♥♥Mummy Adriana♥♥

FAMOUS DARLINGS

Friday, 5 October 2012

~Sekolah Pengendalian Makanan~

Assalamualaikum Darlings :)

Oleh kerana minat yang sangat dalam macam laut kat dunia masakan,katering...mummy pon pergi attend satu kursus yang berkaitan dengannya. Pergi sorang-sorang je(bajet bujang la kan :P ) Adriana tinggal dengan daddy kejap.Kursus yang mummy pergi tu namanya Kursus Pengendalian Makanan. Sesiapa yang menceburkan diri dalam dunia masakan, tak kiralah owner restoran ke,katerer ke,even penjaja makanan kat luar sana memang wajib menghadiri kursus ni.

Sajela mummy nak sharing loving kan, selalunya kursus ni under Majlis Perbandaran,PBT,Majlis Daerah atau mana-mana yang berkaitanla dengan tempat korang tu. Kalau berminat nak tanya pasal kursus ni, terus aje pergi kat bahagian perlesenan. Nanti taula dorang uruskan. Macam kat tempat mummy di Kulim ni, depa subcon kan pada company swasta. So kiranya kita hanya ambik borang je la kat majlis tu. Yang lain kita kena tanya sendiri la kat company yang incharge.

First impression mummy pasal kendalian makanan ni...mungkin dia ajar kita camne nak serve makanan dengan betul (ala-ala chef kat hotel), ataupon dorang ajar kita camne nak mengendalikan bisnes dalam bidang makanan. Bila masuk kelas tu, memang tak expect pon dorang akan ajar lebih dari tu. Bayangkan suhu chiller/freezer pon diajar jugak. :) Haaa mesti korang pon sama macam mummy jugakkkk...semua zero. Tak tau menahu langsung la bab-bab suhu ni. Tahu suhu badan sendiri aje. Kehkeh.

 Konon nak memecut ala F1 la! Hahaha hampeh betul kereta kancil depan tu.....memang sang kancil la! Lembabnya......! Pakcik,makcik,abang,kakak,adik....siapalah yang drive kereta depan tu moh ketepi sikit. Saya rushing kejar masa ni. Kursus kat Kulim Inn. Takla jauh mana dengan rumah mummy. Nak la on time kan, sebab mummy memang tak suka lambat! Pantang tau kalau lambat...=D


 Ambik gambar sendiri jela sebab sensorang pon kan. Bajet wanita korporat keparat la dengan kemeja bagai.Hihi. Pakai two way cake Simply Siti, memang la memula nampak flawless tau. Tapi bila dah berganjak 2-3jam, muka serious sangat berminyak! Pesal apa ek? Konpius jugak. Sebelum ni, mummy pakai compact maybelline/ellianto/ZA memang tak minyak sangat la. Bila pakai Simply Siti makin teruk. Boleh ambik minyak kat muka then pergi goreng ayam :/ 


 Kursus dah nak mula.....sila beri perhatian ye tuan puan! =) Slot for that day, dikendalikan oleh Puan Roselawati, salah seorang Food Technologies yang mummy kira agak berjaya la. Sebabnya puan ni dah diiktiraf ke peringkat Asean. Maknanya dia adakan sekolah pengendalian makanan ni bukan setakat kat Malaysia je. Negara-negara lain pon ada jugak. Sehari before kursus, puan baru aje balik dari Singapore buat kursus kat sana! Woohhaaaa respect banget deh! :) 



 Suhu makanan yang betul. Mesti korang semua tak berapa nak ambik kisah kan sebelum ni? Tapi trust me after korang join that kursus, memang serta merta je tau. Kat Zone Danger yang kaler merah tu memang bahaya sebab bakteria,kuman dan yang sekutu dengannya membiak dengan sangat aktif! Dalam beberapa minit je dah boleh membiak berjuta-juta lemon. Iskkk memang menakutkan. So, lepas ni korang kenalah tahu suhu yang betul nak pastikan makanan selamat dimakan :) Oh yek, makanan tak boleh disediakan lebih daripada 4 jam tau! :P


Macam-macam la ilmu yang mummy timba menimba dekat situ. Seriously perkara kecik-kecik yang kita tak jangka pon sebenarnya sangat penting! Contohnya penggunaan papan pemotong dari jenis kayu yang memang bahaya kalau diguna pakai. Bukan apa, kayu ni bila kena air ataupon dalam keadaan lembab, dia menggalakkan pembiakan bakteria. Then jadik la kulat yang hijau lumut tu! Lama-lama makan boleh jadik racun dalam badan.....and guess what, secara senyap boleh membuat kita keracunan, dan kemungkinan bawa maut! See? Mummy pon pertikaikan la kat trainer tu pasal papan pemotong ni...selalunya bila kita pergi pasar, kita nampak kan penjual ayam dan ikan menggunakan papan pemotong jenis kayu ni? Tapi kita tak pernah nak ambik tahu. Lagik satu, kalau kita nak beli nasi ayam...sila perhatikan papan pemotong kat situ. :) 

Banyak lagik kalau mummy nak sharing loving kat sini. Mummy rasa after kursus ni, macam geli nak makan dekat gerai-gerai tepi jalan tu. STOP! Hahaha...bukan memilih atau demanding tapi ambik kira aspek kebersihan makanan kita tu. We pay for it and we deserve a quality,clean food. :) As long kedai tu bersih, mummy tak kisah pon. Orang Malaysia ni selalu nak makanan yang sedap je...tapi sambil lewa daripada aspek kebersihan makanan. Betul tak? Hihi...dulu mummy pon camtu. Mungkin kita tak dididik atau diberitahu perkara-perkara camtu. Jadi, mummy memang suggestkan korang-korang semua pergi kursus pengendalian makanan ni. :)



