Assalamualaikum Darlings....:)
Angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan pagi ni terasa sejuk. Memang tak boleh nak bukak mata. Ditambah dengan kesejukan dek hujan malam tadi.....arghhhhhhhh malasnya nak bangkit dari tido :/ Perkara wajib lepas celik mata aje,tangan mesti meraba-raba carik handphone. Tengok-tengok tarikh hari ni....jiwa dan hati kecil terus sentap.....:(
Firstly, mummy nak ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-16 buat arwah adik mummy yang tersayang, Muhammad Yusri Bin Roslan..Sedar tak sedar dah 12 tahun 1 bulan adik pergi meninggalkan kami sekeluarga. 22 September 1996 memang takkan lekang dari ingatan mummy. Kalau lah adik masih ada sekarang ni, kakak boleh bayangkan adik dah jadi anak bujang. Yela dalam umur 16tahun, di tingkatan 4..semestinya sudah besar panjang.
Kakak mintak maaf sebab kakak dah lama tak pergi jenguk rumah adik(kubur). Bukan kakak taknak pergi....kakak tak sanggup nak pergi. Bagi kakak adik masih hidup....hidup dalam kenangan, hidup dalam hati kita keluarga kita semua termasuklah ayah,mama,angah,kakcik,abang...dan uddyn.
Kakak hanya mampu berdoa, agar roh adik ditempatkan dikalangan orang yang beriman. InsyaAllah satu hari nanti kita jumpa disana juga. Demi Allah sesaat pon kakak tak pernah lupakan adik. Kenangan bersama adik walau hanya 4tahun sahaja..cukup kuat untuk kakak bawak bersama dalam kehidupan kakak. Terima kasih adik, sebab adik pernah mewarnai, menceriakan keluarga kita. Masih terngiang-ngiang lagi gelak tawa...tangisan adik. Kakak tak lupa jugak..air teh yang kakak bancuh untuk adik beberapa jam sebelum adik pergi buat selamanya....:(
Selamat Hari Lahir adik.....ikhlas-kakak.
Alfatihah ( Muhammad Yusri Bin Roslan *1996-2000*)
14 Pretty Darlings:
Alfatihah buat aruah
al fatihah untuk arwah adik.. jgn lupa berdoa byk2 utk dia mummy. semoga dia tenang di sana.
Al-Fatihah utk arwah adik Mummy.
al-fatihah utk adik mummy. smoga rohnya tenang disana. Dia memang ahli syurga sebab time tu dia kanak2 lagi kan? but mummy, sebab ape die meninggal?
@fadz
AMIN...thanks :)
@misz_eyza
thanks eyza! :) InsyaALlah
@Ruzanna
Amin. Thanks lovely
@faie mohamad
Thanks syg! Umur dia baru 4tahun masa tu...dia kena lukemia effect dari kemalangan...:(
al-fatihan juga utk arwah,sayunya terbaca entry ni..teringat kawan baik yg pergi juga masa darjah 3 dulu..sabar ye.
al fatihah...
@imie fatiema™
Memang sedih....:( my bestie pon ada yg meninggal masa darjah 3 :( semoga mereka ditempatkan dikalangan orang beriman! AmIN
@ADZA IRDAWATI aka MAK DARA
AMIN....thanks!
Al-Fatihah.. Semoga di tempatkan dikalangan beriman..
@J
AMIN! thanks ;)
Post a Comment