Assalamualaikum Darlings...:)
Ya Allah tak terasa dah masuk ke bulan November! How fast time flies kan? Lagi 2 bulan je nak habiskan sisa tahun ni dan masuk pulak ke tahun baru. Eh....dah sedia ke nak masuk tahun baru? =D Ape pon tarikh tetap bertukar kan. Nak masuk tahun baru nanti kenalah pasang azam baru pulak yek. Haha...mummy dah taknak pasang azam baru la apela. Sebab kita dah tau pon apa yang nak kita capai dalam hidup. Semua tu dah teratur elok. Cuma kena usaha lebih la untuk dapatkan apa yang kita nak tu. Korang macam mana?
Bulan November pon agak special la buat mummy sebab...............Ramadhani Hijabs almost a year!! 28hb November nanti genapla setahun!Yeayyy thats meant nak celebrate setahun lahirnya Ramadhani Hijabs. Meh mummy nak refresh korang punya memory about Ramadhani Hijabs. Nama Ramadhani tu diambil sempena dari nama anak dara mummy. Dan business ni pon mummy dedicated untuk Adriana Ramadhani. Bukan apa...nanti bila Adriana dah besar, at least Adriana boleh meneruskan legasi yang mummy dah buat untuk dia. Bukanlah business besar-besaran tapi mummy sangat bersyukur sebab Ramadhani Hijabs banyak bawa rezeki kepada mummy sekeluarga.
Mummy kena mantapkan lagi marketing untuk mempromosikan jenama mummy. Business tak la selalunya diatas kan. Ada kalanya kita juga di bawah. Tapi semua tu mematangkan mummy. Hanya yang cekal sahaja kekal dalam dunia business. Tak kisah la kecik atau besar perniagaan kamu tu. Seharusnya kamu berbangga kerana tak ramai yang mahu mengambil risiko untuk masuk dalam dunia business ni. SABAR,SABAR, dan SABAR itulah kunci untuk berjaya. Setahun yang pertama ni dah macam-macam ragam customer mummy jumpa! Tapi mummy masih boleh tersenyum. Tak pernah cakap atau maki dorang even kita sendiri dicaci. Mummy diamkan aje. Kalau bab-bab compare harga dengan pesaing kita memang dah selalu sangat la. Kekadang customer ni pon mengada jugak! Alaaaa kita sendiri pon customer kan...:) Mesti korang pon pernah buat perangai sebegitu dengan peniaga.
Sebenarnya dah rancang nak buat sesuatu sempena birthday Ramadhani Hijabs yang pertama nanti. Kita war-warkan nanti tau! :) Kenalah tunggu. Mummy pon dah tak sabar banget! Hahaha suka aje nak pecahkan rahsia......:P Oh yek sebelum terlupa, mummy nak mintak maaf pada kawan-kawan yang sudi jemput mummy ke hari bahagia dorang. Pada yang jauh dekat JB tu memang tak boleh nak datang la...sorry sangat. Mummy doakan korang bahagia dengan pasangan memasing. Ingat hidup rumahtangga tu bukanlah manis macam madu zaman bercinta. Tapi sepahit peria yang harus kita telan....barulah dapat manisnya! :) Ecehhhh nak bermadah helah pulak.........geli! Haha.
Masa balik JB last week, mummy memang tak sempat nak jumpa kawan-kawan dekat sana. Sampai kawan mummy cakap....kau kan sekarang mentang-mentang dah duduk kedah, bila balik JB dah taknak jumpa kawan. Ehhhhh sedih pulak dengar!!!! Bukan taknak jumpa la sayangggggggg tapi masa memang mencemburui kita! Lagipon kalau mummy balik sorang tu, memang susah nak gerak la kalau takde transport. Sorry weiiiiiii! Aku memang rindu nak makan dengan korang, gosipping....macam-macam lagikla! Rindu,rindu,rindu....:( Nanti aku spend masa untuk korang ye!! Maklumlah dah ada anak yang asyik nak berkepit ni, pergerakkan memang terbatas :P hahaha! Aku kan mummy mithali :)
Harap korang enjoy this November. Bulan ni pon budak sekolah dah mula cuti kan. Wohooooo konpem la kecoh dekat rumah yek + bersepah dek anak-anak! Sabar je wahai ibu-ibu mithali sekalian. :)
Tata Darlings :)
4 Pretty Darlings:
hehe.. nak lepak boley je bawak anak sekali.. ai aritu aidil adha balik kg sempat joli ngan member2 lama,anak2 tinggal ngan hsaben,okeyla kan hasben paham.
november yg best :)
btw, hopefully you'll be a best ever busineswoman ^^
RT IMIE : Wah bestnya...anak kita kecik lagik...tu yg dok berkepit!
RT FAEI : THANKS syg! :) muah lebiu
Post a Comment