Cara pakaian dan pemilihan warna yang betul. Putih melambangkan suci dan bersih kan? :) Ramai la pakcik-pakcik kat situ yang merungut, putih kotorla,susah nak cuci la....! Trainer tu selamba badak je cakap..pakcik celup dalam klorox then angkat terus jadik putih balik kan? Hehehe. Kenapa warna putih? Sebab nak elakkan kaler kat pakaian kita daripada merosakkan makanan :) 

Yeayyyy dah berjaya pon graduate dari sekolah pengendalian makanan. Hehe. Makesure korang ikuti kursus dengan Food Technologies yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, otherwise sijil korang memang tak diiktiraf nanti :)

Tak sompek pon nak bergambar penuh mesra dengan puan trainer tu. Satu je mummy tak puas hati dengan kursus ni..pakcik-pakcik yang memang banyak mulut. Mengganggu kelas la....:( bengang nau! Kalau nak protes ke apa ke tunggu la habis kelas kan. Tak yah nak ganggu masa orang lain!

For those yang berminat nak join ( untuk orang Kulim,SgPetani,Padang Serai,Butterworth dan yang dekat dengannya) bolehla contact dengan puan trainer tu yek.

Puan Roselawati Binti Ismail
013-5229981/019-4477925


Tata Darlings :)



Friday, 28 September 2012

~Family Bonding~

Assalamualaikum Darlings :)



Gambau ni tak la lama sangat...sebelum raya kot! Hahaha..masa tu kan internet dengan laptop kena sakit sawan menggila, tu yang baru sekarang boleh sharing loving! :P Gambar dari tepi buat mummy nampak gemokss kan? Ahhhhh pedulikkan.....=D


 Kat belakang sinun dibalik laut tu ialah Penang Port. Laut yang kami pergi ni entahla apa namanya. Tak ingat pulak. Tapi memang closer to Penang Port la. Kat tepi jalan je, ada la saki baki pantai yang tak ditambak. Ciput je pon, tak puas la nak jenjalan. Kalau nak mandi tu, mintak maaf sesangat la kak jah oiii...memang kotor. :(

 Adriana memang takut air laut. Ha yang tu dia tak turun genes mummy la. :) Seronokla had a family time camni. Mummy kalau tengok laut hati tenangggggg sangat. Lupa semua masalah yang ada. Tak kisah la laut kat mana pon. Bukti kebesaran Allah Swt :) Buat mummy terasa kerdil sebagai hambanya.

 Ramai jugak yang melepak-lepak kat sini. Petang dari pukul 5 keatas haaa berduyun-duyun manusia. Ada yang bercintan-cintun, yang ajak anak main lelayang la....berbagai-bagai! Ehhhhh Adriana kenapa tu....?


 Yeayyyyyy suka kena timang dengan si daddy. :) Saja la pakaikan Adriana baju tido. Hahaha nanti malam takyah sibuk nak tukar-tukar lagik :P


 Anak daddy...............


 Ni la pantai yang ciput....:) hihi! Boleh la kak jah dari takde langsung kan! Depa merenung masa depan...mummy tukang ambik gambau...~



Finally ada jugak gambar kita sefamily kan...cunnnn nak! :P

Tata Darlings :)

Tuesday, 25 September 2012

~Mak Dara Sila Sampaikan Ucapan Saya~

Assalamualaikum Darlings...:)

Rasanya mummy jarang sangat nak join giveaway ataupon contest-contest yang dianjurkan oleh blogger lain. :) Oleh kerana mummy rasa terharu sangat dengan seorang blogger famous amous yang sudi jenguk blog picisan mummy ni dan sudi komen entri mummy..so mummy nak merapatkan la silaturrahim dengan join contest beliau ;)

www.bicaramakdara.com

Amacam ada kenal tak blogger famous amous ni? Hehehe! Kalau tak kenal boleh la find out lebih lanjut lagik pasal beliau yang sememangnya terkenal.....~Huhu. Klik header tu untuk terus terbang ke Blog Mak Dara.

Balik pada tajuk entri tu "MAK DARA SILA SAMPAIKAN UCAPAN SAYA" , sebenarnya, ucapan ringkas yang kita ingin tujukan kepada sesiapa sahaja. Tak kiralah ucapan birthday,anniversary,pindah rumah ke,baru dapat baby ke..hihi..semuanya boleh! Asalkan nama dia ucapan. So, pada sesiapa yang terpilih, ucapan ringkas anda tu akan ditulis ke whiteboard Mak Dara dan ditempekkan ke blog beliau. :)

Syarat-syarat tuan tanah :-



1) Buat satu entry "MAK DARA SILA SAMPAIKAN UCAPAN SAYA" dan linkkan ke entry ini
2) Letakkan header blog Mak Dara
3) tulis 6 ayat ucapan anda itu
4) Dah selesai tinggalkan link di blog Mak Dara.

Simple bukan? Semudah petik jari tangan kanan aje :) Jom ramai-ramai sertai! Tak rugi kan....takde bayaran pendahuluan pon dikenakan macam kita nak masuk pertandingan karaoke tu. Free je kak jah =D

Mak Dara ini ucapan puitis jiwang karat mummy buat daddy suami tercinta!

1. Muka buku saksi cinta.
2. Aku terima seadanya.
3. 2 tahun bersama.
4. Masih lagi cinta dihati
5. Adriana si jantung hati
6. Kekalkan kita sampai mati :)

Tarikh Tutup : Jam 6petang ini (25 September 2012)
Mak Dara cakap dia akan panjangkan lagik la kalau rajin tau :D

Tata Darlings :)



Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Hye Darlings...

Jom link exchange kt sini,mummy will follow you back..ARIGATO (^_*)

Copyright © 2011 Reserved to Mummy Adriana's
Design by Azhafizah.Com