♥♥Mummy Adriana♥♥: ~Setiap Hari,,Hari IBU~

FAMOUS DARLINGS

Sunday, 13 May 2012

~Setiap Hari,,Hari IBU~

Assalamualaikum Darlings....:)

Hujan lebat dari malam tadi memang buat mata tak buleh nak bukak sampai pagi! Haha...tido sakan tiga beranak. Yang awal bangun pon si budak Adriana. Kang mula dia merayap satu rumah. Main senyap-senyap aje. Nangis pon nak susu :)

Eh...tadi pagi dapat suprise SMS daripada mama.


"Salam...Selamat hari Ibu,semoga jadi ibu yang prihatin dan penyayang...senyum selalu. AMIN"

Menitik air mata duyong mummy. Bukan sedih tapi sangat touching la. Thanks mama! I love you too. Biar pon jauh..tapi mama dekat dihati...dan selalu dihati!

Bagi mummy, setiap hari adalah hari ibu. Tak perlu pon tunggu setahun sekali untuk meraikan ibu kita.Kan? Bila dah bergelar seorang ibu a.k.a mummy famous nie, :P barulah terasa betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Dari dalam kandungan...sehingga melahirkan, kita hanya mementingkan keadaan bayi kita dibanding kesihatan kita sendiri. Sampailah pula saat membesarkan anak...semuanya kita kaum ibu buat tanpa mengeluh. :) Hati rasa tenang melihat anak membesar didepan mata (*___^)

Seorang ibu tak pernah mengharapkan apa-apa balasan apatah lagi hadiah yang mahal. Namun cukup dengan kita mengingati ibu, menghargai apa yang telah ibu korbankan buat kita :) Ucapkan terima kasih juga sudah cukup membuat ibu kita tersenyum lebar.

Selamat Hari Ibu buat mama yang mummy sayang, Puan Salmah Binti Sajat...juga arwah ibu mertua yang sudah setahun pergi menghadap Illahi..Puan Hajjah Rokiah Binti Mat Isa (1950-2011). Sesungguhnya cinta ibu itu membawa kita ke syurga.AMIN. Oh ye, tak lupa juga buat diri mummy sendiri :) hehe, dan rakan-rakan blogger yang sudah bergelar ibu, mahupon bakal bergelar ibu.

 Tiga generasi, mama, mummy and Adriana Ramadhani :)


Adriana baru je 20hari masa nie. Hari raya pertama last year :) Mama tetap paling cun! Hikss


Ibu kita adalah contoh paling baik. Role model buat kita kan? Tak payah nak banggakan sangat artis or sesape! Ibu kita lebih agung dari itu. :) Tanpa seorang ibu siapalah kita? Darjat ibu terlalu tinggi disisi Allah sampaikan Allah berfirman bahawa syurga itu terletak ditelapak kaki ibu. Eh jangan pulak pegi tengok tapak kaki ibu kita! Haha...maksudnya, jika kita menghargai ibu kita, menjaganya dengan penuh kasih sayang maka kita dijanjikan syurga oleh Allah. Redha Allah juga terletak pada redha ibu kita :)

Selamat Hari Ibu darlings :) Lots of love!

Tata darlings (^_____~)







17 Pretty Darlings:

Anonymous said...

uwaahh touchingnya bila sendiri sudah jd ibu, then ibu sendiri pon wish slmt hari ibu :')
slmt hari ibu mummyyy :))

Unknown said...

@sis92

tu la...nangis esak2 pagi tadi :( Thanks sayanggggg! Love u too

jaakechik said...

selamat hari ibu buat mummy ya...

faie mohamad said...

sayu rasa baca entry ni
tibe2tringat kat mak :(

Unknown said...

@jaakechik

thanks!! untukmu juga happy mother's day! :)

Unknown said...

@Miko Michiko

Salam sayang buat your mum darling! :)

Anonymous said...

Selamat Hari Ibu :D

Unknown said...

slmat ari ibu buat mummy adriana jgak.. :)

Azhafizah MN said...

happy mommys day kak..seronok jadi ibu kan..kasih sayang ibu yang tiada tandingan..kaulah segalanya.^__^

mrs eyza said...

selamat hari ibu mama dan mummy...

p/s : apa rahsia mama kekal awet muda nie?

mamapp said...

mudanya mama awak.. comel lagi nampak cam kakak

Jen Jen Areff said...

muda nyer mama reen..

happy mother's day reen.... hehehhe....

p/s : akak dah jumpa along

Liza Razak said...

mama sis nampak muda lah..cantik pulak tu :)

Anonymous said...

selamat hari ibu kepada kedua-duanya :)

Cikrosecute said...

Folllow Sini...

jaakechik said...

hai mummy...jaa dtg jenguk entry baru mummy...tapi takdak laa....busy ka?

Unknown said...

setiap hari adalah hari ibu :)

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Hye Darlings...

Jom link exchange kt sini,mummy will follow you back..ARIGATO (^_*)

Copyright © 2011 Reserved to Mummy Adriana's
Design by Azhafizah.Com