♥♥Mummy Adriana♥♥: ~Alkisahnya Raya~

FAMOUS DARLINGS

Wednesday, 19 September 2012

~Alkisahnya Raya~

Assalamualaikum Darlings :)

4 hari, 3 malam berkampung dirumah mertuaku memang tak boleh nak update entri! Internet siput sedut....boleh update twitter & facebook saje via my bb. Bercuti lama ni memang liat nak bangun pagi kan? Ada yang terlajak ke? Haha amboiiiiii....mengalahkan cuti raya yek! Rutin harian pagi ni macam biasala,kejutkan si daddy..sediakan baju,satu mug milo suam(daddy tak minum air panas) stokin & sapu tangan letak tempat biasa. Nak kejutkan pon satu hal jugak...punyalah susah nau nak bangun! Tak tau kenapa lelaki selalu macam tu. Kalau mummy kejut sekali je dah terjaga :P

Tak terasa pon Syawal sudah pulang. Masa nak menantikan kedatangan Syawal terasa lama kan? Pejam celik pejam celik dah habis. Hari ni baru mummy boleh stori mori kisah rayaku. Cerita yang dah basi kan? Haishhhh tak kira la basi ke kulat ke...nak sharing loving jugak :)

Bulan Ramadhan yang lepas mummy busy the body berniaga. Mulanya ingat nak ambik tapak dekat bazar ramadhan...tapi terbengkalai gitu aje tau! Hurmm maybe sebab sambutan kuranggg sangat la tahun ni. Tak tau kenapa kurang meriah je kat Kedah ni. So mummy cancel! Jual tudung,shawls macam biasa la...cuma add on handbags,sling bags,purse....nak raya kan, semua pon nak bertukar baru. Alhamdulillah, sangat-sangat memberansangkan. Thanks berjuta-juta lemon pada loyal customer yang memang tak henti-henti support Ramadhani Hijabs :) Kan mummy dah bagi special price....hehe! Terima kasih daun ubi, esok datangla lagi. :D

Mummy plan cantik sangat la tahun ni nak berbaju raya nan biru. Bila pergi shopping raya...daddy dah berkenan pulak kat baju melayu nan pink. Dulu dengar..." tak macho la lelaki pakai baju melayu pink". Ehhhhh dah tukar prinsip ke daddy? Kehkeh...tula jangan kutuk-kutuk warna feberet mummy. Kan dah kena badi pink :P Mummy pon dengan senang hati je la ikut telunjuk bos besar. Kalau tak tanya kang..cakap mummy nak decides semua la apa la...so biarkan daddy je pilih. Tahun ni memang tak sempat la nak tempah baju...sobsss! Beli ready made je untuk kami bertiga. Adriana pon kena pakai pink tau! Wajib tu..hihi.

 Hari raya pertama...tahun kedua bersama anak yang kiut miut :P kuyu aja mata si Adriana...ni mesti kes ngantuk! Mana taknya malam raya tawaf satu rumah tokwan. Baru dapat kaki...eksaited kemain! Sama ke muka daddy dengan Adriana? Haha rasanya tang hidung yang sama..........:P

 Kemain susah nak pandang kamera! Mehhh tengok sini.....


 First time Adriana pakai baju kurung. Terasa comel,sopan santun anak dara mummy :) Dah pakai baju kurung pon lasak tetap sama! Nasib baik kain tak koyak...haha


 Ini family saya! Naik la berat badan during puasa...banyak orang yang kurus yek? Agaknya kuat mencekik masa bulan puasa kot...Takpelah montel-montel pon still famous amous...hahaha kau hado? :P


 On the way pergi rumah sanak saudara daddy (belah arwah mak mertua). First raya memang habiskan round rumah dorang. Takut tak sempat nak singgah! Adriana sangat mengantuk masa ni...buat perangai tak sudah-sudah. Mummy pon tak sempat nak bermakeup sakan..beg blusher & eyeshadow tertinggal kat rumah. :( Takde kerja nak mengulang pergi ambik pulak. Sudahnya tempek apa yang ada je...


 Raya Kedua...yeayyyyyy on the way balik ke Johor! Seronok sangat....:) Jalan jem yang amat-amat from Seremban sampailah Yong Peng. Nasib baik kereta auto. Kalau manual..dengan kaki daddy sekali jem. Hihi

 Gelagat si Adriana dalam kereta. Bukan boleh duduk diam...ada je agenda dia. Dah penat, nangis nak tido :)


 Berhenti di RNR Seremban. Suka anak dara ni dapat minum air sendiri. Alololololo comel la....:)


 Masa ni dah sampai JB. Hari kedua, raya keempat. Nak pergi jelajah saudara mara ayah dekat Mersing sampai Rompin Pahang. Penat sehhh....seharian on the road. Terasa macam ulang alik ke KL pulak. Yela..dari Pasir Gudang ke Rompin Pahang tu at least ambik masa 4jam perjalanan. Kannnn sama dengan JB-KL. Saja la nak ambik hati ayah...sekali sekala bawak dorang berjalan. Tahun ni memang ayah rilek tak payah drive. Naik satu kereta je dengan kitaorang :)


 My second sister with her hubby Amir. Dorang pon naik satu kereta dengan anak beranak dorang. Laju kemain si Amir bawak kereta. Tau-tau je dah ada dekat depan...:) Nanti tunggu daddy beli Subaru boleh la kita race yek. Kehkeh..


