♥♥Mummy Adriana♥♥: ~Tips 1: Lulur Sendiri Dirumah~

FAMOUS DARLINGS

Wednesday, 10 October 2012

~Tips 1: Lulur Sendiri Dirumah~

Assalamualaikum Darlings! :)

Hari ni mummy nak sharing loving la macam mana nak melulur sendiri dirumah! Mesti selama ni korang dah habiskan ribuan ringgit ke spa dan sebagainya kan? Meh nak stori mori cara untuk penjimatan super duper hebat! (erkkk terasa macam salesgirl pulak ha! ) hihi.

Selalunya kalau nak pergi spa untuk body scrubing atau bahasa ibundanya melulur badan, konpem dah kena beratus sekali servis. Ye dak? Tak salah kalau sekali sekala kita manjakan diri. Tapi  kalau selang 2 minggu nak ulang ke spa alamatnya kopak la kak jah! Hehe. Mesti ambik kira kos dan lain-lain. Lepas ke spa, for sure akan melencong ke supermarket la, shopping mall la..! Ehhh dah over budjet lagik sekali! Belanja pulak benda-benda yang tak penting! Walhal niat utama nak pergi spa sahaja :)

Taraaaa.....! Siapa yang pernah guna produk kat atas tu? Mummy suka sangat lulur cap Bunga Tanjung ni. Bukan bunga raya,bunga cempaka,melur ke...tapi bunga tanjung! :) Harga sepeket baru RM2.50 aje. Tapi tak tau la kalau kat tempat korang harganya lain tau. Jangan marah mummy pulak. Kehkeh. Paling mahal pon  mummy beli RM3.50.

Untuk sepeket lulur bunga tanjung tu, boleh digunakan tiga kali lulur. Jimat kan? Kalau korang nak guna jenama lain pon boleh. Takde hal punyo. Hehe. Cuma lulur bunga tanjung ni best, wangi (bau ala-ala rempah kat sauna), and lepas melulur badan rasa fresh sangat. Buang semua daki-daki degil kat badan tu. Guess what ia boleh jugak digunakan dekat muka kita.

Cara untuk melulur senang aje. Cuma bancuhkan sedikit serbuk bunga tanjung (jangan terlalu cair), bancuh pekat. Then sapukan dekat muka kita kecuali mata! Haha. Kang tak pasal-pasal mata kau pedih kak jah, jangan nak salahkan I pulak yek! Sapu balancenya kat seluruh badan. Buat massage dekat muka dan badan dengan mengosokkan lulur yang dah ditempekkan tu :) Bahasa pasar ye senah, biau senang sikit faham! Hihi.Lepas gosok, biarkan selama sepuluh minit, baru bilas dengan air bersih! :)

Nahhh....hasilnya ialah kulit yang licin. Memang terus terasa lepas melulur tu tau! Mummy pon baru jek lepas buat tadi. Tu yang terasa nak sharing dengan korang! Mummy cadangkan korang melulur sekali/ dua kali aje seminggu. Itu pon dah cukup! Kalau dibuat secara berterusan insyaAllah jerawat pon takut nak berkampung kat muka tu :)

Dah boleh berjimat kan sekarang? :) Have a try darlings!




8 Pretty Darlings:

Ayu said...

mmg suka guna lulur ni...since zaman study dulu...huhuhu

Khairunnisa' said...

Part nak lulur badan bahagian belakang tu yang sangat stress. I have short arms, so it's hard for me to do that :[

Nisa

Azhafizah MN said...

memang jimat sangat kak..tapi kalau takde mase tu,ntah kemana ntah jimatnye..hehe..thanks sharing ^__^

Akak Kembang said...

zaman anak dara dulu penah gak guna ni...hehehe

Unknown said...

@Khairunnisa'

me too! Tapi gosok jugak sampai boleh! hihihi

Unknown said...

@Azhafizah Md Nor

Yela fiza...memang selalu pon takde masa! :) kadang akak selang 2 minggu!

Unknown said...

@Alin Marlini

yup me pon sama dari zaman anak dara sampai la mak dara ha....hihi

sarahhernyzar said...

mami... sara pn guna lulur ni. dari zaman skola lg. haha. kulit halus mulus gitu. :)

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Hye Darlings...

Jom link exchange kt sini,mummy will follow you back..ARIGATO (^_*)

Copyright © 2011 Reserved to Mummy Adriana's
Design by Azhafizah.Com