♥♥Mummy Adriana♥♥: Jadi Mummy Kali Kedua (Part I)

FAMOUS DARLINGS

Wednesday, 26 February 2014

Jadi Mummy Kali Kedua (Part I)

Assalamualaikum...:)

Finally dapat curi masa nak berceloteh kat sini. Sejak ada baby ni kan masa memang terhad! Mana anak nak menyusu,menangis,salin diaper...dengan si kakak Adriana lagi. Perghhhh boleh tahan jugaklah dugaan berpantang kali ni. Kalau dulu lahirkan Adriana,mengadap dia sorang jek. Kali ni memang berbeza la dah ada dua orang anak. Mummy terfikir macam mana dengan orang lain yang ada anak ramai tu kan? Emaknya konpemmm la stressed! Hahahaha....

Ni nak stori mori pengalaman nak lahirkan si baby Arzu. Memang macam-macam hal yang jadi, halangan, dugaan yang maha dasyat. Kalau di fikirkan semula memang serik nak mengandung lagi :-( Bab mengandung memang sangat okay rasanya sebab sihat walafiat aje. Takde sakit apa pun, takde alahan...boleh melantak apa sahaja! Cuma mengandung Arzu ni sakit pinggang dan punggung. Maybe banyak buat kerja rumah plus menjaga Adriana yang boleh tahan lasaknya. Memang betul bak kata orang, mengandung anak sulung kau rilek-rilek je jah...haaaaa nanti masuk anak kedua,ketiga dan seterusnya mula la sakit sana sini. Mana taknya...ada anak yang kita kena uruskan selain bawa anak dalam perut. Suami-suami mithali kenalah amik serius ye bab ni. Masa ni la nak tolong isteri.....jangan tolong tengok je!

Due date mummy sebenarnya jatuh pada 6hb Februari 2014, itu ikut apa yang nurse tu kirala. Tapi kalau mummy kira sendiri 4hb Februari tu dah cukup pon 40 minggu ( based on period date & scan). Planning awal nak balik JB pertengahan bulan Januari. So taklah lama sangat berkampung kat JB, adalah masa nak rehat sementara tunggu hari nak bersalin. Disebabkan adik mummy yang no 3 si Fiza tu bertunang awal bulan Disember...plan berubah terus. So berangkut la balik JB bulan 12 tu. Bukan apa Kedah-JB boleh tahan jauhnya kalau asyik nak ulang alik je kan. Mau terberanak jugak dalam kereta! Hihi.

Lepas kenduri bertunang Fiza selesai je, daddy pon tinggalkan mummy dengan Adriana kat rumah mama. Dah selamat si daddy balik Kedah. Al maklumlah bila makan gaji dengan orang, jangan harap nak cuti lama-lama yek...unless kau cuti tanpa gaji! Haaa yang tu company memang suka la..hehe.

Bulan Disember tu kandungan mummy dah mencecah 32minggu ataupon 8bulan. So ada lebih kurang 2bulan la nak bersalin. Perut memang nampak memboyot sangat dah...tak larat benau rasa. Tapi baby kecik je, sebab lemak-lemak kat perut banyak sangat (perut tebal) tu yang nampak macam besar. Kasi gimik je..hihi.

22 Januari 2014.

Sebulan lebih dah duduk kat JB...tapi takde tanda-tanda nak melahirkan. Setiap hari la pujuk-pujuk si baby Arzu...keluarlah cepat nak, keluar dengan senang ye,jangan susahkan mummy. Almost everyday la mummy akan cakap dengan baby...dengar ke tidak agaknya! =P

Masa hari ni, rasa lain macam sangat..dalam hati terdetik,ehhhhh dah nak bersalin ke aku ni. Masa ni dah 38minggu. Baby mengeras dan menolak kuat ke bawah. Oleh sebab tak pernah ada pengalaman normal delivery, jadi mummy sangat confuse la dengan semua ni. Kan si Adriana dulu keluar air ketuban je (takde rasa sakit) and disebabkan poor progress kena caesar. So mummy rasa pengalaman nak lahirkan si Arzu ni macam anak sulung.

Sms adik mummy yang no 2 tu...tanyalah dia macam mana rasa tanda-tanda nak bersalin tu kan. Dia suggest suruh mummy pergi hospital. In case kalau apa-apa jadi dekat rumah susah pulak. Malam dalam jam 11 lebih mummy pon pergi Hospital Sultan Ismail, JB or lebih famous amous dikenali dengan HSI =P. Mama dengan ayah pon temankan mummy. Yela kau, dengan suami jauh nunnnn duduk Kedah sana, takkan mummy nak meredah hospital sorang malam-malam buta. Sayu je hati nak tinggalkan Adriana sebab tak pernah tido tanpa Adriana. Dalam hati memang berdebar-debar. Harapnya kalau pergi hospital boleh la terus bersalin tanpa apa-apa masalah.

Sempat lagik update status dekat FB...
masa ni dah admit ke ward lebih kurang jam 3pagi, 23 Januari 2014.