 Ni dekat rumah makcik ayah a.k.a Mak Itam dekat Felda Selendang (Pahang). Sebelum sampai sini Adriana pakai baju kurung. Al kisahnya muntah dekat jalan Mersing :( Kesiannn sangat! Jalan memang bengkang bengkok ler...siapa tak tahan konfem muntah! Salin la baju yang ada ye anak...


 Susah sangat nak tangkap gambar mama ni. Dia suka candid aje :) Hehe...Kat belakang tu my baby brother Paksu Uddyn...Mak Ngah pon ada sekali. Makan kueh mueh dekat rumah orang memang tak malu-malu. Haha


 Phewiittttttt...............siapalah yang cantik sangat tu! Haha...muka isteri mithali je kan. Raya kelima dirumah mak si Amir. I'm wearing jojet shawl 2tones from Ramadhani Hijabs :) Hari tu lepas mengunjung ke rumah mak mertua adik mummy...kitaorang beraya pulak ke Batu Pahat kampung mama :) Nak la ambik hati mama jugak kan.


 Fiza & Mama sedondon kaler turquoise. Jelesnya....dah la gojes pulak tu baju dorang! Hahaha..... mama memangku si Irish tembam. Ehhhhhh Adriana buat apa tu sayang...(working on something la tu)


 With Yuyi my only niece. Sama tak muka makyong dengan yuyi. Ramai yang cakap yuyi anak mummy. Hahaha memang la anak...anak saudara :) Nama sebenar Sayangku Ellyxandria..tapi disebabkan panjang sangat mama panggil Yuyi aje. Ha lekat sampai sekarang :) Rinduuuuu pulak dekat yuyi :(


 Adriana bukan suka orang nak pegang-pegang dia. Hahaha.....ambik la gambar dengan nenek. 


 Banyak betul kueh raya dekat rumah mak si Amir ni a.k.a Mi tok. Sempat hidang lontong lagi kat we all....sangat sedap sampai menjilat jari! :)


 Mama & me :) Sayanggggg mama! Original beauty 


 Mak yong kalau bab posing mosing memang suka! Tak banyak gambar raya dalam koleksi mummy! Setengah kat dalam handphone Fiza yang tak sompek nak di bluetooth ke bb mummy. Tahun ni pulak mummy kurang bergambar. Tak kisah ke handphone. Masa yang ada cukup-cukup untuk family aje :)
Tahun depan pulak la kita bergambau sakan yek.

 Masa ni dah nak bertolak balik kedah :( Sedihhhh sangat! Raya keenam kalau tak silap. Berhenti makan di RNR Pagoh. Bergambau depan Baskin Robbins. Niat dihati memang la nak mencekik ice cream. Dek kerana ramai benau kat situ, malas nak bersesak-sesak la. Rimas I...hahaha. Nampak flawless tak muka mummy? Ececehcehceh...haha pakai two way cake from SimplySiti. Fiza yang bagi...Mekasih banyak dik...nanti bagi kat aku lagik! :)

 Buat muka mengada.....dah mengantuk kan...


 Ehhhh gambau ni terlepas ke bawah pulak! Takpela....tempekkan aje! Memasing sibuk bergambau dengan family sendiri. Kita didepan pokok mangga. Boleh la tu labu....haha

 Yang ini pon kebawah jugak! Me and my baby brother. :) Miss u adik!


Masih control cun....sebenarnya dah tak larat nak dukung si Adriana. Cover jugak...hahaha.

* Gambar ayah takde....nanti copy paste dari FB adik. :)

Puas jugak la berjalan this raya. Memang tak lekat dirumah...balik-balik untuk tido aje. Gambar yang ada dekat mummy pon tak banyak. Tak sempat nak bluetooth gambar dari handphone adik-adik. Jumpa raya tahun depan tau! :) 

Tata darlings.


6 Pretty Darlings:

Admin said...

raya dan raya lagi..tunggu raya haji lak ni hehe

mrs eyza said...

punya ler lama basi cerita baru mummy nak hapdet ekkk hehe...

~Beb~ said...

ya ampunnnn... ank mu dh besarrrr!!!!! come sgt

Unknown said...

@Phat

A'aa bulan depan dah raya haji pon :)

Unknown said...

@misz_eyza

hahhhh pedulikkk ape! hahaha

Unknown said...

@~Beb~

:) dah jadik anak dara~kehkeh

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Hye Darlings...

Jom link exchange kt sini,mummy will follow you back..ARIGATO (^_*)

Copyright © 2011 Reserved to Mummy Adriana's
Design by Azhafizah.Com