Lama tak jenguk blog...apatah lagi nak update kan, rinduuuuuuu sangat :( dalam hati ni membuak-buak je rasa rindu. Dah 16 hari pon di tahun baru 2013, mummy rasa tak la terlambat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru pada semua readers, viewers, kawan-kawan alam maya yang memang sporting sangat :) Mummy akan terjah blog korang..satu persatu ye. Thanks sebab masih support mummy...! Muah
Al kisahnya tahun baru di hospital. Seperti yang mummy war-war kan di FB and Twitter yang my little Adriana kena tahan wad! Sebenarnya bermula dengan selsema aje..then muntah-muntah, cirit, demam & tonsil bengkak. Kesiannnnn sangat. Yela Adriana masih kecil. Kalau sakit pon tak tahu macam mana nak luahkan. Pandai menangis jela...then merengek :(
Petang tahun baru tu 31/12/2012..mummy dah bawak Adriana pergi klinik. On the way balik tu Adriana muntah dalam kereta. Habis dengan mummy kena sekali..Sampai rumah je, muntah-muntah lagik. Mummy memang dah tak sedap hati la masa tu. Yela, kalau dekat rumah pon bukan kita tahu nak buat apa kan...lain la kalau kita ni doktor! So decided bawak Adriana pergi Hospital Kulim.
Malam tahun baru tu punyalah ramai orang yang sakit (Emergency). Mummy pon dah fikir-fikir mesti lambat giliran kitaorang...kot-kot sampai pukul 12 or 1 pagi ! Nasib baik lah dalam pukul 10.30 malam je nama Adriana dah dipanggil! Hahhhhh legaaaa sangat! Okay masuklah jumpa doktor. Lepas checkup dia cuma bagi Adriana ubat demam + air garam (sebab ada cirit). Hurmmm mummy memang la nak mintak masuk wad malam tu jugak sebab Adriana dah tak nak minum + makan langsung. Boleh pulak doktor cina tu cakap, "anak you tak kurang air...sebab tengok kulit dia cantik aje. so tak payah masuk wad dulu" hurmmmm.
Malam tu dekat rumah muntah-muntah lagi. Susu langsung la tak nak minum..mana dengan hidung tersumbat (selsema teruk). Nak bagi makan ubat pon asyik muntah aje. Mummy memang tak boleh tido la sampai pagi. Risau sangat Adriana asyik mengigau...susah nak tarik nafas :( Pagi tu mummy terus tak fikir panjang lagi. Mama pepagi dah sms tanya pasal Adriana. Mama pon advised bawak Adriana pergi hospital. Nasib baik la di tahun baru tu 01/01/13 tak ramai orang dekat Emergency. Mummy berdua aje dengan orang India tu. Anak dia demam jugak rasanya (tampal cool fever).
Memula masuk hospital memang la excited kan...! Tak pernah masuk lagi..dulu masa bersalin je masuk hospital pon :P
Before ambik darah & kena cucuk...
Kesian mummy tengok Adriana kena cucuk :( kalaulah boleh mummy nak ganti tempat adik....
Hari kedua...Adriana still in a bad mood :(
Masa ni dah rasa sihat sikit...boleh la senyum...! Sayanggg anak mummy!
Wad 2, katil 14A :)
Hari ketiga...boring duduk, Adriana nak jenjalan. Tapi tak boleh jauh2..sebab doctor takut kena jangkitan kuman! Biasala baby, antibodi tak kuat lagi.
Kena cucuk tangan kanan pulak! Biasalah kalau dah tercabut, kenalah cucuk tempat lain...meraunggggggggg lagik anak mummy :( :( Kesiannn
Tak sampai sejam nurse tampal..Adriana pon koyakkan! Kan dia obses dengan kertas :P
4 hari jugak la mummy berkampung dekat Hospital Kulim. Semua demi Adriana Ramadhani. Allah aje tahu betapa sedihnya hati seorang ibu lihat anaknya kesakitan :( Mummy bangga dengan ibu-ibu kat situ yang memang kuat semangat! Semoga baby-baby dekat wad tu cepat sembuh!! Sesungguhnya Allah memakbulkan doa kudus seorang ibu!AMIN.
Alhamdulillah hari keempat Adriana beransur pulih. Padahal masa tu dia still cirit. Maybe effect dari antibiotik! Kita yang dewasa ni pon tak tahan dengan antibiotik..apatah lagik baby! Masa doctor round pepagi untuk check up, dia cakap lung Adriana was clear. Adriana pon tak demam lagik. Doctor cakap boleh discharge la hari tu jugak! Ahhhhh leganya mummy! Memang tak sanggup rasanya nak tinggal dekat hospital lama-lama. Lagi-lagi dengan anak sakit memang meruntun kalbu.
Syukur padaMU Ya Allah kerana memberi peluang pada anakku Adriana Ramadhani untuk kembali sihat,ceria.....! Sesungguhnya sakit itu datang dari ENGKAU sebagai ujian buat aku sang ibu untuk lebih dekat kepadaMU. Pasti ada hikmahnya disebalik apa yang ENGKAU takdirkan. Aku pasrahkan kepadamu Ya Rahman,Ya Rahim....Tuhan sekalian alam!
Tata Darlings :)
6 Pretty Darlings:
get well soon little adriana :D
@Sis ieja
thanks atas doanya ieja :)
siannye Adriana..
zarra kene jugak cam tu
demam, cirit birit tp mujur xmuntah
cepat2 nora stop makan & susu tgk silap dr mane
juz g jmpe dktor utk kepastian. Alhamdulillah ok.
Adriana cepat sembuh dan aktif cam slalu eh. happy happy tau sian mummy risaukan adriana...
semoga cepat sembuh...
adriana sambut tahun baru dalam wad yea... tapi alhamdulillah adriana dah sihat... lepas nie mummy kena jaga adriana baik2 yea... esp nak jalan jauh ke rumah eyza nanti hehe...
kesian kt adriana :( . btw mummy bleh follow blog sya yg bru x? blog sya hok lame delete dh .
Post a Comment