23 Januari 2014.

Jam 12am lebih sampai dekat Wad Saringan untuk bersalin. Sorang doctor cina lelaki, yang mummy rasa doktor pelatih lagi, sebab nampak muda sangat and memang obviously kurang pengalaman. Dia tanya kenapa puan datang...atas sebab apa? Ekkkkk....mummy cakap la, rasa contraction, baby mengeras. Then dia suruh mummy pergi ke katil hujung tu untuk buat VE ( Vagina Examination) ataupon lebih senang faham doktor nak seluk....nak tengok jalan dah bukak ke.

Masa doktor tu buat VE mummy pon pasrah jela. Nak buat camne kalau yang ada masa tu doktor lelaki je? Alahaiiii doktor tu pon tak teringin la nak tengok lebih-lebih. Dia cuma jalankan tugas dia je. Sakit benau...rasa nak nangis la sebab memang jalan tak bukak langsung. Bila dia pasangkan CTG untuk dengar jantung baby & trace contraction memang jelas sangat la contraction yang sangat ketara. Masalahnya cuma satu......jalan tak bukak!!

Bila doktor tu tanya rumah dekat or tak..mummy dah feeling-feeling macam dia suruh balik je. Perghhhh sentap jugak la. Luckily ada doktor pakar yang suruh admit ward. Takutlah apa-apa jadi pulak dalam perjalanan nanti. Rumah memanglah tak jauh mana...tapi boleh tahan jugak nak sampai hospital pon. So sementara tunggu mama yang tolong register nak masuk wad, mummy sempatlah berborak dengan akak Masrina. Dia pon sakit nak bersalin...dah bukak jalan 4cm pon. Tak sangka duduk satu wad yang sama, katil pon berdepan aje.

Mama sempat belikan roti dengan muffin kat Seven E, plus minyak cap kapak! Kata mama takut pening-pening ke boleh lah sapu. Lepas admitted, tukar baju pink yang besar gedabak tu, mama & ayah pon balik. Oleh sebab contraction masih terasa so malam tu memang tak boleh tido sampai ke pagi. Call daddy suruh datang secepat mungkin. Daddy pon memang dah ready, nak tunggu pagi baru nak gerak. Takut ikutkan hati sangat nak cepat bak superman kang takut ada hal yang tak best jadi pulak. So daddy gerak dalam jam 10 pagi (23 Januari) dari Kedah.

Pepagi biasanya doktor pakar dengan anak-anak buah dia (doktor pelatih),housemen & medical officer akan buat lawatan cik kiah beramai-ramai. Bila doktor tu tengok hasil dari CTG dia kata kalau puan nak induce awal sangat, so kalau lepas buat VE, in case jalan tak bukak, puan boleh balik ye. Hurmmmmmm sentap lagik sekali :( sedihnya rasa. Bila la baby nak keluar ni.....

Memang betul jalan tertutup rapat...so lepas lunch around jam 1230pm, bolehlah kemas-kemas barang dan discharge. Masa tu tak bagitau apa-apa pon dengan daddy. Biar daddy sampai JB dengan selamat dulu. Mesti terkejut nauuu kan, sakit-sakit tetiba kena discharge. Masa tu dah rasa serik nak pergi HSI lagi. Kalau betul rasa nak bersalin lepas ni, nak cuba pergi Hospital Sultanah Aminah (HSA) pulak.

Stressed memikir bila la baby nak keluar ni....:( setiap hari mesti pujuk baby. Macam-macam dah mummy buat supaya jalan cepat bukak. Alang-alang daddy ada dekat JB,setiap petang ajak daddy jalan-jalan di Tasik Layang-Layang. Round la tepi tasik yang luas tu sampai mengah-mengah rasa. Berjalan aje kerjanya. Minum air akar fatimah dah bergelen-gelen..pon tak bukak jalan. Naik turun tangga la...makan telur ayam kampung dengan minyak la. Apa aje yang mummy tak buat...siap google bagai tengok petua untuk mempercepat bukaan pintu rahim.....tapi semua pon hampeh. Siap pergi holiday dengan family masa chinese new year hari tu. Penat tak terkira la...still jalan tak bukak. Sedih..kecewa dan sangat tension dengan memikir yang si daddy pon dah unpaid leaves almost 2weeks menunggu anak dia yang susah sangat nak keluar ni....

to be continued...


Salam sayang.





4 Pretty Darlings:

imie fatiema said...

mmg sabar je ibu mengandung nikan, kalau dah dekat duedate tu mmg tak sabar nak bersalin dah.kalau akak, anak 1st yg contraction sampai 3 hari..lelah tu.. finally kena forcep azab huhu..yg 2nd sgt mudah..keluar senang je. lain anak lain rasanya..

Mummy Adriana said...

@imie fatiema

memang banyak dugaan kak...lain anak memang lain rasanya...nnt part II kita sambung story..lagi dasyat :(

Fara Athira said...

boleh rasa apa yang Mummy rasa nih . Huhu . law fara tempat Mummy pun fara rasa stress .

Mummy Adriana said...

@Fara Athira

hahahaha mane taknya..anak ni liat sangat nk keluar,suka duk dalam perut kasi makan bnyk2 kn..:)

Hye Darlings...

Jom link exchange kt sini,mummy will follow you back..ARIGATO (^_*)

Copyright © 2011 Reserved to Mummy Adriana's
Design by Azhafizah.Com