy. Seriously memang mummy jadik perhatian la kat situ sebab kelantangan mummy, dan keberanian untuk requested caesar. Mommies yang lain-lain tu hanya menunggu. Mungkin dorang taknak amik risiko. Dr.Jerilee tu marah mummy..kenapa nak tukar keputusan la,risiko untuk mummy la...anak hanya boleh ada 3 orang aje...dan macam-macam lagi. Tapi mummy cool jek. I am a mommy so i'm a fighter. Hanya Allah je yang tahu sebab musabab semua ni...kenapa mummy tak boleh bersalin normal. Dr.Jerilee cakap kena caesar by that day jugak,kira emergency case la. So kena puasa and tunggu sampai operation theater panggil mummy.

Ya Allah....memang sangat happy. Tak rasa berdebar langsung. Kenapa??? Sebab nak keluarkan Arzu...nak lahirkan anak, dah tak sabar nak tengok wajah si kecil mummy. So suruh daddy datang secepatnya. Kononnya nak caesar petang tapi bawak ke malam sebab hari tu terlalu ramai patient yang caesar ( macam-macam kes) Mummy sabar je menanti...dah tak lama :) Wohoooooo hati berbunga-bunga.

Alhamdulillah tepat jam 10.39malam,6hb Februari mummy selamat melahirkan si baby Arzu. Syukur padaMu Ya Allah atas kurniaan yang sangat bermakna. Suprised untuk kami sebab memang tak tau jantina baby :) Alhamdulillah sekali lagi anak lelaki yang dinanti-nanti. Suka aje tengok muka daddy senyum lebar. Kata daddy..dapat geng main bola. Mummy memang menangis bila nurse suakan si Arzu pada mummy. Menangis kegembiraan. Akhirnya penantian selama 40minggu 2hari pon selesai. 












6hb Februari 2014
10.39pm
Muhammad Arzu Al-Haq.

Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah ;)


salam sayang

4 Pretty Darlings:

adzairdawati makdara said...

oh bestnya baca pengalaman melahirkan ni.. teringin pulak rasa nak sorang lagi baby.. opsss dah kertu macam mak mana boleh lagi hehehe...

gerammm tgk babyyyy.. chomellllllllll.. rasa nak kisss dan cubittt pipi dia hehe

Mummy Adriana said...

@adzairdawati makdara

hehehehe :) boleh lg tu mak dara...sorg pon jadikla :) TQ nnt kita kiss kan Arzu

~Beb~ said...

masyaALLAH tahniah babe

Fara Athira said...

Alahai . Banyaknya dugaan . Huhu . Pape pun baby comel sangat . Rasa nak kawen tetiba . Ekeke .

Hye Darlings...

Jom link exchange kt sini,mummy will follow you back..ARIGATO (^_*)

Copyright © 2011 Reserved to Mummy Adriana's
Design by Azhafizah.Com