♥♥Mummy Adriana♥♥

FAMOUS DARLINGS

Wednesday, 19 December 2012

~Lappy Dah Sihat~

Assalamualaikum Darlings :)

Ya Allah rindunya dengan blog pink mummy ni!!! Serious rasa nak update membuak-buak didada sampai nak muntah..haha! Tapi apakan daya lappyku yang season ni disambar petir pulak! :( Terus la hantar pergi hospital cyber. :P

Alhamdulillah setelah hampir 2minggu tunggu, lappy pon siap! Dah boleh update blog la.............! Yeayyyy happy tau :) Oh yek, before terlupa nak ucapkan berjuta terima kasih pada korang yang masih singgah di blog ni, sudi follow..:) Nanti mummy terjah satu-satu tau..! Terharu *blushing kejap*

Banyak jugak hal yang terjadi pada mummy ni. Nantilah kita stori mori dekat entri lain. Semua hal-hal yang menyedihkan aje :( Tapi semua tu ujian dan dugaan Allah untuk mummy dan family. Allah takkan menguji diluar kemampuan kita! InsyaAllah ada hikmahnya dalam kesakitan ini. Mummy hanya mampu redha dan berdoa yang terbaik.

Jumpa dilain entri..kejap je lagik.............stay tuned! Xoxo

*teaser* :P

Wednesday, 28 November 2012

~Sponsoring Blog GiveAway~

Assalamualaikum Darlings :)

Its have been a few days since last entry. Memang busy the body! Yes! Ahad lepas balik ke Kedah...alhamdulillah selamat sampai jam 12 tengah malam tanpa apa-apa dugaan di jalan raya. Cuma banyak berhenti la  sebab I had a baby girl :) nak tukar diaper la, beli air la...apa la makan la!

Sebenarnya sebelum ni mummy tak pernah lagi sponsor mana-mana blog giveaway. Saje nak luaskan jajahan takluk! Hahaha. Suka-suka kan...boleh kenal ramai lagik blogger. Besides boleh kembangkan bisnes Ramadhani Hijabs :)

Detailsnya seperti berikut :-

Di anjurkan oleh adik SA MICHAISI


 Banner dari blog beliau :P

Hadiah untuk para pemenang bertuah dari mummy :-


 1 Retro Slings Bag


3 helai Tudung Bawal :)

Gojes bukan? 
Ops....! Sebelum tu nak ucapkan Tahniah in advanced buat sesiapa yang bakal dapat hadiah dari Ramadhani Hijabs

InsyaAllah ada rezeki nanti buleh sponsor lagi! Hihi :)


Tata Darlings :) 


Thursday, 22 November 2012

~BANTU PALESTIN~

Assalamualaikum Darlings :)




Dengan lafaz Bismillahhirrahmannirrahim kami melancarkan satu aktiviti amal yang dinamakan BANTU PALESTIN kami iaitu ahli GBS dan GROUP BLOGGER APAKAH? mengambil inisiatif mengadakan satu kutipan sumbangan untuk membantu saudara Islam diPalestin. Sumbangan ini terbuka kepada semua pihak sama ada blogger mahupun bukan blogger. Sama-sama kita berganding bahu meringankan beban saudara kita disana.

Info tambahan :

Sumbangan BERMULA dari : 21 November 2012 hingga 12 Dis 2012

Kepada yang sudah memberi sumbangan anda hanya perlu inform Yuyu Ali (Nur Maizatul Idayu Mazlan) dan Nabiel Faan (Nabil Farkhan Radzuan) untuk GBS dan MK Syahir 0132757252 untuk Group Apakah samada secara PM di facebook mahupun mesej/hubungi no. telefon yang tertera di poster untuk memudahkan urusan sumbangan. 

Anda juga boleh menyebarkan poster ini diblog, difacebook atau dimana sahaja.. semoga dengan usaha kecil kita ini dapat membantu Saudara Islam kita disana.. 

Derma ikhlas anda akan memberikan senyuman buat mereka disana :) 

Segala budi dan jasa anda semua hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.. 

* Sumber /kredit to : AIDA OMAR


P/S : Sayangku....tak perlu wang jutaan ringgit untuk kamu menghulurkan bantuan! Kalau dengan hanya RM1.00 tetapi kamu sangat ikhlas, maka pahala dan ganjaran adalah lebih besar. Jangan malu jika sumbangan kita tidak seberapa...yang penting kita ikhlaskan ke jalan Allah dan niatkan untuk membantu saudara mara kita di Palestin. Mummy rasa berbangga kerana blogger-blogger ni ada usaha untuk menolong saudara kita di Palestin. Semoga Allah membalas kebaikan mereka dengan sebesar-besarnya! Ayuhhhh sayang, kita sumbangkan dana bagi mereka disana :)

How to reach them : Facebook => Geng Blogger Sengal  
                                     Hotline => 014-5090549 ( Yuyu)
                                                   => 013-2638515 (Nabiel)

Terima kasih sayangku....:)




Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Hye Darlings...

Jom link exchange kt sini,mummy will follow you back..ARIGATO (^_*)

Copyright © 2011 Reserved to Mummy Adriana's
Design by Azhafizah.Com