Hari Isnin yang lepas...after berborak-borak dengan mama dekat telefon, tak lama dapat SMS pasal Ayah Long yang accident kena langgar dengan kereta depan sekolah :( Ya Allah, berderau darah mummy baca sms tu. Yela, takut la kalau apa-apa yang serious jadik kat ayah long. Al maklumlah dia pon dah masuk usia warga emas 60+.
Mummy pon call la semua orang-orang yang berkaitan dengannya termasuk sepupu mummy; anak Ayah Long. Bila mummy dengar dia dah menangis, mummy mana la boleh nak tahan! Konpem nangis jugak...lagik la bila dia cakap ayah dia dalam wad icu :( kebetulan dia menetap di Kajang, so dalam perjalanan la balik ke Batu Pahat. Mummy pon kelam kabut sangat masa tu. Nak hantar Adriana ke rumah babysitter because petang tu dah plan dengan daddy nak melawat kawan dia yang buat minor operation di Hospital Kulim.
Dalam perjalanan ke tempat kerja daddy, mummy menangis aje. Hati kecil mendoakan agar Ayah Long tak mengalami kecederaan yang teruk. Walhal masa tu mummy pon tak tau sangat cerita sebenar(camne accident tu berlaku). Dengar ceritanya, tengahari tu Ayah Long nak ambik anak bongsu dia balik dari sekolah. Dia naik motor aje. Yela rumah dekat sangat pon dengan sekolah! Mengada la sangat kalau nak drive kereta kan. Tetiba ada 2 orang Cina langgar dari belakang. Terpelanting jugaklah Ayah Long kat atas kereta dorang tu. Nasib baik jatuh tak kuat...kalau tak mahu patah riuk tulang. Hurmm tahu pandu kereta aje, tapi bodoh undang-undang! Kau dah tahu kawasan sekolah cuma 30/km aje! Buatnya orang tu mati ke...kau nak ganti ke nyawa dia? Haishhhh geram rasa!
Petang tu mummy teruskan rancangan macam biasa la. Ambik daddy kat tempat kerja then berdesup pulak ke Hospital Kulim. Dah la tak sempat nak cas bateri handphone. Alahaiiiiii boleh pulak masa-masa genting camni handphone nak mati :( Banyak kali jugak la adik mummy call & sms mintak nombor telefon mak long or anak-anak ayah long nak tanya khabar dia kan. Lastly dia call handphone daddy! Bukan sengaja kan..dah kelam kabut gitu tak ingat la nak cas handphone.
Yang mummy terkilan, sebab mummy duduk jauh! Nun jauhhhh di utara :( Nak balik memang kena fikir banyak kali la. Lagipon memasing ada komitmen sendiri. Kalau dekat memang dah lama mummy pergi melawat dorang. Kalau terjadi musibah camni, memang family members sangat memerlukan sokongan moral! Nasib baik dorang faham keadaan mummy! Syukur sangat ayah long diberi kesempatan lagi untuk merasai nikmatnya hidup! Ada hikmahnya kenapa Allah turunkan musibah ini. InsyaAllah satu hari nanti kita semua akan faham.
Ada lagik satu yang mummy tak puas hati. Mungkin tak patut dikongsi dekat blog ni. Sebagai saudara mara yang paling dekat, takkan la tak boleh kita tinggalkan urusan kita sekejap aje untuk jenguk orang yang ditimpa musibah ni? Bukan orang lain pon...adik beradik jugak kan. Harap tua jela, tapi tak boleh nak berfikir matang. Ini hari susah dorang. Kalau esok-esok kau pulak kena hal yang sama....jangan harapla orang nak tolong. Bukan nak balas ke apa...tapi memang kena bagi pelajaran la. Malu sikit dengan Adriana yang umur setahun tu..tapi boleh fikir macam-macam. :( Kesian betul. Hidup tu umpama roda la..tak selalunya kau diatas..! Ingat tu....!
camni la keadaan ayah long :( kena lebih 20 jahitan di dahi dan kepala! Ya Allah tolongla ringankan beban kesakitannya :(
Semoga ayah long cepat sembuh dan keluarganya tabah hadapi ujian Allah ini. InsyaAllah panjang umur nanti kita jumpa!
Tata Darlings!
9 Pretty Darlings:
moga ayah long cepat sembuh
@syiela
AMIN...thanks syiela :)
Ya Allah..moga ayah long cpt sembuh...
moga cepat sembuh
@.: iEyLa :.
Thanks adik :(
Moga Ayah Long cepat sembuh dan kembali sihat... Aminnn
Thanks untuk doanya :)
Kesiannye. Kak Alin tak boleh tgk org tua camni..sedih. Smg cepat sihat ek Ayah Long
Thanks korang atas doanya! memang kesian sebab ayah long pon dah umur 60 lebih :(
Post a Comment